Thursday 8 January 2015

ZAHIR BUKAN GAMBARAN ROHANI...

ASSALAMUALIKUM...


Yang Di Sangka Orang Gila

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku(bukan nama sebenar) singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
PIC GOOGLE SEKADAR HIASAN.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu
.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut)..
Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

**PENGAJARAN**
Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

WALL FB HAMBA PADA ILAHI...

22 comments:

  1. terharu baca kisah ni..

    pakcik tu ada ilmu makrifat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya amat terharu...mestilah ada ilmu makrifatnya pakcik ni...org2 kita ni diam2 berisi...tq nohas.

      Delete
  2. Masya-Allah... bergenang airmata kakak
    Pencerita punya budi pekerti baik memang wajar dipertemukan org yg begini utk memberi pengajaran kepada yg lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kehendak Allah menemukan pencerita yg berhati mulia dgn pakcik berkopiah ini utk memberitahu kita akan kenyataan kisah hidup sebenarnya...tq kakzakie.

      Delete
  3. cerita yang menarik....amin.. Kejap lagi saya kirim FM...dah terima mesej saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq MKL..Mesej dh terima...susah2kan MKL saja...tq

      Delete
  4. MasyaAllah...terharu kak zai baca. Semoga Allah memelihara pakcik kopiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah begitulah kalau Allh nk tunjuk kebesaran-Nya kpd kita...apa yg dilihat mata xsemestinya kenyataannya...tq zaitun.

      Delete
  5. ya menyentuh hati kita...tq wawa.

    ReplyDelete
  6. banyak pengajaran dalam kisah ni..

    ReplyDelete
  7. benar tu kisah n pengajarannya...tq diana.

    ReplyDelete
  8. hampir titiskan air mata baca ni..Subahanallah...meremang bulu roma. Etuza lalu teringat ada dua kali Etuza terlihat kalibat seseorang di keningau..jalan ke sana ke mari, petang tadi pun nampak tapi Etuza nampak masa Etuza pandu kereta. Dulu insan yang Etuza nampak tu seorang guru..hanya Allah yang tahu kenapa dia macam tu. Serius Etuza kenal orang ni tetapi jarang sekali jumpa. Bila terlihat dia dalam keadaan macam tu..Etuza hanya mampu kembalikan kepada Allah yang lebih mengetahui..sungguh hebat cerita ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...mungkin kelibat seseorg yg cikgu lihat di keningau tu mempunyai kisah menarik yg seakan spt kisah yg dipaparkan ..kisah hidup yg penuh rhsia n misteri hanya Allah yg mahatahu...tq cikgu.

      Delete
  9. pasal cerita ibu duit letak dalam dompet yang Etuza baca di bog seseorang dahulu juga ..dari seorang tua lelaki yang menburunkan petua itu...ini lelaki tua yang di buang anak2

    ReplyDelete
  10. rajin cikgu melayari blog2...banyak juga cerita2 yg dipaparkan seakan sama...tq cikgu etuza.

    ReplyDelete
  11. Sungguh terharu dengan kisah ini. Benar...bukan hak kita utk menilai seseorang. Bersangka baik dan berbuat baiklah dgn sesiapa sahaja...

    ReplyDelete
  12. betul tu kita xboleh berprasangka terhadap sesiapa saja...tq BM.

    ReplyDelete
  13. klu tuan kedai tu bagi dia mkn awal2 lagi dah melipah org dtg mkn kat kedainya ... selalunya org yg nampak selekeh mcm tu hatinya lagi mulai dari kita ...

    ReplyDelete
  14. benar tu jgn terlalu mudah menilai org...tq QV.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist