Thursday 22 January 2015

CRIME ALERT...LANGGAR DAN SAMUN.

ASSALAMUALAIKUM...

CRIME ALERT !!
LANGGAR DAN SAMUN
Ketahui beberapa taktik yang dikesan digunakan penjenayah untuk melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik LANGGAR BELAKANG KERETA dan SAMUN.
Modus Operandi
1. Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki kenderaan seperti kereta atau motosikal
2. Suspek yang menaiki kereta akan mengekori mangsa yang memandu bersendirian lalu melanggar belakang kereta mangsa sehingga mangsa memberhentikan kenderaan untuk melihat kerosakan yang dialami.
3. Terdapat juga kejadian dimana suspek menggunakan dua buah kereta dimana sebuah kereta akan bertindak menghalang kereta mangsa dihadapan manakala sebuah lagi akan melanggar belakang kereta mangsa. Lazimnya kejadian ini berlaku di persimpangan lampu isyarat.
4. Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa yang baru sahaja masuk atau ke dalam kereta ataupun keluar daripada kenderaan.
5. Suspek akan mensasarkan mangsa yang menggunakan lebuh raya, jalan yang kurang dilalui orang ramai atau yang memandu kenderaan pada tengah malam atau awal pagi.
Nasihat


PIC GOOGLE SEKADAR HIASAN..

1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh mana-mana individu yang mencurigakan atau tidak dikenali terus menghubungi mana-mana BALAI POLIS berdekatan.
2. Sekiranya anda baru sahaja membuat pengeluaran wang dengan jumlah yang banyak dinasihatkan untuk meninjau keadaan sekeliling sebelum menuju ke kenderaan atau mengekori anda semasa memandu
3. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda
4. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina)

12 comments:

  1. Sekarang ni macam2 cara orang nak merompak... Sukar meneka, berhati2 dan berserah kpd Allah semoga sentiasa dilindungi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mmg susah kita nk mnduga apakah situasi yg kita hadapi tu xmmbahayakn kita...hanya serahkan jiwa raga kita kpd perlindungan Allah yg maha berkuasa...tq BM.

      Delete
  2. Macam2 cara dia orang nak buat untuk merompak. Mohon dijauhkanlah dari perkara ini semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kena beringat n berhati-hati selalu ni...tq faarihin talip.

      Delete
  3. modus kejahatan semakin hari memang semakinberaneka ragam, kecanggihan teknologi tidak mempengaruhitak-tik pelaku kejahatan untuk dapat mengambil alih hak milik orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu bijak sgt mrk ni ada saja cara nk menyamun harta org....tq chilembu thea.

      Delete
  4. semakin tinggi keperluan semakin bijak cara jenayah dilakukan... kawan saya pernah kena bila balik dari gym malam hari... kena di lebuh raya dekat RTM sana yg boleh kata sibuk juga siang malam tapi dia dilanggar dari belakang dan dia berhenti... akibatnya dia ditinggalkan sehelai sepinggang... semua diorang sapu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bijaksananya mrk ni menyusahkan orang najib...kadang tu walau kita beringat n berhati-hati pun berlaku juga...kejadian yg berlaku kpd kwn najb tu tentu beliau sndri x menyangka berlaku di kwsn yg ramai org...tq najib.

      Delete
  5. kayanya untuk modus merompak ini gax pernah slalu kehabisan akal ya, sadarkanlah mereka, mending cair harta/uang itu dengan car khalal . .

    ReplyDelete
  6. benar tu panjang akalnya mrk ini...kita yg kata cari yg halal tapi mrk xfikir bgitu...tq hary wardiansyah...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist