بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM.

BIASANYA SOTONG SUMBAT HANYA DISUMBAT DENGAN PULUT YANG DAH SIAP DIKUKUS SAJA TAPI KALI INI BANYAK PULA BAHAN-BAHAN YANG DIADUN KEDALAMNYA. PASTI ADA KELAINAN RASANYA. TENTU LEBIH ENAK BUAT HIDANGAN BERSAMA NASI SANTAPAN KELUARGA.

CUBA DAHULU BARU TAHU BAGAIMANA KEENAKAN RASANYA.

RESEPI SOTONG SUMBAT B'CILI wink emoticon

heart emoticon Bahan:
6 ekor sotong besar y boleh d sumbat
Sedikit serbuk kunyit 
Garam
Lidi untuk cucuk

heart emoticon Bahan Sumbat
3 biji telur
1 tiub tauhu telur/tauhu jepun - lenyekkan
12 ekor udang basah - cincang
1/2 biji bawang besar - dadukan
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit dry basil - agak-agak
1/2 sudu teh dah le
Sedikit dry mint - yang ni sama gak
Sedikit dry chive - ini pun sama
2 sudu teh Cili Boh
2 sudu makan minyak masak - agak-agak je la

heart emoticon Bahan Kuah
2 bawang besar - kisar
2 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu makan udang kering - kisar
1 biji tomato - kisar
3 sudu makan Cili Boh
1 sudu makan serbuk kari ikan - bancuh dengan sedikit air
1 tangkai daun kari
1 sudu makan Sos Char Kueyteow
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula

Caranya

1. Bahan Sumbat:
Panaskan kuali bersama minyak,
tumis bawang dan Cili Boh hingga garing (naik minyak). Masukkan telur, tauhu, udang, garam, dry basil, dry mint, dry chive dan lada sulah. Ratakan dan goreng sehingga kering. Ketepikan bagi sejuk.

2. Sotong:
Lumur sotong bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian sumbatkan dengan inti tadi sampai habis. Paras akhir inti yang disumbat agak-agak 1 cm kurang sikit. Kang terlebih penuh kang muntah pulak isinya balik. Sematkan dengan lidi. Kemudian goreng sebentar dalam 1 minit dan angkat.

3. Kuah:
Tumis bahan kisar, Cili Boh Asli dan serbuk kari (dalam bancuhan serbuk kari ni masukkan daun kari terus) hingga garing dan pecah minyak. Kacau sesekali jangan bagi hangit dasarnya.

4. Masukkan Sos Char Kueyteow , garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga sebati.

5. Akhir sekali masukkan sotong. Kacau sehingga kuah pekat dan agak-agak macam tersalut je pada sotong tu. Angkat dan hidangkan.

8 ulasan - "SOTONG SUMBAT..."

Nooriah Abdullah delete icon 1 Mac 2015 12:05 PTG

wah nampak sedap sotong sumbat ni, baru saja kaknoor makan sotong hari ni tapi tklah sumbat biasa lah je pun, banyak kerja jugak buat yg sumbat 2 ni kan..

Najib Ariyan delete icon 1 Mac 2015 3:14 PTG

ni dah boleh bukak restoran dah ni... gaya hebat betul... pakai bahan2 yang tak pernah dengar kat sini... pehhhh... dua jempol untuk tuan blog

Fidah Shah delete icon 1 Mac 2015 5:27 PTG

Walau bahan-bahannya agak banyak, tapi sotong tu nampak sedap dan menambat selera. Cuma kalau tak guna udang kering (sebab allergic..huhu), boleh diganti dengan apa ya, sebagai bahan perasa tambahan?
Anyway, thanks for the recipe Kak Paridah.

paridah delete icon 1 Mac 2015 9:16 PTG

xnak guna udang kering pun xpe fidah bahan2 yg sedia ada pun dh ok tu....tq fidah.

paridah delete icon 1 Mac 2015 9:18 PTG

heh.heh..bukak restoran kat blog jer najib...tq najib.

paridah delete icon 1 Mac 2015 9:21 PTG

sotong masak apapun sedap nooriah tambh dimasak yg pakar cam kaknoor....tq

Khai♥Rin : anies delete icon 3 Mac 2015 10:54 PG

alamak...mn plak sy nk cari sos char kuew teaw tuuuu

Dunia Zumal delete icon 3 Mac 2015 5:18 PTG

Sedapnya tapi zumal takleh makan sotong :(

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”