بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

RAMAI YANG BERMINAT MENJADI PENULIS NOVEL YANG DIKENALI. SEMENTELAH KARYA NOVEL MUDAH DITERIMA DAN LUAS PASARANNYA. JIKALAU KISAH YANG DIPAPARKAN SANGAT MENARIK ADA PELUANG DIADAPTASI KE FILEM/LAYAR PERAK ATAU SLOT TV DRAMA BERSIRI. BOLEH BUAT DUIT DENGAN MUDAH TU.

TETAPI MENULIS NOVELTIDAKLAH MUDAH SANGAT. PERLU ADA KERAJINAN DAN IDE. MENULISNYA PUN TIDAK BOLEH SEBARANGAN ATAU SEMBERONO SAJA. MESTI DI KETAHUI JUGA TENTANG TEMA, PLOT,JALAN CERITA HINGGA KLIMAKS YANG HENDAK DITULIS BAB DEMI BAB.

JOM KITA IKUTI BENGKEL PENULISAN NOVEL ANJURAN DPMP NI UNTUK MENGUTIP ILMU TENTANG INI...MANA TAHU KELAK AKAN MUNCUL SEBAGAI PENULIS NOVEL YANG FEMES DI NEGARA KITA....


BENGKEL PENULISAN NOVEL ANJURAN DPMP


Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) akan mengadakan bengkel penulisan novel pada 23April hingga 26April, 2015 bertempat di Maran Golf Resort. 

Para pengarang novel yang berada di Pahang, tak kira sama ada anak-anak Pahang atau pun tidak, dan juga anak-anak Pahang yang tinggal di luar negeri Pahang adalah dipelawa menyertainya. 

Anda yang berminat bolehlah menghubungi Ketua 1 DPMP dengan kadar segera. 

Syarat Penyertaan: Setiap peserta dikehendaki membawa manuskrip novel yang belum terbit (jikalau ada), jika tidak memadai menyediakan sinopsis novel anda kira-kira dua halaman bersize A4. 


Tarikh tutup penyertaan 15 April, 2015. Penyertaan adalah percuma. Tempat terhad, siapa dulu dia dapat.


DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP)
H 116 Lorong Karyawan 11, Taman Guru, Batu 4, Jalan Gambang,
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel: 019-2175400


- See more at: http://pahang-ku.blogspot.com

16 ulasan - "BELAJAR MENULIS NOVEL..."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 14 April 2015 9:51 PTG

wah..peluang keemasan.

Diana Rashid delete icon 14 April 2015 11:46 PTG

sekarang ni memang banyak peluang terbuka untuk orang ramai menulis novel .kakak saya sendiri dari dulu dia suka tulis novel tapi tak de peluang..lepas tu bila ada internet baru la dia ada peluang menulis dan bagi kawan2 dan saudara mara baca karya dia..peluang nak memasarkan je tu je yang tak de...belum masa nya kot..atau pun dia tak berminat untuk sampai ke tahap tu..

MyStory Pic delete icon 15 April 2015 8:37 PG

Salam sis...

Kalau ada minat dalam penulisan memang berbaloi masuk bengkel penulisan novel ni. Saya ni lebih minat membaca novel... berkotak2 novel lama kat bawah katil...

Dunia Zumal delete icon 15 April 2015 10:05 PG

Best nie, kalau dekat Zumal pun join gak ^^

paridah delete icon 15 April 2015 11:09 PG

DPMP ni badan penulis neg Phg yg rajin membantu penulis2nya berkarya...tq MKL.

paridah delete icon 15 April 2015 11:12 PG

yeke...kakak diana minat sgt menulis tu sbb menulis novel ni bukan mudah...lama nk siapkannya tu...tq diana.

paridah delete icon 15 April 2015 11:14 PG

wsalam dik..wah minat betul membaca novel ni..tq my story pic.

paridah delete icon 15 April 2015 11:16 PG

mmg best...kak pun duk jauh juga kalau xmmg nk join...tq zumal.

Aku Penghibur delete icon 15 April 2015 4:32 PTG

wahh peluang yg terbaik!! klau dpt join pasti seronok

paridah delete icon 15 April 2015 6:55 PTG

bagus ni kalau join acik...tq AP.

Khai♥Rin : anies delete icon 16 April 2015 2:43 PTG

sy tmbh kak....kalau nak hntr manuskrip utk penerbitan sy boleh tolong ;-)

Qaseh Vee delete icon 17 April 2015 8:56 PG

saya dapat offer tulis novel . sampai la ni masih x siap . ada masalah nak wujudkan konflik ... adeh ...

paridah delete icon 17 April 2015 11:53 PG

YEKE...TERIMA KASIH BANYAK ANIES NANTI KAK HNTAR MANUSKRIP NOVEL KAK TO ANIES...

paridah delete icon 17 April 2015 11:55 PG

YEKE MESTI REBUT TU...KONFLIK TU MESTI DIREKA SBG KLIMAKS...KALAU DH MULAKN ELOK DIHABISKAN...TQ QV.

Fendi Rocka delete icon 23 April 2015 1:38 PTG

memg akui menulis novel agak susah, perlukan ketahanan utk menyiapkannya

paridah delete icon 27 Mac 2016 10:53 PTG

hmm betul tu fendi rocks...tq

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”