Saturday 11 April 2015

CENDOL TRADISI..

ASSALAMUALAIKUM...

CENDOL BUATAN TANGAN SENDIRI LEBIH SEDAP DAN MEYAKINKAN UNTUK DISUAP KE MULUT BERBANDING DENGAN YANG DIJUAL PENIAGA YANG KITA TIDAK KENALI DAN TAHU BAGAIMANA CARA MEREKA MEMPROSESNYA.

KALAU DIBUAT SENDIRI BANYAK CENDOL YANG DIPEROLEHI DAN PUAS DIMAKAN SEKELUARGA.

JOM AMBIL TAHU SIKIT CARA ORANG-ORANG LAMA MEMBUAT CENDOL YANG TERAMAT SEDAP.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan...daun pandan yang hijau tua digunting halus dan blend kalau nak lebih hijau warnanya campur daun asin-asin.
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)
Y

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku atau tin susu yang dilubangkan dan tekan dengan botol bersih ke dalam air sejuk...gunakan air dalam baldi agar lebih memudahkan kerja yang perlu dilakukan dengan cepat sebelum adunan cendol menjadi sejuk.
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais...
MY RESEPI.COM dgn edit.

Pict0167
BOLEHLAH DIMAKAN DENGAN CAMPURAN GULA MELAKA/GULA KABUNG/MANISAN NIPAH BERSAMA SANTAN PEKAT ATAU SUSU CAIR TANPA TAMBAHAN APA-APA.



KALAU NAK DIMAKAN DENGAN PELBAGAI BAHAN MAKANAN YANG DISUKAI BOLEH SAJA ASALKAN BERSELERA.



12 comments:

  1. aduh sedapnya cendol dear, saya tak pernah buat cendol sendiri, makan je pernah, letak dlm ais kacang mmg terbaik lah cendol ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. LA NI DLM CENDOL MCM2 DICAMPUR NOOR..SAGU, KACANG, JAGUNG, PULUT...SEDAP...TQ NOOR.

      Delete
  2. Wah kalau saat ramadhan, cendol ini udah jadi hidangan wajib buat berbuka di keluarga saya, kak :)

    ReplyDelete
  3. YAKAH..SEDAP TU...TQ PENGETAHUAN PRODUK.

    ReplyDelete
  4. Boleh buat cendol la lepas nie...

    ReplyDelete
  5. hahaha..cubalah zumal resepi dh ada tu..tok boleh ajar...tq

    ReplyDelete
  6. CT kalo makan cendol yang hijau ni laaa CT tak makan ehehe..
    CT hirup air jeee.. =D

    ReplyDelete
  7. YEKE SITI..SELERA MASING2 NI MCM2 KAN..TQ CT.

    ReplyDelete
  8. lagi sedap kalau buat sendiri kan..
    terima kasih

    ReplyDelete
  9. lagi sedap kalau buat sendiri kan..
    terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist