Sunday 25 January 2015

INDAHNYA NYANYIAN MURABBI...

ASSALAMUALAIKUM....

NYANYIAN MURABBI ADALAH ANTOLOGI PUISI PENULIS/PENYAIR NOORLAILA GHAFAR YANG BARU DITERBITKAN ITJM ..INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA. PUISI-PUISI YANG DIKOLEKSI DALAM ANTOLOGI INI SANGAT PUITIS DAN MENYENTUH RASA. SUSUNAN DAN GUBAHAN BAHASANYA INDAH AMAT. KARYA-KARYANYA HALUS BERJIWA TAPI MENYELITKAN MAKNA-MAKNA  YANG BERMENAFAAT.

PI MEMANG SETUJU DAN SESUAI DENGAN HATI PI SETIAP KARYA BELIAU SAMAADA BERBENTUK NOVEL, CERPEN ATAU PUISI.

BOLEHLAH KALAU NAK DAPATKAN ANTOLOGI NYANYIAN MURABBI INI KERANA KINI SUDAH ADA DI PASARAN DENGAN HARGA 20 RM.


SINOPSIS.
Nyanyian Murabbi membawa tiga nuansa; kerohanian, kritikan sosial dan persoalan kemasyarakatan, serta soal-soal yang berlegar di sekitar peribadi penulis. Nanyian Murabbi dipilih menjadi judul untuk kumpulan puisi ini bagi menggambarkan betapa roh sebagai seorang pendidik (murabbi) sangat sebati dalam diri penyair. Sebagai seorang pendidik, penyair ingin menyampaikan pesanan kepada para anak didiknya khasnya, dan kepada para pembaca amnya untuk menjadi insan yang terbaik. 
Dengan berbekalkan daya kreativit, pesanan-pesanan tersebut dilarik bait demi bait dengan menggunakan kata demi kata yang tersusun indah. Setiap persoalan dan mesej yang disampaikan sangat mudah untuk dicerna dan difahami. Pemilihan katanya sangat bersahaja dan tidak perlu kepada ketajaman akal yang tinggi untuk menangkap setiap maksud yang ingin disampaikan penyair.

Kumpulan Puisi: NYANYIAN MURABBI

8 comments:

  1. Nak cari buku ni nanti. Dah lama tak layan buku genre sastera.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak,
    Lama sungguh tak berkunjung ke sini..sibuk sangat dengan urusan hidup hehe..
    Saya seorang yang sangat teruja dengan buku. Ada dua tempat yang saya baca doa masuk tandas apabila memasukinya..iaitu tandas dan kedai buku. Kedai buku menyebabkan saya lupa diri. Kalau masuk kedai buku, jika tidak berjam-jam menyelongkar, tidak sah rasanya. akhirnya saya keluar dari kedai buku sebagai seorang 'muflis' tetapi hati yang kembang berbunga...
    Apapun TQ kak atas info buku ini, insyaAllah nampaknya kena cari jugak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz...wah peminat buku2 n sgt suka membaca ni. xmengapa mnjadi muflis kerana buku asal xmuflis ilmu drpd buku2....jgn lupa dptkan antologi puisi ni...peminat puisi halus jiwanya...tq abuikhwan.

      Delete
  3. dari maksud dan tujuan nyanyian mirabi yang mendalam tentang kritik sosial dan religi tentu akan banyak berguna agar lebih kritis pada lingkungan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu kumpulan puisi indah karya penulis hebat...tq chilembu thea.

      Delete
  4. ya puisi2 indah bahasanya molek n mndamaikn jiwa....tq dorset pink.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist