بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

DEMI BUAH TIN DAN BUAH ZAITUN...

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat dan hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antara tumbuhan terawal yang ditanam manusia.

http://miramawary.blogspot.com



PENGUSAHANYA EN FAIZAL SANIP....PIC FBNYA.

TERUJA DENGAN DOKUMENTARI MAJALAH TIGA TENTANG BUAH TIN YANG DISEBUT  ALLAH DI DALAM ALQURAN PI DAN ANAK-ANAK BERTOLAK KE MERBAU SEMPAK SUNGAI BULOH UNTUK MELIHAT KEBUN BUAH TIN YANG DITANAM POKONYA DI SINI DENGAN BANYAK.

RAMAI YANG BERKUNJUNG KE SINI UNTUK MEMBELI ANAK BENIH YANG DIJUAL DENGAN HARGA 80RM HINGGA 140RM SEPOKOK MENGIKUT JENISNYA. POKOK TIN DARIPADA NEGARA TIMUR TENGAH DAN EROPAH YANG DITANAM DAN DIJUAL DI SINI. ADA JUGA DARIPADA JEPUN, CHINA, TAIWAN.

MENURUT PEMILIKNYA DAUN POKOK TIN DIJADIKAN TEH UNTUK MENGURANGKAN KADAR GULA DALAM DARAH, MENGUBATI DIABETIS JIKA DIAMALKAN BERTERUSAN SEPERTI YANG DILAKUKAN ISTERINYA YANG JUGA PENGIDAP PENYAKIT INI KINI TAHAP GULANYA TELAH JAUH MENURUN.

BELIAU JUGA MENJUAL TEH DAUN POKOK TIN INI. DAN LARIS JUALANNYA HINGGAKAN PI PUN TAK SEMPAT NAK TENGOK RUPA TEH TU.

BUAHNYA PULA DIJUAL DENGAN HARGA 80RM 1KG. TAPI PADA HARI KAMI KE SANA BUAHNYA TIDAK DIPETIK LAGI KERANA MASIH MUDA. HANYA AKAN DIPETIK BUAHNYA PADA BULAN MEI NANTI. BOLEHLAH KALAU NAK KE SANA TIKA ITU UNTUK MENDAPATKAN BUAH TIN YANG SEGAR DARIPADA POKOK.

SELALUNYA KITA HANYA DAPAT RASA BUAH TIN KERING YANG AGAK LIAT DIBAWA PULANG DARIPADA TANAH SUCI OLEH SAUDARA MARA KITA YANG MENUNAIKAN IBADAT HAJI ATAU UMRAH.


019-446 2200
PIC MARIMAWARI.BLOGSPOT

26 ulasan - "BUAH TIN MERBAU SEMPAK"

che mid delete icon 11 Mac 2015 4:20 PTG

Daunnya tu mengingatkan CM pada pokok kacang bender pulak..kalau dibiarkan pokok tu boleh jadi besar kut kan..

Ipah Kholipah delete icon 11 Mac 2015 4:21 PTG

enak di makan engga mba buah tin nya :)

Dunia Zumal delete icon 11 Mac 2015 4:29 PTG

Zumal teringin nak tengok dari pokok tin nie...

nohas delete icon 11 Mac 2015 4:39 PTG

pokok kurma, anggur dah ditanam di M'sia..buah tin pula, bagus macam ni..

Fiza Rahman delete icon 11 Mac 2015 4:42 PTG

Saya ada tgk majalah3. Tapi boleh terlelap. Menjadi tanaman dia kan kak.

Baru lepas makan buah tin dari mekah ☺

Zaitun delete icon 11 Mac 2015 7:02 PTG

Kak zai suka makan buah tin in shaa Allah nanti nak pergi tengok. Terima kasih PI.

Qaseh Vee delete icon 11 Mac 2015 10:03 PTG

klu dilihat pada buah dan daunnya , saya teringat masa ksl dulu , pokok ini banyak terdapat di kebun . masa tu , my bonda tak kasi usik sebab beracun katanya . tapi pernah tengok burung makan , ok je . cuma masa tu sel otak tak berhubung dgn bak , wpun burung makan , tapi saya masih x berani makan . saya panggil buah tu buah luing ...

paridah delete icon 11 Mac 2015 10:09 PTG

buah yg muda getahnya beracun kata tuan kebun tu..mungkin dari jenis yg sama kot...tq qv.

pengetahuan produk delete icon 11 Mac 2015 11:00 PTG

Buahnya tumbuh bergerombol seperti itu ya kak :)

Sweetie delete icon 12 Mac 2015 9:07 PG

Saya gemar makan buah tin yang dah di keringkan tu PI. Tapi eloklah 'budibahasa' pokok tin ni ya, kecik2 dah berbuah lebat.

paridah delete icon 12 Mac 2015 9:47 PG

yalah sweetie pokok tin ni 3 bulan ditanam dh mula berbuah...tq sweetie.

paridah delete icon 12 Mac 2015 10:39 PG

JENIS TIN YG BIASA TU NMPAK BESAR POKOKNYA TAPI YG JENIS NI XTAU PULA...TQ CHE MID.

paridah delete icon 12 Mac 2015 10:40 PG

KAK PUN XPERNAH RASA...KATA TUANNYA LEMAK MANIS RASANYA...TQ IPAH KHOLIPAH.

paridah delete icon 12 Mac 2015 10:42 PG

HEH..HEH..KENA KE MERBAU SEMPAK TU ZUMAL...TQ

paridah delete icon 12 Mac 2015 10:46 PG

SESUAI JUGA BUAH YG ASALNYA HIDUP DLM HAWA LAIN DI NEGARA KITA YA...SUBHANALLAH..TQ NOHAS.

paridah delete icon 12 Mac 2015 10:47 PG

YA TANAMANNYA ELOK SUBUR...TQ FIZA.

paridah delete icon 12 Mac 2015 10:49 PG

RAMAI YG KESANA TERUTAMA HARI SABTU ZAI...TQ ZAITUN.

paridah delete icon 12 Mac 2015 10:52 PG

YG DISINI NMPAK BUAHNYA SETANGKAI SATU...YG BNYAK LEBAT TU JENIS TIN JUGA..TQ PENGETAHUAN PRODUK.

Khai♥Rin : anies delete icon 12 Mac 2015 2:23 PTG

kalu x silap pemilik tanaman ni penah msk tv

Jari Manis delete icon 12 Mac 2015 3:54 PTG

RM80 sekilo? glurpp!

paridah delete icon 12 Mac 2015 10:19 PTG

ya anies kat tv3 baru ni...tq anies.

paridah delete icon 12 Mac 2015 10:22 PTG

mahal juga kan...maklum permintaan bnyk suply sedikit...biasalh tu...tq JM

Tanpa Nama delete icon 2 April 2015 9:36 PTG

nak beli buah tin yang dihasilkn ni ...boleh dpt dimana?

NabilaHasyim delete icon 30 April 2015 2:05 PTG

Maaf kak, nama pengusahanya EnRidzuan bin Abdullah, kak..

saya pun baru ke ladangnya sabtu lepas (25 April 2015)
link entri
http://menggapaicintailahi.blogspot.com/2015/04/lawatan-ke-ladang-fig-fiesta-al-ridzuan.html

paridah delete icon 30 April 2015 7:08 PTG

bulan mei ni buah tin yg masak dh boleh dibeli di nurseri ni..tq anonym.

paridah delete icon 30 April 2015 7:11 PTG

yeke..kak baca kat fb lain pula namanya....tq infonya. nabilahasyim.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”