بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU

PETIK LADA DI WAKTU PAGI,
TUMBUHNYA JARAK SELANG SEKAKI,
DI POHON LADA SI BURUNG BALAM,
TERBANG SUKA KE SANA SINI;
TIDAK ADA GUNUNG YANG TINGGI,
IKUT KEHENDAK DAPAT DIDAKI,
TIDAK ADA LURAH YANG DALAM,
PASTI SEMUA DAPAT DITURUNI

Perbidalan: Tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didakai,
tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni.
Maksudnya: Tidak ada usaha yang tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan).

TUMBUH KELADI DI TEPI RIMBA,
POKOK TEMU AKAR TERENDAM;
KURANG BUDI TERABA-RABA,
TIADA ILMU SULUH TERPADAM.

Perbidalan: Kurang budi teraba-raba, tiada ilmu suluh padam.
Maksudnya: Orang yang kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan
.
POKOK BERANGAN DI HUJUNG HUTAN,
HENDAK SIGAI SI POKOK SAGA;
MATA BERPANDANGAN BUDI KEDAPATAN,DAM
KASIH BAGAI YANG LAMA JUGA.

Perbidalan: Mata berpandangan budi kedapatan, kasih bagai lama juga..
Maksudnya: Anggapan (perasaan) yang tidak berubah kepada seseorang walaupun
dia berlaku serong.

BERENANG SEPAT BERLUMBA-LUMBA,
DITANGGUK JURAGAN SEDARI PAGI;
JIKA MENDAPAT SAMA BERLABA,
KALAU KEHILANGAN SAMA MERUGI.

Perbidalan: Mendapat sama berlaba, kehilangan sama merugi.
Maksudnya: Hidup yang seia sekata.

DI PEKAN JERTIH SINGGAH SETEMPAT,
BELAYAR KE PULAU DI TANJUNG TUALANG;
LEPAS PUTIH HITAM TAK DAPAT,
BEGITULAH KALAU NASIB DAH MALANG.

Perbidalan: Lepas putih hitam tak dapat.
Maksudnya: Apa yang diharapkan tidak dapat, sedangkan yang ada pula hilang.

TERBANG KE DAIK BURUNG KEDIDI,
BURUNG KENDI TERBANG KE HUTAN;
BAIKLAH BAIK MENANAM BUDI,
SEBAB BUDI BOLEH KEDAPATAN.

Perbidalan: Sebab budi boleh kedapatan.
Maksudnya: Kelakuannya sendiri yang menyebabkan kerugian (kesusahan).

DITEBANG PERINGGI SI BATANG NYATUH,
DI BAWAH MERAYAP SI PUTARWALI;
GUNUNG YANG TINGGI PASTIKAN RUNTUH,
JIKA SENTIASA SAJA DIGALI.

Perbidalan: Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.
Maksudnya: Harta yang banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan.

DI ATAS JETI DUDUK TERMENUNG,
MENGHADAP TELUK SAMBIL BERKHAYAL;
NIAT HATI NAK PELUK GUNUNG,
NAMUN TERPELUK SI BIAWAK SIAL.

Perbidalan: Niat hati nak peluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (sial).
Maksudnya: Lain yang dihajati lain yang diperolehi (kemuliaan yang dihajati,
kehinaan yang diperolehi).

KE TASIK CINI BERSAMA SURI,
NAIK BENDI DATUK PADUKA;
HILANG BINI BOLEH DICARI,
HILANG BUDI BADAN CELAKA.

Perbidalan: Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
Maksudnya:

ANGIN BERTIUP POHON MELAYAH,
POHOH RUMBIA DI HUJUNG DESA;
KALAU HIDUP KAYU BERBUAH,
HIDUP MANUSIA BIAR BERJASA
.
Perbidalan: Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa.
Maksudnya: Pada ketika hidup eloklah berbuat baik untuk diri sendiri dan
untuk masyarakat.

KAIN TUDUNG BERAT DIJUNJUNG,
BELI SEKODI DI PASAR BORONG;
JIKALAU HIDUNG TIDAKLAH MANCUNG,
JANGANLAH PIPI TERSORONG-SORONG.

Perbidalan: Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Maksudnya: Orang yang tidak turut campur yang menjadi susah, yang
patut kesusahan berdiam diri.

BURUNG UNDAN TERBANG TAMPIL,
MELIHAT TUNTUNG BERMAIN-MAIN;
BIAR SETANDAN BAGAI KERAMBIL,
NAMUN UNTUNG BERLAIN-LAIN.

Perbidalan: Biarpun setandan bagai kerambil, namun untung berlain-lain.
Maksudnya: Walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih
berlainan.

16 ulasan - "KURANG BUDI TERABA-RABA..KURANG ILMU SULUH TERPADAM..."

Cilembu thea delete icon 25 Mac 2015 11:25 PTG

budi pekerti dan etika hanya dapat tumbuh dan berkembang dengan seksama jika memiliki ilmu, maka menuntut ilmulh dari sejak lahir hingga ke liang lahat, dari negeri kanguru hingga ke negeri Cina

Myliferia delete icon 26 Mac 2015 2:51 PG

Halus dan tepat bahasa pantun, berkias dengan perbidalan, memberi makna yang sungguh mendalam :)
Terima kasih berkongsi

Anisayu Nastutik delete icon 26 Mac 2015 8:35 PG

Sajak pantun berisi gurindam
Punya maksud nasehat
Sifat santun menular tentram
Raga terwujut sehat walafiat...

AMIIZAA delete icon 26 Mac 2015 10:08 PG

salams rindu dari saya kak...lama tk bw....membaca dan belajar entry yg sangat berguna:):)

Dunia Zumal delete icon 26 Mac 2015 10:42 PG

Seronok zumal baca rangkap2 pantun nie ^^

Kakzakie delete icon 26 Mac 2015 1:07 PTG

Pemilihan perkataan yg digunakan itu menambah menarik utk dibaca..

Khai♥Rin : anies delete icon 26 Mac 2015 4:00 PTG

NIAT HATI NAK PELUK GUNUNG,
NAMUN TERPELUK SI BIAWAK SIAL.

gelak sy ;-)

Khai♥Rin : anies delete icon 26 Mac 2015 4:00 PTG

p/s akk lom beri emel lagi ;-)

paridah delete icon 27 Mac 2015 10:52 PTG

heh..heh..jgn sebut gitu..doa yg baik2 tq anies.

paridah delete icon 27 Mac 2015 10:53 PTG

ok..kak dh beri sat td...tq anies.

paridah delete icon 28 Mac 2015 9:09 PG

ilmu mmbntuk budi perkerti mulia..tq chilembu thea.

paridah delete icon 28 Mac 2015 9:11 PG

wah indahnya susunan bahasa...tq Myliferia.

paridah delete icon 28 Mac 2015 9:12 PG

pandai berpantun indah...tq anisayu.

paridah delete icon 28 Mac 2015 9:13 PG

wsalam..smbl bw kutip2 ilmu...tq amiiza.

paridah delete icon 28 Mac 2015 9:14 PG

pantun seni bahasa yg indah...tq zumal.

paridah delete icon 28 Mac 2015 9:16 PG

benar tu pemilihan kata2 yg berseni n bertepatn dgn perbidaln yg dikemukakn..tq :Kakzakie.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”