Saturday 28 June 2014

SANDAKAN YANG INDAH MENENANGKAN JIWA DAN MERIANGKAN...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK...SAMBIL-SAMBIL TU KITA JALAN-JALAN MENIKMATI KEINDAHAN LAUT SANDAKAN. MEMANDANG LAUT ITUPUN PERBUATAN SUNAT YANG BERPAHALA.

PI TIDAK PERNAH KE SANDAKAN SABAH LAGI...MUNGKIN LANGSUNG TIDAK BERPELUANG UNTUK KE SANA KOT... TAPI DARIPADA FOTO-FOTO YANG DIKIRIM SAHABAT PI NORADABI ROSDI YANG KINI BERADA DI SANA DI KAMPUNG ISTERINYA NAMPAKNYA SANGAT INDAH SEKALI TEMPATNYA.

DARI PULAU TANJUNG ARU KE JETI SANDAKAN..






TANJUNG ARU SANDAKAN.





DAMAINYA TANPA OMBAK DI PERKAMPUNGAN PERSISIRAN SUNGAI TANJUNG ARU, SANDAKAN, SABAH





 
KENANGAN DI PAVILLION TUN RAZAK SANDAKAN.
NORADABI ROSDI DAN ISTERI KARTENA MOROALI.
Photo: KENANGAN DI PAVILLION TUN RAZAK, SANDAKAN, SABAH.


PULANG KE KUALA

*Ketika menuju ke Kuala Sungai Tanjung Aru, di Pulau Tanjung Aru, Sandakan, Sabah.... untuk pulang ke Bandar Sandakan.
 (5 photos)







MELIHAT SANDAKAN DARI PULAU TANJUNG ARU..














SUMBER FB NORADABI ROSDI.



PULANG KE KUALA

*Ketika menuju ke Kuala Sungai Tanjung Aru, di Pulau Tanjung Aru, Sandakan, Sabah.... untuk pulang ke Bandar Sandakan.
 (5 photos)


Friday 27 June 2014

LAWOK ORANG PAHANG HEH..HEH...

ASSALAMUALAIKUM...

Lawak orang pahang

Emak : Haaahh Buntat !!! goner rezak/RESULT pekse awok.. mok dengor senoh dapat seteret A.. aok ????...
Buntat : Emmm..gitulah emok...
Emak : Koi dh ngabor dari dulu lagi.. belajor te jgn main2.. ni awok asik ngn nyetik burung je..asik ngn nangkak ikan karin je... cer contoh senoh te....
Buntat : Emokk!!! koi sebenor sian je ke Senoh te...sb koi sayang ke dia!!!..
Emak : Aiiihhhh... awok sian ke senoh? Nape pulok gitu....
Buntat : Emok wei, koi tadi dtg awei nk ngambik rezak... kek nyer koi nunggu senoh dulu..suruh dia amik dulu.. Bila senoh amik dulu..abih dikutip belake "A" ke dia... jadi koi yg ngambik hok last ni.. tinggal C ngn D je lah....mengkalor koi yg ngambik dulu tadi.. koi pun dapat A belake jugek....
Emak : Buntatttttttttttt!!!!! aok ngakei ke koi yarkkk..bertuoh punye anok !!!@@#$$%...
Sape orang pahang tulen mesti boleh bace ikut nada yg betul....
Sumber Hafizi ramli geng koi anak Pahang.

Thursday 26 June 2014

NIKMATI KEHADIRAN RAMADAN...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA...

SESUNGGUHNYA sudah menjadi tanggungjawab semua umat muslimin untuk meneruskan amal ibadat masing-masing dalam kehidupan termasuklah setiap kali munculnya bulan barakah, Ramadan al-mubarak.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu mengerjakan puasa sebagaimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa."

Bagaikan menunggu tetamu yang istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh seluruh umat mukmin di seluruh pelosok dunia. Dalam sejarah Islam sendiri, Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa enam bulan sebelum tibanya Ramadan, Rasulullah telah mempersiapkan diri untuk menyambutnya.

Bahkan bermula Rejab membawa ke Syaaban, baginda telah mengajar para sahabat sebuah doa bagi mendapatkan keberkatan Syaaban sehingga munculnya Ramadan dalam keadaan yang lebih bersedia. Doa tersebut berbunyi: " Ya Allah berkatilah kami pada Syaaban dan sampaikan kami Ramadan."

Bersempena dengan kehadiran Ramadan pada tahun ini, elok kiranya kita sama-sama bermuhasabah bagi merenung sejenak sejauh manakah kita bersiap sedia untuk sama-sama menghayati fadilat Ramadan yang mencakupi aspek emosi, jasmani, rohani dan intelek kita sebagai seorang Muslim, khususnya dalam menjalani ibadat puasa.

Dalam hal ini cuba kita renungi catatan Imam al-Ghazali yang telah membahagikan tahap puasa orang mukmin melalui tiga tahap tertentu:

* Terbaik (khusus al-khusus) - Seseorang Islam yang berjaya mengawal puasanya daripada melakukan segala perkara yang membatalkan puasanya, bukan setakat makan dan minum tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan lain yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasanya.

* Khusus - Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan segala

perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri daripada maksiat batin.

* Umum - Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa jua perbuatan yang boleh membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat zahir dan batin.

Antara punca-punca yang menyebabkan ramai dalam kalangan umat Islam hari ini masih berada di tahap kedua dan ketiga sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Ghazali adalah disebabkan nilai dan mutu kehidupan seseorang itu sendiri yang masih berada di takuk lama, walaupun menyedari sedang meniti hari-hari dalam bulan yang begitu berkat dalam Islam.

Perbuatan seperti terlalu banyak bercampur dengan rakan-rakan yang melebihkan tumpuan dalam hal keduniaan, hanyut dalam kealpaan dan angan-angan, bergantung harap tidak kepada Allah SWT dengan sepenuhnya dan makan serta tidur yang berlebihan.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan, Allah akan mengampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama. (riwayat Bukhari)

Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dapat kita laksanakan dengan syumul, perkara utama yang harus didahulukan adalah menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Gurindam Perpisahan dan Ramadan

ASSALAMUALAIKUM..

Ayahanda tercinta tiada dua
kasihnya seiring tika suka dan duka

Tiada terbanding kasih dan sayang
buat anakanda nan seorang

Ditatang dijaga dari petaka
agar terhindar onar celaka

Doa ayahanda di malam syahdu
Kau sihatkan sejahterakanlah ya ALLAH anakandaku

Anakandaku ini malang nasibnya
ditinggal seorang tiada pembela

Persis bidalan warisan moyang
belayar bersama karam seorang

Setelah ibarat kapal yang bocor
ditinggal pergi nasib tersungkur

Sungguh-sungguh ayahanda membela
segenap kehendak ayahanda rela

Namun ayahanda berlalu pergi
tika Romadan di subuh hari

Tinggal anakanda terkontang-kanting
tiada lagi teman pendamping

Tugas ayahanda berpindah tangan
bonda pula terima bebanan

Nasib anakanda masih sama
mengharapkan bantuan demi hidupnya

Bonda melakukan seupaya daya
demi anakanda warisan ayahnda

Menggantung harapan menggunung tinggi
pundak bonda yang menanggungngi

Tanpa salam tanpa pamitan
bonda pula menyusul perjalanan

Aduhai ayahanda aduhai bonda
mohon maafkan kesilapan anakanda

Jasamu berdua dan baik budi
tidakkan terbalas kekal abadi

Ikhlaskan pertolongan kasih dan sayang
kepada anakmu yang malang

Selalu teringat selalu terkenang
cinta kasihmu tidak terbilang

Rindu sungguh ingin bertemu
moga bahagia di alam baru

kukirim salam kukirim rindu
dan doa-doa di Ramadan syahdu

Wednesday 25 June 2014

MENGIMBAU PUASA DULU-DULU...

ASSALAMUALAIKUM..

Republish...

Zaman dulu-dulu sebelum tibanya Ramadan yang mewajibkan puasa selama sebulan ibu-ibu rumahtangga di kampungku sibuk menyediakan pelbagai persiapan yang berkaitan dengannya.

Bukannya lama sangat zaman tu...yang dapat diingati cuma pada pertengahan 60-an. Masih kecil tika itu dalam usia 5 atau 6 tahun. Namun kenangannya tidak pernah padam.

Tok, mak dan emak-emak saudaraku saling berganding tangan menumbuk padi pulut atau jawi untuk menjadikannya beras yang akan disimpan selama sebulan sebagai bekalan penggunaannya kelak. Maklum hendak padi tika sedang berpuasa penat juga.

Sedikit bahagian beras jawi dan beras pulut diasingkan dan ditumbuk lagi sehingga menjadikannya tepung.
Dan tepung inilah yang digunakan untuk membuat pelbagai kuih basah yang enak untuk berbuka puasa.

Daripada tepung pulut antara kueh-mueh yang boleh dibuat adalah buah melaka, koci, lepat liat dan lain-lain. Tepung beras jawi diganakan untuk kuih talam yang berjenis-jenis, bengkang, kodok dll. Kalau nak resepi kuih-kuih tradisi google je di blog blog masakan ye...

Waktu berbuka sangat dinanti sambil diiringi lagu-lagu dendangan P.Ramlee, Saloma, Ahmad Jais, penyanyi-penyanyi 60-an juga muzik irama padang pasir yang merdu.

Melalui batas bendang aku berlari-lari anak ke kedai runcit pak Saad untuk membeli ais seketul. Ais seketul untuk mendinginkan sirap merah yang harum bau pandannya dengan butir-butir selasih yang mengapung dipermukaannya.



Alangkah nikmatnya saat berbuka tika sedang sangat kelaparan. Kesemua juadah yang terhidang kehabisan. Tidak sempat lagi hendak mengulangnya tika sahur.

MyBloglist