بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SUSAH JUGA JADI ORANG
SELALU DIBELEK SELALU DIPANDANG
ADA SAJA YANG DIBAYANG-BAYANG
SEKUJUR DIRI JADI WAYANG.

KALAU CANTIK PARAS RUPA
DIKATA BERJAMPI BERMENTERA
CANTIK SAJA BUAT APA
SEDANG SOLAT SELALU ALPA.

PABILA DILIH AT BERBAHAGIA
RUMAH TANGGA AMAN SEMPURNA
SUAMI/ISTERI GEMBIRA BERSAMA
EH..EH ..KATANYA SUAMI TU DAH DIGUNA-GUNA.

YANG MISKIN DIHINA NISTA
KONON SENGAJA MEMINTA-MINTA
KEDERAT TENAGA DISIMPAN SAJA
MALAS BERUSAHA ITULAH AKIBATNYA.

YANG KAYARAYA PUN TAK TERKECUALI
DIPANDANG SINIS HARTA YANG DIMILIKI
DARIPADA MANALAH SUMBER ITU INI
KORUPSI KOT ATAU HARTA CURI.

HEH...HEH SUSA JADI ORANG
JANGAN FIKIR NAK SENANG LENANG
APA DIBUAT SEMUA DIPANDANG
YANG DIATAS TU SEDANG MENULIS SEDANG MENIMBANG.

KITA NI HANYALAH HAMBA
TIDAK SESEMPURNA MANA
TIDAK LAYAK MENJURI SESIAPA
BUANG PRASANGKA BERSIHKAN JIWA.

PIC........

24 ulasan - "SUSAH JUGA JADI ORANG...IAKAH?"

Puan Wawa delete icon 6 Januari 2015 10:47 PTG

Bermadah akak malam ni..hihi

Etuza Etuza delete icon 6 Januari 2015 10:56 PTG

Sangat cantik kata-katanya..ada unsur kiasan mendidik kita ni. Suka kata-kata macam ini..mengingatkan. Elakkanlah buruk sangka ya..sesungguhnya mudah ja nak buang buruk sangka sebagi dalam pantu tu..pulangkan pada Allah biar Dia yang menilai...kita mudahkan dengan kita pandang kehidupan kita..usaha lah demi kemajuan hidup masing2. Terbaik entry..dapat markah tinggi ni ..hebat2 ..

Etuza Etuza delete icon 6 Januari 2015 10:57 PTG

Etuza suka tengok juga bunga tu..dari mana lah dapat ya..bunga2 Etuza dalam blog di laman ja ..tahniah .

Etuza Etuza delete icon 6 Januari 2015 10:59 PTG

Tak susah..mudah kan usah beratkan. Nilah cara yang terbaik....) harap membantu..kiasan kata yg tinggi nilainya..pada yang faham

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 6 Januari 2015 11:46 PTG

Cantik le

abuikhwan delete icon 6 Januari 2015 11:46 PTG

Assakamualaikum kak,
Cantik torehan bahasanya, berbunga-bunga sama seperti fotonya. fitrah manusia memang begitu, tiada yang sempurna. jika ada yang melihat sempurna, itu hanyalah sempurna daripada mata makhluk yang lemah. Apabila memiliki sifat tidak sempurna tentunya ada kelemahan-kelemahan yang seringkali dinilai dan disebut oleh manusia lain (ingat kisah luqman dan anaknya dengan keldai). Jika apa yang kita lakukan betul dan benar, maka teruskan tanpa mempedulikan kata-kata manusia kebanyakan....

Kakzakie delete icon 7 Januari 2015 7:45 PG

tekat guna kain baldu
senyum puas bukan main
lihat diri sendiri dulu
sebelum menilai org lain

apa-apa pun bunga orkid memikat hati kakak:)

Nieda delete icon 7 Januari 2015 8:55 PG

Sukar memuaskan hati semua pihak.jadilah diri sendiri jgn bermuka 2

Zaitun delete icon 7 Januari 2015 9:04 PG

Sudah menjadi lumrah, manusia tidak akan pernah berhenti dari berkata2. Yang baik, yang elok atau yang buruk mesti dipertikaikan.

Apa pun bunga orkid tu sangat cantik dan menawan.

tenku butang delete icon 7 Januari 2015 9:16 PG

we cannot please all people.. =)

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 7 Januari 2015 10:29 PG

suka madah2 tu...pasal tu blogwalking lagi...hi3

paridah delete icon 7 Januari 2015 12:25 PTG

heh..heh..tq2 MKL.

paridah delete icon 7 Januari 2015 12:26 PTG

YESS..TQ TENKU BUTANG.

paridah delete icon 7 Januari 2015 12:31 PTG

BIASANYA YG BURUK2 LBH SERONOK DIPERKATAKAN...ORKID TU JENIS ORKID HUTAN ZAITUN..PIC LIKE PAGE FB JER...TQ ZAITUN.

paridah delete icon 7 Januari 2015 12:33 PTG

BENAR TU ADA SAJA YG XKENANYA...TQ NIEDA.

paridah delete icon 7 Januari 2015 12:36 PTG

PANTUN YG BERMAKNA SEKALI...TQ KAK ZAKIE...ORKID HUTAN YANG CANTIK KAK ZAKIE SUKAR NK TEMUI DINURSERI...TQ

paridah delete icon 7 Januari 2015 12:46 PTG

TQ MKL..INSYA ALLAH.

paridah delete icon 7 Januari 2015 12:51 PTG

WSALAM DIK USTAZ...CERITA ORANG NI BIASALAH JADI PERBUALAN ORANG SENTIASA SPT KISAH PERJALANAN WALI ALLAH LUKMANULHAKIM BERSAMA ANAKNYA YG SERING DILONTARI KOMEN SETIAP TINGKAH MRK...TQ ABUIKHWAN.

paridah delete icon 7 Januari 2015 12:54 PTG

TQ CIKGU ETUZA..KISAH2 BIASA YG XASING UTK KITA FIKIRKAN DGN JERNIH HATI..

paridah delete icon 7 Januari 2015 12:55 PTG

TQ CIKGU ETUZA ORKID2 CANTIK NI DPRPD LIKE PAGE ORKID HUTAN FB.

paridah delete icon 7 Januari 2015 1:03 PTG

TQ CIKGU..BENAR TU KITA PULANGKAN KPD ALLAH PENGHAKIMANNYA...XYAH KITA YG NK MEMANDAI-MANDAI MENGOMEN ITU INI..

paridah delete icon 7 Januari 2015 1:05 PTG

HEH..HEH..BERMADAH SELOKA SESEKALI WAWA...TQ

Bin Muhammad delete icon 8 Januari 2015 10:57 PTG

Bunga2 tu terlalu cantik dan menangkap pandangan hingga terlupa pada apa yg ditulis dibawahnya.

paridah delete icon 9 Januari 2015 10:10 PG

YEKE...HEH..HEH...LAIN KALI XPERLU LETAKAN HIASAN YG BNYK YER BM....TQ

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”