بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pisau mana letak di raga,
Pisau badik mengupas pauh;
Dalam lena abang terjaga,
Terkenang adik yang pergi jauh.
Pisau badik mengupas pauh,
Pisau di talam tidak berhulu;
Terkenang adik yang pergi jauh,
Hati di dalam terasa pilu.

Pisau di talam tidak berhulu,
Hulu terendam di perigi buta;
Hati di dalam terasa pilu,
Rindu dendam tidak terkata
Hulu terendam di perigi buta,
Datangnya jauh beli di kota;
Rindu dendam tidak terkata
Berlinang jatuh si air mata.

Datangnya jauh beli di kota,
Dipagi Khamis orang berjaja;
Berlinang jatuh si air mata,
Bagai gerimis di waktu senja.

semua pic google sekadar hiasan.
Karya Pak Engku.

16 ulasan - "PANTUN BERANGKAI.."

nohas delete icon 16 Mac 2015 2:27 PTG

rangkap pantun berkait-kait..terbaik..

Fidah Shah delete icon 16 Mac 2015 2:41 PTG

Baru saya tau ada jenis pantun yang begini. Baris pantun sebelum akan dikaitkan dengan rangkap seterusnya..Saya belajar kat sini Kak Paridah. Thanks :)

Di pagi Khamis orang berjaja
Menjual bunga di dalam raga
Bagai gerimis di waktu senja
Orang yang jauh terkenang jua...

Fidah Shah delete icon 16 Mac 2015 2:42 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
paridah delete icon 16 Mac 2015 3:14 PTG

pantun berangkai atau pantun berkait....tq nohas

paridah delete icon 16 Mac 2015 3:20 PTG

mmg ada jenis pantun gini fidah..

menjual bunga di dalam raga
gubah bunga berjenis-jenis
orang jauh dikenang juga
adik manja jgn menangis...tq fidah.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 16 Mac 2015 6:57 PTG

wah....best

paridah delete icon 16 Mac 2015 7:18 PTG

tq MKL.

Nooriah Abdullah delete icon 16 Mac 2015 7:21 PTG

dah lama tak mendengar pantun macam ni,yang berangkai2 sedap di dengar macam balik zaman hang tuah la pulak

paridah delete icon 16 Mac 2015 7:31 PTG

heh..heh.pantun Melayu lama tu...tq nooriah.

Diana Rashid delete icon 16 Mac 2015 7:51 PTG

Saya tak pandai buat pantun berkait ni..
tapi memang suka baca pantun2 macam ni...

pengetahuan produk delete icon 16 Mac 2015 9:02 PTG

Pantun yang bagus kak :)

paridah delete icon 16 Mac 2015 9:07 PTG

pantun2 berkait maksud n pembayangnya berkait cerita gubahan bahasa halus indah...tq diana.

paridah delete icon 16 Mac 2015 9:09 PTG

ya mmg bagus..tq pengetahuan produk.

Dunia Zumal delete icon 16 Mac 2015 11:08 PTG

Sedih kata-kata dalam tiap rangkap tu...

Pha Is delete icon 17 Mac 2015 2:42 PG

dulu rasanya pernah belajar dalam komsas masa kat sekolah dulu..

Khai♥Rin : anies delete icon 17 Mac 2015 12:22 PTG

rindu dendam tidak terkata
berlinang jatuh si air mata

;-)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”