بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
BUAT PUERI-PUTERIKU...


Puteriku manis jangan menangis
airmatamu dibuang habis...
jangan berlagu huhuhuhu.

Sandarkan resah dan pilu
dibahuku
bahu ibumu
yang satu.

Hamburkan segenap gejolak rasa
yang melanda jiwa
yang menggugah jantung hati
hingga hampir mati.

Ibumu ini pengunsi duka yang setia
pengubat lukamu yang siaga
saban waktu saban ketika
sejak lama.

Jangan menangis lagi
aduhai puteri kesayangan ibu
sayunya menyiat rasa nyilu sukma
melihatmu berderai airmata.

Tegarkan rasa
walau apa saja
siksaan perih
membuatmu pedih
membuatmu sedih
lontarkan jauh-jauh
sekadar rasa bukan apa-apa.

Mari berganding tangan
bersama ibu yang tidak pernah kelelahan
mengejar impian seindah lukisan.

Kisah semalam
bukan penentu esok yang mendatang suram.

Allah menguji takdir-Nya
kepada hamba-hamba yang dicintai-Nya.
Bersabarlah puteri-puteriku
hikmah Allah besar untukmu
rencana tiada sempurna Allah menggendala
justeru Allah tahu
yang terbaik untukmu
puteri-puteri kesayanganku.

Karya

PARIDAH ISHAK
TAMAN SELAYANG UTAMA.

10 ulasan - "PUTERIKU MANIS JANGAN MENANGIS...."

Nooriah Abdullah delete icon 8 Mac 2015 12:14 PTG

alahai sedih la pulak ni kenapa ni Idah, ada kena mengena dgn sesiapa ke? bawa bersabar ya setiap apa yg Allah berikan pasti ada hikmah nya

paridah delete icon 8 Mac 2015 12:19 PTG

SEDIH YA..BERSAJAK N MEMBACANYA DGN HATI TU....TQ NOORIAH.

abuikhwan delete icon 8 Mac 2015 2:46 PTG

Assalamualaikum kak,
Jangan bersedih, air mata itu mahal harganya. Bersabar dengan setiap ujian kerana disebalik ujian itu pasti ada kebaikan yang mungkin tidak mampu untuk kita tafsirkan hikmahnya. Namun, andai menangis itu mampu menggembirakan, maka menangislah...wahai puteri

Fidah Shah delete icon 8 Mac 2015 7:03 PTG

Indahnya puisi tu Kak Paridah.
Hingga ke akhir hayat, seorang Ibu, tidak akan sekali kali melepaskan pegangan tangan anaknya. Bahu ibu menjadi tempat bersandar dan hati ibu jugalah yang akan turut merasa segala kepedihan.

Faarihin Talip delete icon 8 Mac 2015 11:13 PTG

Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.
Semoga puteri-puteri itu sentiasa tabah menghadapi segal dugaan yang mendatang.

paridah delete icon 9 Mac 2015 10:03 PG

BENAR TU MOGA TABAH HADAPI UJIAN ALLAH..TQ FAARIHIN

paridah delete icon 9 Mac 2015 10:05 PG

YALAH FIDAH IBU ITU TEMAN SETIA ANAK2NYA HINGGA AKHIR HAYATNYA...TQ FIDAH.

paridah delete icon 9 Mac 2015 10:09 PG

WSALAM DIK USTAZ AIR MATA ITU MMG SGT BERHRGA TAPI JIKALAU HATI BERSEDIH XBT
XTERDAYA MENAHNNYA DRPD JATUH DI PIPI..HUHUHU...TQ

Khai♥Rin : anies delete icon 10 Mac 2015 10:36 PG

setiap dugaan itu mendewasa dan mematangkan... kesedihan pasti ada di antaranya...tapi usah diratapi dan dikesali selamanya

paridah delete icon 10 Mac 2015 11:50 PG

BENAR TU SESUATU YG BERLAKU DGN IZIN-NYA BERSABAR BANYAK2...TQ ANIES.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”