بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YG MULIA...


JAMILAH PWCK FB.

emasa ziarah muzium di Istana Topkapi, Turki, ada beberapa orang menangis melihat barang peninggalan Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu anhu.. Pelancong mat/minah saleh hairan kenapa ada yang menangis & mereka cuba membaca info yg ada di luar kaca barang pameran. Yg ada ditulis di situ hanya "Rambut Rasulullah".. Pelik! Kenapa menangis?
Inilah beza antara kenal dan tidak kenal.. Yg menangis tu kenal Rasulullah & para sahabat tapi pelancong lain tidak.. Saya teringat kisah Ustaz Wan Asrul, beliau lazimnya membaca kitab Syamail Muhammadiyah untuk isteri dan anak-anaknya sebelum tidur. Satu malam, anak dia diam lepas ayahnya membaca kitab tersebut. Ustaz Wan Asrul & zaujahnya pelik dgn perangai anak mereka. Biasanya tak reti berhenti bercakap.
Ustaz Wan & zaujahnya pun bertanya "adik kenapa? Sakit ke" jawapan dia "tak lah ummi".. "Habis tu kenapa diam je malam ni?
Jawapan anaknya yg belum bersekolah itu ialah :
"adik rindu dengan Rasulullah"
Allahu Allah. Mak ayah mana yg tak terharu mendengar jawapan begini?
Sebab itu ulama syorkan kita baca kitab Hayatus Sahabah (kehidupan para sahabat) dan tambahannya lagi, kitab Syamail Muhammadiyah (Kesempurnaan Rasulullah) sebelum kita dan ahli keluarga tidur supaya Rasulullah salallahu alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu anhum sentiasa hidup dalam hati kita. Wallahua'lam
Hayyun fi qulubina
Ustaz Uthman
1001 SIRAH NABI MUHAMMAD FB.

8 ulasan - "CINTA SEJATI ABADI..."

Anisayu Nastutik delete icon 27 Februari 2015 12:55 PTG

Rindu pada Rasul
Arti Hati yang unggul
Tangis haru pun terkumpul
Diatas senyum yang simpul...

nohas delete icon 27 Februari 2015 2:31 PTG

syukran di atas perkongsian..

Zaitun delete icon 27 Februari 2015 7:24 PTG

SubhanAllah...rindu yang tak pernah hilang dari kita sebagai ummatnya.

paridah delete icon 27 Februari 2015 10:44 PTG

RINDU RASUL TANDA CINTA ABADI...TQ ANISAYU.

paridah delete icon 27 Februari 2015 10:44 PTG

TQ NOHAS INSYA ALLAH..

paridah delete icon 27 Februari 2015 10:46 PTG

INSYA ALLAH UMMATNYA SENTIASA MERINDUINYA...SUBHANALLAH....TQ ZAITUN.

abuikhwan delete icon 27 Februari 2015 11:04 PTG

Assalamualaikum kak,
Saya juga rindu.. tetapi saya harapkan rindu saya itu bukan sekadar 'lakaran puisi'. Allahu rabbi...

Bunda a.k.a KN delete icon 28 Februari 2015 6:06 PG

Seandai nya Baginda masih ada tak tahu nak diceritakan bagaimana....sedangkan mendengar sejarah pun hati jadi sebak dan sayu...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”