Saturday 4 April 2015

GERHANA BULAN PENUH...4 APRIL 2015.

ASSALAMUALAIKUM...

ALLAH is One. He owns the Universe & everything in it. He is the Sole Owner without any other partner or shareholder. When He willeth to create anything , He just needs to say " Be" , and " So be it" ! ( Kun Faya Kun) . Subhanallah !
MASJID-MASJID DI SELURUH NEGARA MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN SECARA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT MAGHRIB.


INFO DARIPDA BLOG INFO SAINS.
Secara tepatnya, gerhana ini akan bermula pada jam 5.01pm. Bulan ketika itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57pm, Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh.
Pada jam 8.00pm, ia berada di puncak gerhana. Selang 2 minit kemudian, iaitu jam 8.02pm, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang umbra. Pada jam 9.44pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi penumbra.
LOKASI MELIHAT GERHANA BULAN..
Disebabkan gerhana SUDAH PUN BERMULA ketika ia terbit pada Maghrib 4 April 2015 nanti, maka bulan akan berada rendah di ufuk sebelah timur. Maka, lokasi sesuai yang disarankan ialah:
  1. Kawasan ufuk timur yang kosong, tiada gangguan bangunan, pokok mahupun bukit yang tinggi.
  2. Di atas bangunan tinggi, yang dapat melihat ufuk TIMUR yang kosong (tiada gangguan/halangan)
  3. Kawasan pantai timur semenanjung, yang mana langit timurnya mengadap laut.
  4. Malaysia timur seperti di Sabah, di mana Bulan akan terbit satu jam lebih awal dari Semenanjung, maka di sana hampir keseluruhan fasa gerhana (dari awal hingga akhir) dapat dilihat. Bagi di Semenanjung, hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu bermula dari fasa hampir-hampir nak penuh.

3 comments:

  1. Subhanallah..salah satu tanda2 kebesaranNya..

    ReplyDelete
  2. KEBESARAN ALLAH TERNYATA...SUBHANALLAH...TQ NOHAS.

    ReplyDelete
  3. tp ms aritu panas ya rabbi...da pasang kipas pun still rasa bahang lagi...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist