Tuesday 10 March 2015

SELOKA USIK-MENGUSIK DI USIA SENJA.

ASSALAMUALAIKUM...


CORAT-CORET PAK ENGKU
SELOKA PESANAN KEPADA YANG DIUSIA SENJA
(ISTIMEWA BUAT RAKAN PESARA)
Hidup insan di dunia yang fana
Akan meniti usia senja
Tak dapat hendak lari ke mana
Pastikan sampai tiba masanya.
Dalam usia di penghujung ini
Apakah lagi hendak diharapkan
Bersyukur kita pada Ilahi
Umur kita Dia panjangkan.
Masa yang ada begitu singkat
Buatlah amalan jangan berhenti
Untuk bekalan dihari akhirat
Di sana semuanya dihisab nanti.
Masa hidup yang tinggal sedikit
Sebaik mungkin gunakan ia
Susah dan sakit jangan diungkit
Berserahlah pada Yang Maha Kuasa.
Janganlah kita harapkan anak
Menjaga kita setiap hari
Bukan sengaja mereka tak hendak
Masalah mereka kita tak ketahui.
Jangan lupa untuk beriadah
Walaupun sekejap setiap hari
Apabila peluh di badan membasah
Barulah sihat akannya diri.
Wang yang ada jangan disimpan
Gunakan ia kepada yang perlu
Apa teragak selera nak makan
Jangan dihalang terlalu-lalu.
Jika terasa diri kesepian
Pergilah melancung ke mana-mana
Atau pergi bertemu kawan
Bercerita akan kisah yang lama.
Jikalau masih ada pasangan
Berkasih sayanglah setiap hari
Bergaduh jangan berperang jangan
Tiada indahnya kehidupan dilalui.
Saat dinanti pastikan tiba
Salah seorang akan pergi dahulu
Yang tinggal jangan berhiba-hiba
Sedekahkan Al Fatihah setiap waktu.
Hidup ini jangan harapkan
Anak-anak membantu kita
Nanti kita menjadi kempunan
Bantuan diharapkan tak kunjung tiba.
Andai anak-anak tak ambil peduli
Hidupnya kita dihari tua
Mungkin dia ada masalah sendiri
Biarkanlah mereka hidup bahagia.
Kepada yang hidup seorang diri
Janganlah hendaknya berasa gundah
Carilah teman peneman sunyi
Agar hidup tak resah gelisah.
Itulah sedikit nukilan hamba
Buat sahabat, handai dan taulan
Usah diragu pastikan tiba
Saat kita dijemput Tuhan

19 comments:

  1. Kakak gelihati tengok dan baca katun itu PI:)

    Biarpun perginya seseorang bukan kerana tua usianya
    tapi memang menjadi kebiasaan yg tua pergi dulu
    sebaiknya bersedia tak kita yg tua atau pun yg muda..

    ReplyDelete
  2. heh..heh..sebenarnya kakzakie kartun tu xmenggambarkn keadaan sebenar situasi hidup kini...penjawat2 awam r swasta walau tlh berusia tetap cntik n msh produktif berkrja...tapi nk selama mana kan...berilh masa kpd diri sendri tnpa dibebani stres kerja..hidup mati kita Allah dh suratknnya tnpa mengira usia n selagi ada masa siapkn bekalnya....tq kakzakie.

    ReplyDelete
  3. katun ni kuar balik bila katanya umur pencen dilanjutkan ke 62 tahun
    uwaaaaaaaaaaaaaaaa
    skrg baru 36tahun, lama lagi tu nak keje (kalau pjg umurnya)

    sy harap tua nanti tak susahkan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja bila dh capai target yg ditentukn saja kot...betul tu kata irfa moga usia akhir kita xsusahkn anak2 kita...tq irfa.

      Delete
  4. Guna kan masa dengan sebaik nya..umur makin meningkat..bukan makin muda..buang masa maknanya usia pun jadi sia2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa muda jgn berlengah-lengah dgn masa agar kala tua xterkejar-kejar nk mngisinya bimbng xsempat lagi tq diana.

      Delete
  5. heh..heh..kartun mengusik...tq MKL.

    ReplyDelete
  6. Yang muda pastikan tua... sedang hampir dah untuk melaluinya...
    p/s: kartun tu memang kelakor! :0

    ReplyDelete
  7. kadang terasa seolah kartun tu mnghina yg tua tapi niat pelukisnya sekadar humor kot...masa tua akan dilalui sesiapa saja demi hari yg berlalu...tq BM.

    ReplyDelete
  8. heh..heh..lucu kan////tq pengetahuan produk.

    ReplyDelete
  9. heh..heh..lucu kan////tq pengetahuan produk.

    ReplyDelete
  10. hahaha... cukup laa 56 thn...62 tu better d rumah n beribadat

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur panjang tu rihattlh pulak ya..ni nk kerja sampai mati...tq anies.

      Delete
  11. Kepada yang hidup seorang diri
    Janganlah hendaknya berasa gundah
    Carilah teman peneman sunyi
    Agar hidup tak resah gelisah.

    Yang ni JM cuma ada teman sekerja huhhu

    ReplyDelete
  12. heh..heh..sepi sendiri tu rugi JM..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...ada sape yg sudi tak..meh 'register' hihih

      Delete
  13. kena register ya...boleh2 ramai yg tunggu peluang ni..tq JM

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist