بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

MAKAN NASI TANPA SAMBAL DIRASAKAN BAGAI ADA YANG KURANG DALAM MENU SANTAPAN HARIAN KITA KAN...WALAU LAUK PAUKNYA PEDAS RASANYA KEBANYAKANNYA TAPI SAMBALNYA TETAP TAK DILUPA. MESTI NAK ADA JUGA.

TAPI SAMBAL TOTOK JAWA NI LAIN PESEN SIKIT  CARA BUATANNYA...SEDAPNYA GERENTI...KALAU DITAMBAH TEMPOYAK OK JUGA...CUBALAH YA..

Ni sambal jawa paling meletop!!! Anak jawa WAJIB pandai buat sambal ni baru boleh jadi menantu...hehehehe smile emoticon
SAMBAL TOTOK JAWA
Bahan-bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2 (takut meletup2)
3 biji cili merah-di potong2 sebelum digoreng(takut meletup2)
1 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci belacan
Minyak utk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka
Caranya:
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat &toskan.
2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat.
3. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
4. Tumbuk kesemuanya. Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi 

7 ulasan - "SAMBAL TOTOK JAWA..."

Nooriah Abdullah delete icon 28 Mac 2015 4:42 PTG

kalau ada sambal ni nasik mesti laris sangat tambah dua tiga kali walaupun tkdak lauk lain sedappp

babYpose delete icon 28 Mac 2015 7:47 PTG

Sedap, ada sambal lebih selera. Tempoyak tu susah skit tapi ia yang important kan :)

Qaseh Vee delete icon 29 Mac 2015 12:51 PG

resepi asli saya sbg anak jawa , kami x gunakan belacan dan lada besar . suma cili padi , bawang merah , bawang putih dan ikan bilis . semunya mentah saja aka tak perlu digoreng dan makan dgn nasi panas bersama sayur bening dan ikan masin ... memang meletop !

paridah delete icon 29 Mac 2015 9:51 PG

yela noor..sambl tu pembuka selera...tq nooriah.

paridah delete icon 29 Mac 2015 9:53 PG

xder sambl ada yg xberselera nk mkn tu...tq babYpose.

paridah delete icon 29 Mac 2015 9:55 PG

yeke..tapi jenis masakan jawa yg asli ni mmg sedap rasanya...tq qv.

Khai♥Rin : anies delete icon 30 Mac 2015 2:34 PTG

x penah rs x penah msk tp penah dgr je ;-)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”