Thursday 23 April 2015

APOM LENGGANG.

ASSALAMUALAIKUM...

INILAH ANTARA RESEPI SARAPAN PAGI YANG GEMAR DISEDIAKAN IBU-IBU DI KAMPUNG  SELAIN LEMPENG, CEKODOK, APOM DLL YANG CEPAT DAN MUDAH TAPI MENGALAS PERUT SEHINGGA MAKAN TENGAH HARI PULA.




RESEPI APOM LENGGANG

Siapa yang pernah makan apom lenggang masa kecil dulu pasti teringat akan kesedapan apom ni. Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja. Ada resepi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi. Untuk resepi apom lenggang di bawah ni Che' Nom gunakan nasi sejuk mengikut cara yang dibuat oleh orang-orang tua dahulu. Apabila bancuhan diperap, rasa yang enak dari beras dan tekstur yang lembut dan gebu akan terhasil.

Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 2 jam | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: minutes
Jumlah Hidangan : 15 biji
Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil yis
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
Bahan untuk kisar halus:
3/4 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Cara Penyediaan:

Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.
Tips:
Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalama, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya

20 comments:

  1. sedap ni..manis2 lemak..sedap dimakan begitu saja..

    ReplyDelete
  2. Kalau makan apom ni tak payah berkuah atau sambal,sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. APOM NI LEMAK MANISNYA DH CUKUP ZAI...TQ

      Delete
  3. sedap ni makan time panas2 kan..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. MASA PANAS LEMBUT N HARUM NI..SEDAP...TQ MKL.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak,
    Baru la ni dengar apom lenggang, sebelum ni tak pernah tahu pon. Kalu apam cate, apam debab besalah dengar dan makan masa budak-budak dulu. Tapi yang ini nampak macam tose pun ada..
    Mesti sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM DIK USTAZ..APOM LENGGANG NI SBB DILENGGANG DLM KUALI..BETTERNYA MCM BUAT APOM BIASA CUMA CAIR SEDIKIT RASANYA LEMAK MANIS XSPT TOSE...TQ ABUIKHWAN.

      Delete
  6. Duh kak.. menetes air liur nih di buatnya :)

    ReplyDelete
  7. enakna,,,, sangat cocok ni di santap di siang hari ketika santai..Obat Sakit Pinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES ENAK NI TIME MINUM PAGI R PETANG....TQ AJI NUGRAHA

      Delete
  8. Pernah makan..tapi tak pernah cuba buat lagi.
    Terima kasih resipinya Kak Paridah

    ReplyDelete
  9. aduhh..sedapnya apom ni sis.. selalu dok beli je...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...YG DIBELI KENA DGN SELERA OK JER ATIE...TQ

      Delete
  10. Perut terangsang
    Tampak apom lenggang
    sedapnya melayang
    Pagi hingga siang

    ReplyDelete
  11. APOM LENGGANG KAK JAMU ANISAYU
    SILAKAN JGN MALU
    TQ ANISAYU.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist