بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

DI RIMBA INI...



Alangkah indah taman hutanku
tempat aku beradu di pohon tembusu
tempat melantarkan lelah bermain perah
tempat mengutip saga yang merah.
Menyusuri melangkahi banir jejawi
yang bonggolnya merata dan akarnya
menjalar hingga paya.
Melintasi keruing halban tualang
yang tinggi menjulang
di mana lebah mengutip nectar bunga berulang-ulang
di mana tempua terbang bersarang.

Di sini lagi
di rimba ini tercari-cari
akan kembang semangkok penyegar diri
dedaunan herba dan akar tongkat ali
buat menongkat langkah-langkah panjang
agar kehidupan mendamaikan, membahagiakan
bukan menyesatkan.
Floranya mengundang pesona
mengorak kelopak aneka warna
kemboja kenanga cempaka melayut tingginya
anggerik-anggerik menumpang dahan
melambai-lambai penuh keindahan.
tersenyum disebalik dedaunan nan merimbun
dibelai lembut angin berayun-ayun
menyebar haruman siang malam.
Lorong dan denai celahan rimba
laluan fauna merata arahnya
kecil besar semua ada
Berkaki empat berkaki dua
hutan rimba adalah tempat kembara
hak penghuni-penghuninya.
Mengapa tidak bertoleransi
tidak merosakan tidak mengganggui
agar alam indah hutan kita
kekal lestari selamanya.
sebab kita juga
bersama mengongsi rezeki-Nya.

BY
PARIDAH ISHAK
Semua pic google sekadar hiasan.

12 ulasan - "SELAMAT HARI PERHUTANAN SEDUNIA KE 44...21 MARCH 2015.."

babYpose delete icon 21 Mac 2015 2:47 PTG

selamat hari perhutanan sedunia PI.berkaki empat tu suka nak jumpa.tapi takut.

Ipah Kholipah delete icon 21 Mac 2015 4:24 PTG

selamat hari perhutanan hehe ada pohon biji saga juga toh :)

paridah delete icon 21 Mac 2015 4:31 PTG

SELAMAT HARI PERHUTANAN SEDUNIA...ORG2 KAMPUNG NK SEBUT NAMANYA PUN TAKUT...TQ BABYPOSE

Zaitun delete icon 21 Mac 2015 5:23 PTG

Selamat hari perhutanan sedunia.

Dulu rumah kak zai dipenuhi dengan sarang2 tempua, macam2 bentuk ada.

paridah delete icon 21 Mac 2015 6:06 PTG

yela ipah pohon saga pun ada tu...tq ipah.

paridah delete icon 21 Mac 2015 6:08 PTG

yeke..buat koleksi ya...la ni tempua xbersarang dkt kampung2 lg...dh pindah ke hutan belantara...tq zaitun.

Qaseh Vee delete icon 21 Mac 2015 11:34 PTG

suka dgr buyi unggas di hutan ...

paridah delete icon 22 Mac 2015 9:02 PG

ye suara unggas memecah sunyi alam...tq qv.

Jie Susanos delete icon 22 Mac 2015 1:07 PTG

Selamat hari perhutanan sedunia..dan cntik bunga2 nya..

paridah delete icon 22 Mac 2015 2:52 PTG

cantik kan...tq Jie Susanos.

Jari Manis delete icon 23 Mac 2015 12:29 PTG

semoga tiada lah org 'memusnahkan' hutan kita yg cantik menghijau ni

paridah delete icon 23 Mac 2015 4:08 PTG

mudah2an begitulah...alam hutan kita perlu dilestarikan keujudannya...tq JM.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”