بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

       IKAN PATIN MEMANG BANYAK TERDAPAT DI SUNGAI PAHANG. DAN ADA JUGA DITERNAK DI DALAM SANGKAR DI TEBING SUNGAI. AKIBAT BANJIR HUJUNG TAHUN LEPAS YANG AMAT DERAS MELANDA MENYEBABKAN PENTERNAK IKAN PATIN SANGKAR MENGELUH KERUGIAN KERANA SANGKAR IKAN YANG MENGISI IKAN YANG DITERNAK HABIS ROSAK. IKAN-IKANNYA PUN TENTULAH TURUT HILANG DITOLAK ARUS.

JIKALAU MENJAMU SELERA DENGAN MASAKAN IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK YANG TERKENAL DI BANDAR TEMERLOH PAHANG JANGANLAH TERKEJUT DENGAN HARGANYA YANG TINGGI BERBANDING DULU KERANA BEKALAN IKAN PATINNYA BERKURANGAN. DAN PENTERNAK-PENTERNAK IKAN PATIN BELUM MEMULIHKAN KEROSAKAN SANGKAR IKAN PATIN MEREKA.


pic google images.

SEKADAR INFO ADA BEBERAPA JENIS IKAN PATIN YANG BERLAINAN HARGANYA MENGIKUT KESEDAPANNYA.

1.  PATIN BUAH:  YANG DITERNAK DI DALAM SANGKAR HARGANYA 20 RM SEKILO. YANG HIDUP LIAR DI SUNGAI HARGANYA LEBIH 40 RM.

2.  PATIN LAWANG:  HARGANYA LEBIH KURANG SAMA DENGAN PATIN BUAH. PERBEZAAN RUPANYA HANYA PADA MATANYA YANG LEBIH BESAR BERBANDING PATIN BUAH.

3.  PATIN JUARA: KURANG DIGEMARI KERANA WARNA KULITNYA YANG KEBIRUAN.

4.  PATIN MUNCUNG: HARGANYA 100RM SEKILO DAN BERATNYA ANTARA 1KG HINGGA 3KG. PATIN INI SUKAR DIPEROLEHI.




PATIN BUAH



PATIN LAWANG.



PATIN MUNCUNG.



PATIN JUARA.

21 ulasan - "IKAN PATIN SUNGAI PAHANG."

notie delete icon 29 April 2015 10:09 PG

Assalamualaikum,

Kak sihat? 17hb April hari tu saya dan 2nd boss telah pergi ke Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, pergi buat semakan data HIS, bila menyeberang jambatan yang ada papan tanda temerloh tu serta lokasi yang kena banjir... Ya allah dapat bayangkan betapa dalamnya dan teruknya semasa banjir tersebut berlaku. Kesan-kesan banjir pun nampak masih lesu je walaupun dah berapa bulan ianya berlalu. Malahan ada staff hospital yang tidak boleh bertugas disebabkan terputus hubungan.

Berniaga Ikan patin untung lah kalau harga sekilo begitu mahal. Saya pernah rasa seketul kecil je tak berani nak pilih yang besar sebab harga mahal. Cuma nak rasa je.Tapi pada tekak rasa saya ianya terlalu berlemak tapi tak tau lah tekak orang lain. Cuma isinya memang lembut dan sedap.

Dunia Zumal delete icon 29 April 2015 10:35 PG

Zumal suka juga ikan patin nie, sekali rasa pasti nak lagi...

Sweetie delete icon 29 April 2015 10:40 PG

PI, Sekali pandang patin lawang tu macam ikan baung pun ada. Saya pernah makan ikan patin buah... staff lelaki kat department saya ni dulu suka konvoi dan buat collection sesama mereka pergi Temerloh dan beli ikan ni. Lepas tu mereka minta tolong salah sorang isteri dari geng2 mereka tu memasakkannya dan bawak office. Sedap tapi saya tak begitu menggemarinya sebab lemak sangat.

Kakzakie delete icon 29 April 2015 11:30 PG

Kakak yg kenal patin buah aje PI
Yg lain-lain tak pernah jumpa lagi atau mungkin dah jumpa tapi tak kenal.

Gee Lion delete icon 29 April 2015 12:01 PTG

baru-baru ni ada abah buka topik tentang perbezaan kesedapan ikan patin bergantung pada lokasi yg ikan ni tinggal. rupanya air sungai pahang sekarang banyak yg dah tercemar menjadikan daging ikan patin sekarang kurang sedap rasanya, melainkan kat satu tempat tu. hilir ke? entah, saya pon tak ingat. yg pasti memang betul sekarang ramai peniaga restoran/kedai merungut sebab susah nak dapat bekalan ikan patin. especially restoran di KL. huhu

nohas delete icon 29 April 2015 12:09 PTG

sedapnya...lama lagi nak lunchtime..huhu..

Zaitun delete icon 29 April 2015 1:28 PTG

Kalau pergi Temerloh memang banyak ikan patin walaupun begitu harganya boleh tahan.

Anak2 kak zai makan ikan ni tapi kak zai tak bokeh dah banyak kali mencuba.

makcikkantin delete icon 29 April 2015 2:43 PTG

Pernah makan patin (yang rasanya sedap) masa melawat sahabat yg tinggal di temerloh....lepas tu bila di cuba kat r&r...hmm macam tak best ja..

Fidah Shah delete icon 29 April 2015 3:20 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fidah Shah delete icon 29 April 2015 3:21 PTG

Pernah rasa patin buah yang sememangnya sangat sedap. Tapi susah nak dapat.
Kalau patin sangkar (mentah), in shaa Allah ada dijual di gerai atau di pekan sehari di Temerloh setiap pagi Ahad..

Lynn Munir delete icon 29 April 2015 3:37 PTG

Patin ni kalau masak asam rebus memang sedap sangat dah.
Anak-anak saya yang perempuan semua makan ikan patin, yg lelaki je tak ......... he he he

paridah delete icon 30 April 2015 2:53 PTG

wsalam insyaAllah notie..tq bertanya moga notie jg sht walafiat. banjir baru ni sgt teruk..banyak rumah ditmloh yg tenggelam hanya nmpak bumbung jer.

ikan patin yg diternak hrganya rendh sikit tapi la ni peniaga patin tempoyak harapkan patin sungai yg sgt mahal. rasanya bagi yg minat tersangatlh sedapnya.

paridah delete icon 30 April 2015 2:54 PTG

yela zumal sedap dimasak tempoyak ni...tq

paridah delete icon 30 April 2015 3:02 PTG

ikan baung kepalanya agak besar sedikit n sedap dimasak asam pedas sweetie.

wah staff pej sweetie peminat ikan patin ya. ikan patin sungai phg ni sedapnya berbeza dgn patin sungai lain..tq

paridah delete icon 30 April 2015 3:03 PTG

wah kenal juga jenis ikan patin ya...tq

paridah delete icon 30 April 2015 3:07 PTG

agaknyalah tu...patin yg hidup di sungai yang airnya mengalir deras tentu kekal rasa sedap isinya.

baru ni makan ikan patin temerloh..sedap tapi harganya pejam mata gee..tq

paridah delete icon 30 April 2015 3:08 PTG

sedap...selamat mnjamu selera nohas...tq.

paridah delete icon 30 April 2015 3:10 PTG

yeke ..hmm tekak xboleh terimalh tu...tq zai.

paridah delete icon 30 April 2015 3:12 PTG

masak sendiri sedapnya berbeza dgn di kedai kan makcikkantin..di rnr tu boleh makan jerlah..tq

paridah delete icon 30 April 2015 3:15 PTG

kalau mnghala ke triang nampak ada dijual patin sungaini fidah..pernah beli sedap sgt digulai...tq fidah.

paridah delete icon 30 April 2015 3:17 PTG

sedap patin msk asam rebus ni.
eh..anak lelaki xsuka patin ya..rugi tu...tq lynn.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”