Monday 15 December 2014

PETUA MERENTASI RIMBA...

ASSALAMUALAIKUM....

       KALAU BERNIAT MELANGKAH KAKI MEMASUKI HUTAN RIMBA KITA MESTI LENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU KEHUTANAN SEBELUM BERADA  DI DALAMNYA. MAKLUM HUTAN BELANTARA ITU BUKAN KAMPUNG LAMA KITA. TEMPAT YANG KITA KETAHUI PENGHUNINYA FLORA, FAUNA BERJENIS YANG NYATA...YANG HALUS PULA TENTU TIDAK KELIHATAN.

PI KONGSIKAN TULISAN SEORANG PEGAWAI PESARA RENJER HUTAN YANG SANGAT LUAS PENGALAMANNYA TENTANG BEBERAPA PETUA MENJELAJAHI HUTAN RIMBA UNTUK BERKHEMAH, KEMBARA ATAU SEBAGAINYA.

Apa yang perlu tahu semasa berkhemah dalam Hutan Belantara.
1, Ditengah Hutan Rimba walau kita jumpa kayu kering tapi tak akan boleh digunakan untuk memasak, kerana didalam nya lembab>
Hanya sejenis kayu saja yang boleh digunakan untuk memasak walau baru ditebang,,
Iaitu Pokok RAMBUTAN PACAT" batang nya kering walau baru ditebang. buah nya hanya sebesar hujung jari kita, isi buah nya keras serta amat masam.
2.kalau terdengar bunyi anak kucing berhampiran kemah diwaktu malam cepat2 buat bising atau buat unggun api.
Kerana yang bunyi anak kucing tu ialah anak Harimau,Kalau kita buat bising ibu nya cepat2 bawa anak nya lari,kalau dia terperanjat ibu nya akan menyerang kita.
( Ini saya alami sendiri bunyi anak kucing tak sampai 15 kaki dari kemah saya, bila hari dah siang saya pergi tenguk tempat bunyi anak kucing Kesan tapak kaki Harimau )
3. Kalau tersesat jalan dlm hutan cari anak sungai dan ikut hala air mengalir untuk keluar,
4. Jangan sesekali ikut kesan laluan gajah ketika nak balik ke Kemah kerana laluan gajah hanya berpusing pusing.
(Ini saya alami juga hampir 4 jam berjalan ikut kesan laluan gajah, balik2 jumpa tempat kita bermula tadi juga)
5. Kalau masa berjalan dalam hutan Besar dan terjumpa batang besar melintang laluan jalan kita, kalau bulan 8 atau 9 ( Kalau tak silap saya ) jangan cuba melalu dipangkal pokok itu, kerana ditakuti pokok itu berlubang besar, ( Kalau berlubang besar biasanya tempat Beruang melahirkan anak.
6. Semasa didalam Hutan cuba elak kan meminum air di lopak anak air sungai kerana munkin ada telur nyamok Malaria, kalau dahaga sangat cari sejenis akar (saya lupa nama akar nya) yang banyak mengandongi air, rasa nya kelat sedikit tetapi sangat sejuk.
( Saya dulu masa bertugas dihutan suka minum air dianak air, akibat nya saya kena Malaria yang teruk, terpaksa kunyah ubat rasa kapur tulis selama 5 tahun baru pulih dari demam Malaria 3x sehari ( Ubat itu tak boleh terus ditelan kerana tidak hancur dalam perut kita, bila kita buang air besar dia akan keluar sama tak hancur.

Satu lagi masa dihutan Belantara,
Jangan sesekali kita melaung memanggi kawan kerana kalau ada burung Kuang berhampiran, burung itu akan menjawab laungan kita, bunyi nya serupa manusia melaung, kalau nak melaung (Bertempik) nak memanggil kawan melaung lah lebih dari sekali berturut turut,
Banyak lagi petua berjalan dalam Hutan Rimba.

FB ABD.LATIFF OSMAN.
SEMUA PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

26 comments:

  1. kalau saya dengar bunyi kucing memang terus senyap sunyi lah..nak buat bising lagi tak berani.huhu

    ReplyDelete
  2. heh...heh..takut yer..tq SalbiahM

    ReplyDelete
  3. kalau jumpa gajah teringin nak bawa balik :) kena sedia tebu sebakul :)

    ReplyDelete
  4. heh..heh..jgn berniat gitu nanti ada sang gajah yg ikut pulang susah pula nk urusnya...pantang org tua2 kalau berada di hutan tu ...tq babYpose.

    ReplyDelete
  5. tak kenal pokok 'rambutan pacat' ni, asalkan ada kayu kering, pakai belasah je ambik buat kayu api..hehe..Subhanallah, ilmu Allah itu luas..hutan ini tempat tinggal makhluk Allah yang lain juga, tak boleh buat sesuka hati..

    ReplyDelete
  6. kak pun xkenal...xpernah masuk hutan takut...benar kata nohas tempat tinggal mkhluk Allah yg lain2 juga..tq

    ReplyDelete
  7. kalu jumpa rimau, sy cabut sekuat hati ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..jgn niat gitu takut terjumpa..tq anies.

      Delete
  8. Nasib aik baca info kat sini, sebab saya suka kucing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..bunyi anak kucing dlm rumah tentulah anak kucing, yg bimbang kalau kwsn rumah dekat dgn hutan...tq sud@is

      Delete
  9. Terima kasih kak PI kongsi info ni..JM mmg nk pergi camping next week..boleh di jadikan panduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah...moga info ni dpt membantu JM...tq selamat bercamping hati2 jaga diri...

      Delete
  10. Petua yg kena ada pada mereka yg suka masuk hutan ni.
    Kakak rasa sejak habis belajar tak pernah lagi masuk hutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kakzakie buat mrk yg muda n jiwa adventrous..kena ambil tahu ni...tq

      Delete
  11. Saya mmg tak berminat untuk menjelajah hutan... takut satu hal, geli pula satu hal... saya geli dgn tanah yang lembab dan daun-daun pokok. Tentu ada pacat juga.

    ReplyDelete
  12. alam hutan ada keistimewaannya tersendiri...kalau xmasuk n jelejahi tentu xtahu isinys sweetie...tq

    ReplyDelete
  13. saya x pernah berkhemah dlm hutan . ngeri jer bila fikirkan ular , kala jengking n lipan ...

    ReplyDelete
  14. yelah qv tupun masalah besar juga...kala jengking, lipan ni sukar kelihatan...kalau ular huih menakutkan...tq

    ReplyDelete
  15. Perkongsian yang bagus. Orang bandar macam saya ni masuk hutan, surely menggelabah kalau katakan tetiba tersesat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA KAN..KALAU TERSESAT BERGUNA JUGA TIPS NI....TQ SYLARIUS YUSOF.

      Delete
  16. Wah...banyak betul tips2 ni...
    tapi saya tak minat sgt aktiviti hutan..masa belajar dulu...gi camping pun sebab kena paksa...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA KALAU XTERPAKSA TENTU XNAK MASUK HUTAN KAN FIDAH...TQ

      Delete
  17. Betul...setuju sangat. Nak masuk hutan rimba bukan boleh main redah jer, kena ada ilmu dan tau adap serta pantang larangnya.

    ReplyDelete
  18. masuk hutan macam kita masuki negara orang lain perlu hati2 sentiasa...TQ BM.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak.. semoga berbahagia disamping keluarga

    Alhamdulillah atas tips yang sangat bermanfaat ini, lebih-lebih lagi kepada saya yang memang kaki masuk hutan. Paling tidak sebulan sekali mesti mencari alur jernih, hutan hijau, suara katak dan cengkerik..
    Teringat pengalaman dijerkah sang gajah sewaktu mendaki gunung Tahan dulu, dengan jarak yang sangat dekat, terasa tiada hilang degupan jantung..Apa pun pengalaman yang sangan mahal nilainya hehe...

    ReplyDelete
  20. wsalam dik...ya kita kongsi ilmu mrk yg berpengalamn dlm bidangnya utk dijadikan panduan...wah suka membaca tulisan ustaz ni nmpaknya seorg berjiwa kmbara juga tentu menyangkut tugasan yg perlu dilakukan...hati2 jaga diri kala masuki hutan...tq abuikhwan.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist