بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


��RENUNGKAN KISAH INI:

Bukan menyindir, bukan mengata tetapi sebagai bahan renungan buat kita semua. Fikirkan mengapa umat Islam semakin jauh dari Mesjid.

Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. 

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note. 

Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang beberapa minit. Dia beritau Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn si India."

Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. 

Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tetapi ahli qariah ada yg dapur tak berasap! Anak kebuluran. Memang mudah kita kata kerja banyak tapi malas. Apa kata kalau ianya terjadi pada kita.

⚠��Renungkan:

1⃣ kutipan setiap jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.

2⃣ kemana aliran kewangannya utk kebajikan ahli qariah?

3⃣ tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yg btauliah utk kewangan masjid?

4⃣ adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??..memang benar data yg ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tp data itu tlalu umum..sepatutnya masjid yg punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dlm menjaga kebajikan ahli qariah.

Mengapa kita lebih daif dari bukan islam.

Didoakn semoga dengan adanya masjid² yg aktif dlm menjaga kebajikan ahli qariahnya semoga hati masyarakat lebih dekat dgn masjid yg ada layanan mesra dan cukup memahami keadaan orang islam terkini.

PK: Bukan nak cari salah tapi bila lagi kita nak sedar? Wahai pusat ZAKAT tahukah kamu wang zakat itu mesti dihabiskan pada tahun sama ianya dikutip? Duit zakat takleh diguna untuk buat investment?

Masji2 yang kebanyakan yang dikuasai lebai PAS apa cerita? Takkan duit semua simpan dan hanya bayar bile api air saja? Bukan patut ada tabung khas bantu orang susah di sekitar kariah? 

Aku nak sangat kalau2 ada orang masjid dan orang jaga zakat ke baitulmal ke masuk sini dan komen. Aku nak sembang dengan korang. Pembaca budiman yang aku hormati sampaikan pada mereka yang patut! 

SUMBER HOUSE PK.COM.

18 comments - "FUNGSI TABUNG MASJID KITA...RENUNGKAN, FIKIRKAN..."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 19 January 2015 at 20:25

amin....

paridah delete icon 19 January 2015 at 22:02

tq MKL.

Etuza Etuza delete icon 19 January 2015 at 22:09

Terkesan juga Etuza dengfan Entry ini..tiap[ Jumaat ada tu bergerak,kalau di Masjid Besar memnag lagi besar..isi tabung. kalau di desa tu pasti ada AJK...pasti mereka dan sepakat guna apa kewangan tu...

Etuza Etuza delete icon 19 January 2015 at 22:12

harap yang berkenaan dapat mengurus dana masjid masing2

Anonymous delete icon 19 January 2015 at 22:55

Setuju Cik Paridah, Masjid Kota Damansara, tandas dalam keadaan daif, tempat wuduk licin,carpet berdebu walaupun baru di tukar, rumput-rampai menjalar....kalau berjumpa dengan orang-orang di pejabat muka masam, tak mesra langsung, baca doa laju-laju dalam bahasa Arab tak paham pun. Kebanyakkan ustaz jemputan cerita hal politik, hanya segelintir ustaz yang bagus. Pejabat zakat betul-betul depan pintu masuk, gah betul.

sangat sedih
Fauziah Alias

Zaitun delete icon 20 January 2015 at 00:30

Kak zai baru aje berjumpa dengan seorang ibu yang menyara 3 orang anak dengan pendapatan menoreh getah. Tak ada rumah menyewa dibelakang rumah orang. Anak2 tak pernah bersungut bila makan nasi berlaukan budu semata2. Klau nak mkn ikan anak lelaki yang berumur 12 tahun memancing ditepi sungai. Mana ketua kampong atau orang yang bertanggung jawab. Tidak mendapat apa2 bantuan.

Pha Is delete icon 20 January 2015 at 00:56

kan.. kita ni banyak sangat birokrasi.. spatutnya memudahkan..
sedih baca kisah laki tu...

che mid delete icon 20 January 2015 at 08:54

Untuk orang-orang yang tahu peraturan bantuan Zakat, mudah sahaja caranya. Boleh pergi ke pejabat zakat dan dapat wang tunai on the spot. Cuma perkara ini tidak didedahkan secukupnya. Heboh canang untuk kutip zakat, tapi tak beria beritahu cara keluarkan zakat..

dorsett pink delete icon 20 January 2015 at 15:08

Betul tu.. urusan kewangan masjid patut lebih bagus dari gereja.. kesiann pakcik tu.. betul2 terdesak

paridah delete icon 20 January 2015 at 22:49

TABUNG MASJID2 KITA MMG BESAR TABUNGANNYA TAPI KAK XPERNAH DGR ADA YG MINTA BNTUAN DRPD MASJID..KALAU BGINI KEADAANNYA MASJID PATUT WUJUDKN TABUNGAN KHAS UTK KARIAH YG MMERLUKAN..ORG KITA NI KALAU MRK XPERLU SGT MRK XMINTA..TQ DORSET PINK.

paridah delete icon 20 January 2015 at 22:54

RAMAI YG XTAHU TU N KENA DIBERITAHU TU N PERMUDAHKAN BANTUAN ZAKAT KPD YG MMRLUKAN...JGN BIARKN MRK MENCARI DRPD SUMBER2 YG MERAGUKAN...TQ CHE MID.

paridah delete icon 20 January 2015 at 22:57

YELAH BIROKRASI YG MENJERUMUSKAN UMAT KE PENCARIAN YG SALAH SEDANG KITA BOLEH MNGEKANGNYA...TQ

paridah delete icon 20 January 2015 at 23:08

BIASANYA PEMEGANG KEWANGAN MASJID SGT BERHATI-HATI MENJAGA KEWANGAN MASJID...MAKLUMLH DUIT MAS.JIDLH KATAKAN...TQ CIKGU ETUZA

paridah delete icon 20 January 2015 at 23:10

BENAR TU ...TABUNG MASJID PERLU WUJUDKAN TABUNGAN UTK KARIAHNYA YG SESAK JUGA...TQ CIKGU.

paridah delete icon 20 January 2015 at 23:24

HMM..SUSAH JUGA KALAU MASJID DIJADIKAN GELANGGANG POLITIK YA...BIASANYA ORG POLITIK HANYA MESRA DGN GOLONGN MRK..K.ALAU SUDAH NIAT MENGIMARAKAN, MNCERIAKAN MSJID TERABAI BGAIMANA PULA KITA HNDAK BERTANYA TNTG TABUNG KEWANGAN DAN MINTA BNTUAN SEKIRANYA PERLU...XBERANI KAN..TQ FAUZIAH ALIAS.

paridah delete icon 21 January 2015 at 11:09

org kita ni walau susah mrk akn hidup seadanya tnpa meminta-minta...tanggungjawab ketua msyrakatlh tu ukt ambil peduli tntg ank mastautinnya...membiarkan ahlinya hidup sbgtu susah xwajar tu...tq zaitun.

Qaseh Vee delete icon 21 January 2015 at 17:55

saya teringat sultan kelantan perintahkan MAIK keluarkan duit zakat 32 juta utk bantu mangsa banjir ... kat kelantan x de org miskin ke sampai duit zakat terperap byk gitu ? ...

paridah delete icon 24 January 2015 at 12:07

HMM...BEGITU BANYAK SEKALI WANG ZAKAT NEGERI KELANTAN YA..SEOLAH TABUNGNYA XPERNAH DISENTUH...DUIT ZAKAT HAK MRK YG MISKIN LAGI MEMERLUKAN ..WAJAR SEKALI TITAH SULTAN KELANTAN ITU...TQ QV..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”