Monday 16 March 2015

PANTUN BERANGKAI..

ASSALAMUALAIKUM...

Pisau mana letak di raga,
Pisau badik mengupas pauh;
Dalam lena abang terjaga,
Terkenang adik yang pergi jauh.
Pisau badik mengupas pauh,
Pisau di talam tidak berhulu;
Terkenang adik yang pergi jauh,
Hati di dalam terasa pilu.

Pisau di talam tidak berhulu,
Hulu terendam di perigi buta;
Hati di dalam terasa pilu,
Rindu dendam tidak terkata
Hulu terendam di perigi buta,
Datangnya jauh beli di kota;
Rindu dendam tidak terkata
Berlinang jatuh si air mata.

Datangnya jauh beli di kota,
Dipagi Khamis orang berjaja;
Berlinang jatuh si air mata,
Bagai gerimis di waktu senja.

semua pic google sekadar hiasan.
Karya Pak Engku.

16 comments:

  1. rangkap pantun berkait-kait..terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun berangkai atau pantun berkait....tq nohas

      Delete
  2. Baru saya tau ada jenis pantun yang begini. Baris pantun sebelum akan dikaitkan dengan rangkap seterusnya..Saya belajar kat sini Kak Paridah. Thanks :)

    Di pagi Khamis orang berjaja
    Menjual bunga di dalam raga
    Bagai gerimis di waktu senja
    Orang yang jauh terkenang jua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada jenis pantun gini fidah..

      menjual bunga di dalam raga
      gubah bunga berjenis-jenis
      orang jauh dikenang juga
      adik manja jgn menangis...tq fidah.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak mendengar pantun macam ni,yang berangkai2 sedap di dengar macam balik zaman hang tuah la pulak

    ReplyDelete
  5. heh..heh.pantun Melayu lama tu...tq nooriah.

    ReplyDelete
  6. Saya tak pandai buat pantun berkait ni..
    tapi memang suka baca pantun2 macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun2 berkait maksud n pembayangnya berkait cerita gubahan bahasa halus indah...tq diana.

      Delete
  7. ya mmg bagus..tq pengetahuan produk.

    ReplyDelete
  8. Sedih kata-kata dalam tiap rangkap tu...

    ReplyDelete
  9. dulu rasanya pernah belajar dalam komsas masa kat sekolah dulu..

    ReplyDelete
  10. rindu dendam tidak terkata
    berlinang jatuh si air mata

    ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist