بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

DI AWAL PAGI SUKANYA MENGUTIP TELOR ITIK DI REBAN KECIL MILIK TOK. JUMLAH ITIKNYA BERPULUH JUGA. ADA YANG JANTAN ADA BETINA. BERTERABUR TELOR ITIK DISERATA REBAN.

MUDAH MEMBELA ITIK DI KAWASAN BENDANG KERANA ITIK BOLEH BERENANG-RENANG DI BENDANG SAMBIL MENCARI ANAK-ANAK IKAN DISAMPING DIBERI MAKAN PADI DAN SISA-SISA MAKANAN RUMAH.

TELOR ITIK TERSEBUT AKAN DIJUAL KEPADA PERAIHNYA YANG MASUK MEMBELINYA SETIAP HARI.

KADANGKALA DIJADIKAN GULAI KURMA ATAU LAIN-LAIN MASAKAN MENGGUNAKAN TELOR ITIK UNTUK HIDANGAN KELUARGA. BOLEH JUGA DIBUAT KUIH SEPERTI BAUHULU.

DISINI PI KONSIKAN RESEPI GULAI TELOR ITIK YANG ENAK SEKALI KALAU DICUBA.

GULAI TELUR ITIK 

5 biji telur itik
2 helai daun kunyit ( dimayang)
15 biji belimbing buluh ( belah dua)
3 inci kunyit hidup ( ditumbuk)
10 biji cili api ( ditumbuk)
1 sudu serbuk perencah maggi cukup rasa/
Kiub ayam pun boleh.
2 gelas air
1 mangkuk santan pekat

CARA2NYA

1. masukan 2 gelas air dalam kuali sederhana panas
2. Masukan bahan2 cili api dan kunyit yg telah ditumbuk tadi. Biarkan sehingga menggelegak kemudian masukan perencah maggi cukup rasa/ kiub ayam.
3. Pecahkan telur satu persatu tanpa mengacau ( risau telur pecah)
4. Tutup kuali sehingga telur betul2 masak.
5. Masukan daun kunyit dan belimbing buluh dan kacau sehingga sebati dengan perlahan- lahan.
6. Masukan santan dan garam secukup rasa tunggu sehingga kuah mendidih. Padam api dan sedia untuk dihidang.




LIKE PAGE PETUA N RESEPI FB.

28 ulasan - "GULAI TELOR ITIK."

Etuza Etuza delete icon 14 Disember 2014 3:47 PTG

Blogger Paridah "Wow!!!"..muahhh!!

umi alya delete icon 14 Disember 2014 3:58 PTG

Sedapnya gulai telur itik, saya suka

Cilembu thea delete icon 14 Disember 2014 4:59 PTG

setelah melihat gambarnya saya baru ngeh kalau gulai telor itiknya jadi paham dan pernah juga ibue masak gulai telor itik ini, rasanya lezat banget deh, di tambah kerupuk

nohas delete icon 14 Disember 2014 5:49 PTG

Sedapnya...mkn dgn nasi panas, best..

Zaitun delete icon 14 Disember 2014 7:56 PTG

Terasa lapar bila tengok gulai ini, sangat sedap.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 14 Disember 2014 11:30 PTG

Nak cuba

Qaseh Vee delete icon 15 Disember 2014 1:00 PG

saya klu masak telur itik mesti berderai ... mungkin air terlalu byk kot ...

paridah delete icon 15 Disember 2014 10:05 PG

Sedap ni..tq cikgu.

paridah delete icon 15 Disember 2014 10:10 PG

yeke sedap ni umi alya...tq

paridah delete icon 15 Disember 2014 10:14 PG

makan dgn keropok sedap ya...boleh cuba ni...tq chilembu thea.

paridah delete icon 15 Disember 2014 10:15 PG

yelah nohas apa lagi sdg lapar...tq

paridah delete icon 15 Disember 2014 10:16 PG

ya sedap ni zaitun...tq

paridah delete icon 15 Disember 2014 10:17 PG

yes silakan...tq MKL.

paridah delete icon 15 Disember 2014 10:19 PG

YEKE...ada petuanya tu rasanya airnya xboleh terlalu panas kot...q QV.

Fidah Shah delete icon 15 Disember 2014 12:03 PTG

sedapnya...kena pulak kalau ada nasi panas..nyum2

Najib Ariyan delete icon 15 Disember 2014 12:47 PTG

saya suka makan telur itik dan suka makan itik tapi keluarga dan kengkawan tak berapa gemar nak makan... tekak takleh terima katanya... hishhhhh... rugi rugi

Kesuma Angsana delete icon 15 Disember 2014 2:08 PTG

one of my family feveret kak, mmg best giler . satu lagi TQ ke blog KA even dah lama x menjenguk ke sini yer ..

paridah delete icon 15 Disember 2014 3:11 PTG

YEKE..KAK SENTIASA INGATKAN KA..KALAU HILANG DITANYA DICARI...TQ KA

paridah delete icon 15 Disember 2014 3:12 PTG

MRK TU ALAH DGN TELOR N ITEK TU...TQ NAJIB

paridah delete icon 15 Disember 2014 3:13 PTG

HMM..SEDAP SGT...TQ FIDAH.

Sweetie delete icon 15 Disember 2014 3:33 PTG

My Fevret! memang ngam masak lemak cili padi dengan belimbing buluh tu...

paridah delete icon 15 Disember 2014 3:44 PTG

YA Belimbing buluh buat gulai telor lbh mnyelerakan...tq sweetie.

Khai♥Rin : anies delete icon 16 Disember 2014 9:50 PG

seingat sy, sy cuma penah jamah sekali je... tu pun sbb ada org beritahu

Jari Manis delete icon 16 Disember 2014 11:07 PG

gulai telur ITIK...sedap tu...susah nk cari telur itik di tempat JM nih

Bin Muhammad delete icon 16 Disember 2014 9:40 PTG

Feberet saya nih! Mujurlah dah lepas makan baru singgah kat sini...kalau tak, meleleh...

paridah delete icon 17 Disember 2014 10:46 PG

telor itik mudah kedapatan sebelah utara anies...tq

paridah delete icon 17 Disember 2014 10:47 PG

yeke...la ni telor itik dh mhl n susah pula nk dptknnya JM TQ

paridah delete icon 17 Disember 2014 10:49 PG

Heh..heh..lain kali boleh msk gini pula TQ BM.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”