بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..

Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
__________________



Tarikh dan Tema sambutan Maulidur Rasul 2015/ 1436H di Malaysia. Menerusi takwim Islam 1436H, tarikh sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H. Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Bagi umat Islam, Maulidur Rasul adalah adalah hari bersejarah keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT

Sumber: Tema Sambutan Maulidur Rasul 2015/ 1436H Malaysia | melvister.com 


TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM
TAHUN 2015 / 1436 - 1437 H BAGI MALAYSIA
TARIKH HIJRI TARIKH MILADI HARI PERAYAAN /
KEBESARAN ISLAM
12 Rabiulawal 1436 3 Januari 2015 Maulidur Rasul
27 Rejab 1436 16 Mei 2015 Israk dan Mikraj
* 1 Ramadhan 1436 18 Jun 2015 Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1436 4 Julai 2015 Nuzul al-Quran
* 1 Syawal 1436 17 Julai 2015 Hari Raya Puasa/Aidilfitri
1 Zulhijjah 1436 15 September 2015 Awal Zulhijjah
* 10 Zulhijjah 1436 24 September 2015 Hari Raya Korban/Aidiladha
1 Muharam 1437 14 Oktober 2015 Awal Muharam/Maal Hijrah

12 Rabiulawal 1437 24 Disember 2015 Maulidur Rasul

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

14 ulasan - "SALAM MAULIDUR RASUL.."

abuikhwan delete icon 2 Januari 2015 6:41 PTG

Assalamualaikum kak,
Salam maulid ar-Rasul kepada kak paridah sekeluarga. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipermudahkan untuk mengamalkan sunnah baginda saw di zaman yang penuh kecelaruan dan kegawatan moral dan minda ini, insya-Allah.
siiru `ala barakatillah...

Qaseh Vee delete icon 2 Januari 2015 7:51 PTG

salam maulidur rasul . semoga kita terus menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. ...

Fidah Shah delete icon 2 Januari 2015 9:06 PTG

Salam maulidur rasul...
Selawat dan salam atas rasul junjungan...

fiu delete icon 2 Januari 2015 10:01 PTG

Shollu 'alannabi Muhammad ,,,, :)

Etuza Etuza delete icon 2 Januari 2015 10:54 PTG

Selawat ke atas nabi junjungan..semoga bersama mengimarahkan kelahiran nabi

Etuza Etuza delete icon 2 Januari 2015 10:57 PTG

tak sedar hari kebesarana Nabi..mujur nampak laman Larya ku dan di blog lain..segera buat entry sebagai tanda etza amat membanggai nabi junjungan yang mulia

Bin Muhammad delete icon 3 Januari 2015 12:32 PG

Salam Maulidur Rasul buat kak Paridah sekeluarga... Semoga kita beroleh keberkatan dan syafaat dr Rasulullah SAW.

Cilembu thea delete icon 3 Januari 2015 2:42 PG

waallaikumsalam...
salam Mauli rasul juga untuk seluruh keluarga dari kami orang desa.

budi purnomo delete icon 3 Januari 2015 10:06 PG

salam maulid rasul untuk seluruh keluarga di malaysia :)

paridah delete icon 3 Januari 2015 9:36 PTG

wsalam..tksh dik abuikhwan...semoga kita adalh ummat yg mndpt rhmat n hidayah Allah agar mngikuti sunnah rasul junjungn yg mulia dlm mnjlani khidupn kita.

paridah delete icon 3 Januari 2015 9:46 PTG

salam maulidur rasul...qv tq...insyaAllah...moga2.

paridah delete icon 3 Januari 2015 9:53 PTG

salam maulidur rasul fidah...tq berselawat nabi saw selalu

paridah delete icon 3 Januari 2015 9:57 PTG

berselawat nabi saw...tq fiu s.

paridah delete icon 3 Januari 2015 10:01 PTG

benar tu..selawat n salam utk junjungn yg mulia...tq cikgu.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”