Saturday 31 January 2015

TART BANGKAHULU...

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT BERSARAPAN PAGI...GOOGLE CARI RESEPI KUIH TRADISI TERJUMPA KUIH INI. NAMPAK UNIK BENTUKNYA. MENURUT SIEMPUNYA BLOG KUIH NI FEMES DI NEGERI SEMBILAN. BOLEH DIBUAT SARAPAN PAGI JUGA NI MELIHATKAN SAIZNYA YANG BESAR PASTI MENGENYANGKAN..

RESEPI KUIH TART BANGKAHULU

solehahismail.weebly.com
Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung
  • 1/2 kg gula (dikisar halus)
  • 2 biji telur
  • 1/2 kg santan pati
  • 2 sudu teh baking powder
  • kuning telur
  • 2 sudu minyak
  • inti= 1 1/2 kg biji kelapa parut
  • gula merah 
  • gula melaka
  • garam ikut rasa


Cara-cara menbuat:

INTI
  • masukkan 1 cawan air dalam kuali dan campurkan gula merah dan gula melaka serta garam.didihkan.masukkan kelapa parut kacau hingga kering.
KULIT TART
  • Ayak tepung dgn baking powder dan gula halus yang dikisar.
  • Pukul telur dan masukkan santan sedikit demi sedikit.
  • Masukkan tepung yang sudah diayak dan gaul sehingga sebati.
  • Biarkan setengah jam.
  • Bulat-bulatkan adunan ikut saiz yang diinginkan.
  • Leperkan adunan tersebut dan balutkan inti mengikut bentuk daun.
  • Kepit-kepitkan kulitnya dengan pengepit supaya berjalur seperti urat daun.
  • Sapukan kuning telur yang sudah dicampur dengan minyak
  • Bakar setengah jam dengan 160 C sehingga masak.
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

22 comments:

  1. First time tengok kuih ni..nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalh dgn kak nohas tapi nmpak sedap tu...tq

      Delete
  2. Tart Bangkahulu? ingatkan karipap..resipi org sabar ke kak?

    ReplyDelete
  3. rupa seakan karipap intinya manis..dibakar lagi rumit kerjanya n perlu sabar kan...tq Jari Manis.

    ReplyDelete
  4. ingatkan karipap, menyelerakan ni..sweetkan

    ReplyDelete
  5. yalh babypose..nmpak mcm karipap...tapi intinya manis....tq

    ReplyDelete
  6. Paridah acik biasa beli dari serendah..memang sedap..hari isnin ni pun ada janji..jumpa diseremban..acik dah tempah awal.dia nak kemelaka..otw tu singgah le hantar acik punya tempahan..intinya nya ada kelapa..ada jem nenas

    ReplyDelete
  7. YEKE..KAT SERENDAH PUN ADA YA..SELALU JUGA KE SANA..BOLEH CARI NI..MESTI SEDAP KUIH NI SBB TU ACIK ERNA TEMPAH SELALU...TQ.

    ReplyDelete
  8. wahh nama unik.. nampak kuihnya juga unik

    boleh suruh mak cuba

    ReplyDelete
  9. Susah nk masak tart ni . Tapi akak teror la dpt buat.. tahniah kak paridah

    ReplyDelete
  10. bangkahulu..? 1st time dengar nama ni..

    ReplyDelete
  11. ooo.. macam kuih karipap bentuknya. Serius. Tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya seakan karipap tapi dibakar n manis rasanya....tq faarihin.

      Delete
  12. Wah, bahannya mudah... Boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  13. Tak pernah jumpa lagi ni.. Mana boleh dapat ni nak test la :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...kat nismilan bnyk kuih ni...tq sani sini sana.

      Delete
  14. pertama kali nampak kuih ni masa baru dapat kaka ipar barulah . mak dia mmg buat kuih ni setiap raya . kuih tradisi dr satu tempat yg saya x ingat namanya di Indonesia katanya ... setiap raya mmg saya sorg yg hadap kuih ni sampai habis . tak terfikir lak nak minta resepinya ...

    ReplyDelete
  15. cubalh buat qv...sedap sgt ni resepi dh ada tu...tq qv.

    ReplyDelete
  16. enakkk bangattttttt... super awesomee

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum ..
    Ibu mertua saya merupakan pengusaha kuih tart bengkulu di Kg Bangkahulu Gemas. Ada inti kelapa dan nenas. Kepada sesiapa yang ingin membeli, bolehlah menghubungi saya di 011 32424 556 - Liza.
    TQ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist