بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


Bunga Plastik
i.
di atas meja di botol kaca
bunga plastik begitu angkuh
menjeling anggerik rimba
ii.
kupu-kupu hinggap di kelopak anggerik
menikmati madu menebarkan debunga
nyamuk tertidur di kelopak palsu
memalitkan darah beku
FAZIZ AR..
FB.

CANTIK SUNGGUH ORKID-ORKID BORNEO NI...RUPANYA PUN LAIN SEKALI.









10 comments - "ORKID-ORKID BORNEO ISTIMEWA CANTIKNYA..."

abuikhwan delete icon 27 February 2015 at 23:11

Assalamualaikum kak,
Subhanallah! Cantik amat bunga2 orkid itu. Pertama kali melihat orkid yang sebegitu...
Jika 10 orang tukang masak diberikan bahan2 masakan yang sama, boleh jadi hasil masakannya juga sama. Tetapi Allah al-Hakim, menumbuhkan orkid ini berbeza-beza biarpun tumbuh di tanah yang sama, menyerap baja dan air yang sama...Subhanallah, subhanallah...
Maaf kak, panjang sikit komennya..hehe

aryn delete icon 28 February 2015 at 02:56

Cantik.. Memang cantik :)

Bunda a.k.a KN delete icon 28 February 2015 at 05:39

Memang cantik2 sangat...belum pernah tengok lagi sebelum ini...

Gambar pertama tu paling unik...bunganya kecil ajer tapi daunnyer pulak lebar2...begitu juga gambar 3 dan 5....Cantikkkkk...

Nooriah Abdullah delete icon 28 February 2015 at 09:25

alahai geramnya kaknoor tengok semua orkid2 tu, menyerlah kecantikkan orkid borneo, kalau beli ni memang mahal ni terutama gambar pertama tu unik sngt

Zaitun delete icon 28 February 2015 at 13:04

SubhanAllah semuanya cantik2 dan unik. Kak zai belum pernah tengok lagi bunga macam ini.

paridah delete icon 2 March 2015 at 14:44

wsalam dik ustaz subhanallah terkedu mendengar untaian bicara...Allah maha kaya mampu menjadikan apa saja...tq abuikhwan.

paridah delete icon 2 March 2015 at 14:45

cantik sungguh kan...tq aryn.

paridah delete icon 2 March 2015 at 14:46

kak pun xpernah tengok orkid2 yg unik bgini bunda...subhanallah...tq bunda.

paridah delete icon 2 March 2015 at 14:57

orkid2 borneo ni bentuk n warnanya unik amat...harganya tentulah senilai dgn orkidnya...tq nooriah.

paridah delete icon 2 March 2015 at 15:00

benar tu cantik sungguh orkid2 kejadian Allah pelbagai rupanya...tq zaitun.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”