بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT YANG MULIA.

Lawatan meruntun hati ke rumah pak rahim di jalan laloh - sungai sam ... misi akidah dan kemanusiaan... Bantulah saya tuan-tuan utk bantu insan ini.. Solatnya cukup 5 kali sehari ... bersih orangnya ... tapi dihina oleh segelintir dek kemiskinan...
Jika ada yg kata beliau begini dan begitu sesungguhnya kalian sangat kejam... Kami sudah seminggu menyiasat individu ini.. Bantulah... kami tahu apa yg sebenarnya berlaku ... kami dah temubual ramai orang yg dekat dengan beliau .. janganlah berlaku kejam dengan insan ini ... jangan halang bantuan untuk sampai kepadanya ...
Saya tgh siapkan documentary khas kisah pak Rahim ni... Cacian dan hinaan yg diterima adalah asam geram yg beliau terima sejak umur 8 bulan.
Hidup sebatang kara di atas tanah pusaka. Bila ditanya apa sumbangan yg pernah beliau terima beliau menjawab amtaranya ialah "dipanggil beruk oleh segelintir masyarakat "..
Bila beliau datang ke kedai kopi ada yg berkata " beruk dah sampai.. Beruk dah sampai.. "
Itulah antara sumbangan yg beliau terima. Tanpa kami sedar .. air mata kami semua menitis ... Pak Rahim kuat pegangan agamanya ... solat dan zikir sangat di jaga ... rumahnya total lost dek banjir dan pondok usang inilah tempat dia berteduh.
Sewaktu kami sampai sekitar jam 5 petang Pak Rahim belum balik menoreh getah ... kami tunggu beliau balik dan seketika kemudian kami tengok beliau termengah-mengah turun bukit ... di lehernya dikalungkan getah skrap untuk jadi bahan bakar nak memasak makan malamnya nanti ...
Dia terus mintak izin untuk mandi ... di ambilnya sabun dlm plastik dan terus ke anak sungai berdekatan ... kami masih tunggu beliau bersedia .. rupa2nya dia bergegas solat asar ... dah lewat katanya ... SUBHANALLAH ...
Kepada yg kata Pak Rahim ni pemalas ... rajin sangatkah kita??
Tuan-tuan ... janganlah mudah untuk judge orang itu begini dan begitu jika kita hanya duduk di pejabat dan dengar maklumat tak tepat dari wakil penduduk ... datanglah sendiri duduk dengan pakcik ni dalam hutan keseorangan seperti beliau? Berani??
1 jam pun tuan2 tak berani ... dan kami dah seminggu menyiasat kes ini ..
Saya kagum dgn individu ini. Ini kes yg sangat genuine... Biarlah apapun org dan segelintir masyarakat setempat nak kata dan nak halang bantuan utk pakcik ini saya akan REDAH ... KAMI AKAN REDAH HALANGAN ITU ... Saya dan kami semua akan LANGGAR halangan itu..
Saya tak sanggup lihat kemusnahan yg lebih besar Allah timpakan kepada kita dek kerana sikap kita yg kejam pada orang miskin...
Hubungi saya: 017-3872232
Kita bantu berikan dia kehidupan
Bukan sekadar sebuah rumah frown emoticon

8 ulasan - "SECEBIS CITRA KEHIDUPAN PILU..."

Sarah Talib delete icon 20 Mac 2015 1:30 PTG

Salam Jumaat...lama x bw kat sini...blog pun lama x update.

paridah delete icon 20 Mac 2015 3:29 PTG

salam jumaat sarah..lama xjumpa sarah di sini...tq sarah.

BM delete icon 20 Mac 2015 4:03 PTG

Tak perlu mengkaji hingga ke akar umbi, jika nak tolong...lihat apa yg didepan mata, bantulah seikhlasnya. Bersangka baik dan ikhlas...dan hanya kerana Allah.

paridah delete icon 20 Mac 2015 4:25 PTG

benar tu...dipandang sekali imbas pun kita dpt rasakan kepayahan kehidupan yg dilaluinya n sgt2 perlukan bantuan...bantulah kerana Allah...tq BM.

che mid delete icon 20 Mac 2015 4:31 PTG

Selepas Jumaat tadi Raja Shamri mengadu ramai yang tak puas hati dgn posting ttg pakcik rahim ni. Besar sungguh cabaran orang yang nak buat pahala ni kan..

paridah delete icon 20 Mac 2015 5:07 PTG

Agaknya apa yg Raja Shmri tulis ternyata kebenarannya n masing2 terasa kesilapan mrk tu...moga niat baik Raja Shamri akn dipermudahkan Allah urusannya...tq che mid.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 20 Mac 2015 9:48 PTG

bersangka baik

paridah delete icon 21 Mac 2015 10:09 PG

YA BENAR TU...TQ MKL.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”