بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Melankolik pagi.
MASIH terlalu pagi. Rona laman rumahnya dan persekitarannya kelihatan samar-samar. Dinginnya bayu pagi masih mengulik dirinya. Namun hatinya tidak setenang suasana alam yang melengkunginya.Hatinya terlalu kacau. Kesedihan yang merenggut jantungnya membuatnya menangis tanpa sedar. ‘Akhirnyamu pergi jua. Meninggalkanku, meninggalkan semua.’Kini bertambah-tambah pula kerunsinganya justeru itu. Berperang dengan keputusan penentuan yang pasti.
Apapun kata hatinya dia tetap terpaksa menyatakannya meskipun teramat berat dirasakannya. Ditambah lagi dengan kesedihan berita yang mewarnai paginya.
“Mak dengar tadi talipon berdering. Sapa yang talipon?” Tanya ibunya.
Perkhidmatan telefon yang baru saja dipasang di rumahnya rupanya membawa khabar yang amat memilukannya. Terasa lopong, kosong dan hampa dirinya seolah kehilangan jiwa. Seketika dia terkedu.
“Dari ayah Faizal…”
“Apa mahunya? Pagi-pagi lagi dah menalipon…jangan…jangan…” Ibunya terdiam sejurus. Anak matanya memanah tepat ke sepasang mata jernih anaknya mendambakan jawapannya.
Dadanya berdebar-debar menjangkakan apa yang terlintas di mindanya. Mudah-mudahan bukan khabar yang tidak diingininya tentang Faizal akan didengarinya daripada mulut anaknya itu.
“Faizal dah meninggal di Amerika mak!” Tuturnya lirih sambil menundukkan wajahnya. Ada air mata yang mengalir perlahan di pipinya. Kesedihannya tidak terbendung lagi walau sudah menangis berkali-kali sejak khabar itu diterimanya selepas dia bersolat subuh tadi.. Dibiarkan saja air mata lelakinya menceritakan sedih dan pilu hatinya kerana kehilangan sahabat nan tersayang.
“Innalillah!” desis suara ibunya lemah. Hatinya sebak. Tiba-tiba saja mutiara air mata bergenangan di kelopaknya. Kini dia kehilangan seorang anak lelaki yang tidak pernah dilahirkannya ke dunia. Namun kasih sayangnya kepada Faizal begitu mendalam. Menganggap anak yang baik itu adalah anaknya juga. Dia sayangkan anak-anaknya termasuk Aisyah.
Ah! Bagaimana dengan Aisyah? Bagaimana apa? Bagaimana Aisyah akan menerima khabar duka ini. Benaknya tidak terdaya lagi hendak memikirkan kondisi Aisyah yang kini terbujur di dalam wad hospital KB kerana kemalangan jalan raya.  semalam.
Kecederaan luarannya memang tidak begitu parah. Namun kata doktor yang membuat dinogsis telah berlaku kerosakan pada organ dalamannya kerana hentakan keras akibat terlambung dan terjatuh tika kemalangan itu berlaku. Dan memerlukannya menjalani perawatan yang rapi untuk kesembuhannya.
Ah… Aisyah! Sudahlah dia terpaksa menanggung kesakitan tubuh zahirnya akibat kecelakaan yang tidak dimintanya kini terpaksa pula berhadapan dengan khabar buruk yang akan menghancur-luluhkan jiwanya. Buruk bagaimana sekalipun khabarnya, Aisyah perlu diberitahu juga tentangnya. Tetapi. Siapa yang akan memberitahunya?
‘Rasanya bukan aku kot. Aku tidak tergamak hendak memberitahunya…’
Salina mencapai surah yasin. Membacanya dan pahalanya diniatkan sebagai hadiah kepada Allahyarham Faizal. Hilang seketika kerunsingan yang menyesaki mindanya. ‘Sudah arwahmu Faizal. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan mereka yang solihin. Amin…’
Tanah semakin cerah walau tidak ada mentari yang kelihatan menjejaki kaki langit. Barangkali kedudukannya sudah sepenggalah. Tika yang paling sesuai untuk bersolat duha. Salina sedang berada di atas sejadah dan telah usai mengerjakan solat sunat itu.
“Mak dah siap ko? Kan kita nak gi ke hospital melawat Aisyah ni…,” laung anaknya dari dalam kereta yang sudah dihidupkan enjinnya.
“Iyalah mak datang ni. Semetar gak mak nak pakai selendang ni…”
Sebentar kemudian kelihatan Salina keluar terkocoh-kocoh daripada rumahnya. Sebelum mendapatkan anaknya yang sedang menunggu di keretanya dia tidak lupa menutup pintu dan menguncinya.
“Kita nak gi ambil Nek Munah di gerainya pulak ni…”
“Iyalah…iyalah mak datang ni…”
‘Orang tua tu tak malu pulak nak menyusahkan aku anak beranak la ni ya. Semenjak aku berumah besar dan hidup senang lenang la ni. Kalau dulu bukan main sombong lagi. Tapi tak boleh nak salahkan dia juga.
Masa sentiasa merubah suasana. Sedangkan anak sungai lagi kan berubah. Macam aku dulu. Berubah ke arah kebaikan bukankah dituntut?’ Monolog Salina berhenti di sisi positif perspektif peribadinya.
Kereta moris minor hijau tua itu sudah menjalar ke jalan besar bersama anak beranak yang menumpanginya. Kini berhenti pula berhampiran sebuah gerai di pinggir jalan besar itu.
“Nek dah siap?”
“Dah…” sahut Maimunah yang sememangnya sudah lama tertonggok di hadapan gerainya kerana menantikan kedatangan Zahari dan emaknya seperti perjanjian mereka yang termetrai secara tidak formal semalam.
Setelah menguruskan kemasukan Aisyah yang terpaksa di tahan di wad dia buru-buru pulang menyampaikan berita sedih itu kepada nenek Aisyah dan ibunya. Kemudiannya membawa pula kedua-dua wanita itu ke hospital untuk melihatkan kondisi Aisyah yang sangat merisaukan mereka. Maka berjanji pula sesama mereka untuk ke hospital lagi hari ini; melawat Aisyah.
“Jomlah naik kereta…”
“Sebelum tu nek nak bagi surat ni ko mu. Nek tak tahu baca. Surat gapo sekeping lagu ni? Tadi nek terima masa nek nak tutup gerai…” Zahari sudah membuka surat yang cuma dilipat dua tanpa gam itu sebaik saja ia menyambutnya. Dia sangat teruja hendak mengetahui isi kandungan surat itu.
“Ini surat telegram daripada ayah Aisyah ni nek. Dia suruh Aisyah balik segera. Syamsi tunangnya sakit tenat…”
“Hah! Elok-elok duk kirim pitih (duit) ko Aisyah tiba-tiba sakit tenat pulak. Tapi macam mana Aisyah nak balik dia pun sakit tenat juga. Ish macam macam hal…” Nenek Munah seolah tidak mempercayai takdir yang berlaku tiba-tiba itu.
‘Betullah kata nek tu pelbagai hal yang tidak dijangka boleh berlaku dalam satu ketika. Semalam Aisyah kemalangan, subuh tadi aku mendapat khabar sedih tentang pemergian Faizal mengadap Ilahi. Ini sebuah lagi berita sedih yang sampai ke tanganku. Semuanya nampaknya akan terpulang kepadaku untuk mengendalikannya. Maksudnya aku yang akan menguruskan komunikasi tentang itu kepada Aisyah sebaiknya.
Kenapakah kedua-dua situasi yang langsung tidak diingini itu berlaku hampir serentak. Malang sungguh nasibmu adikku. Kesedihanmu datangnya bertimpa-timpa. Aku sangat pasti cerita tentang tunangmu Syamsi juga sama dengan cerita Faizal. Kerana kebiasaannya seseorang mengirimkan telegram mengabarkan tentang si polan yang sedang sakit tenat dan perlu diziarahi. Bukan diceritakan perihal si polan itu telah meninggal dunia.
Mudah-mudahan kemungkinan itu hanya telahanku saja. Tapi bagaimana dengan keadaan Aisyah yang sedang sakit itu hendak menaiki bas dan pulang ke kampungnya di Pahang sana?
Sedangkan aku terpaksa ke bandar Ipoh untuk menziarahi jenazah sahabatku yang akan dikebumikan kemungkinannya esok. Ayahnya sedang menguruskan jenazah anaknya itu untuk dibawa pulang dari Amerika dan disemadikan di kampung halamannya.
Berserabut sungguh kepala aku hendak memikirkan ke mana hendakku halakan diriku ini. Kedua-duanya tentunya memerlukan diriku berada di dalam situasinya. Aku tentunya tidak mahu melepaskan saat menatap wajah kudus sahabatku sebelum perpisahan jasad denganku berlaku.
Dan Aisyah pasti memerlukan aku menghantarnya pulang untuk menziarahi tunangnya yang sakit tenat. Apakah Aisyah tidak mahu bersamaku dan mak melawat dan mengiringi jenazah Faizal ke persemadiannya? Masakan mungkin Aisyah tidak mahu menatap wajah seseorang yang banyak berbudi kepadanya untuk terakhir kali?
Aku ini sedap saja merancang begitu begini. Sedangkan kondisi Aisyah pun tidakku ketahui lagi. Aah… apa-apa hal pun kena tengok Aisyah dulu…’
Morris Minor yang dipandunya telah pun tiba ke perkarangan Hospital KB yang menjadi sasaran tujuannya. Retinanya memfokus kepada tempat yang sesuai untuk diparkir keretanya itu. Monolognya bercempera tanpa konklusi apa-apa.
Masing-masing sudah mengeluarkan diri dari dalam kereta itu dan mula mengatur langkah memasuki wad yang menempatkan Aisyah. Jaraknya tidaklah terlalu jauh dari tempat Zahari memakir keretanya. Cuma berjalan beberapa meter saja sudah tiba ke muka pintu wad yang menempatkan pesakit perempuan yang injuri.
Maimunah melepaskan pandangannya ke segenap pelosok wad itu yang dihuni sementara mereka yang sakit sebelum anak matanya memfokus lebih lama kepada sosok sesaorang. Rasanya dia mengenali orang itu. Kenapa pula orang itu di sini? Mungkin begitu getus hatinya. Sekejap lagi setelah bertemu Aisyah dia akan menemui orang itu pula untuk bertanya khabarnya.
Kesemua mereka menyalami Aisyah sebaik tiba ke sisinya. Dia tersenyum tawar menyambut kehadiran orang-orang yang sangat dikasihi dan dekat di hatinya itu. Mak cik Salina duduk di atas katil bersebelahan Aisyah dan membiarkan kerusi yang cuma ada satu itu diduduki Nek Munah. Zahari pula hanya berdiri.
“Lagu mana Syah hari ni? Nampak wajahnya dah cerah sedikit…”
“Macam tulah mak cik. Dah baik sikit. Tapi badan saya ni sakit-sakit. Tak rot (kuat) nak bawa badan berjalan. Nak bergerak ke tandas pun payah…”
“Bersabarlah Syah…tak lama lagi baiklah tu…”
“Entah bila nak baiknya mak cik. Tah berapa hari pula kita nak duduk kat sini. Jemu dah rasanya tidur baring ja…,” tuturnya lemah seolah kehilangan semangat diri.
Mak cik Salina menatap sayu wajah anak gadis yang redup itu kerana dibelenggui penderitaan zahirnya. Sebentar lagi akan merasai pula penderitaan jiwa yang hebat setelah berita sedih tentang Faizal dan tunangnya disampaikan kepadanya. Biarlah buat sementara waktu ditenangkan dulu keadaannya. Tidak perlu menyampaikan khabar walaupun sangat penting secara tergesa-gesa. Perlu dicari kesesuaian masanya juga.
“Mukalu (kalau) nak cepat baik, banyak berehat, dengar apa doktor royat. Kalu tidak mahu sebulanmu duduk sini…,” ujar Zahari menasihati dan cuba bercanda meriakan kehambaran suasananya. Sedangkan hatinya sendiri diselubungi mendung duka yang gelap.
“Iya ko? Rasanya kita dah baik sikit ni. Abang Z gi lah jumpa doktor minta izin check out hari ni. Kita tak sir nak duduk sini lama-lama…” Aisyah bersuara kalut. Apa yang Zahari katakan itu menimbulkan kegundahan di hatinya.
“Tadimu kata sakit habis seluruh badan. Ni tiba-tiba ja dah baik. Mace-mace ja mu ni…” Gelagat Aisyah yang serba tidak kena itu menimbulkan kelucuan di hati mereka yang berada di situ. Masing-masing tersenyum polos.
“Abe tu tadi gurau ja. Bukan serius mukena duduk sini sebulan. Esok lusa bolehlahmu kelik…”
“Esok lusa? Lamanya…,” Tanya Aisyah mengerut dahi. Masing-masing cuma tersengih mendengarkan kesebalan hatinya tertera bersama frasanya.
“Nek nak gi tengok mak Minah yang tinggal di hujung kampung kita tu semetar ya. Nek nampak dia kat katil tepi situ. Patutlah lama tak nampak mari ke gerai kita rupanya masuk wad pulak…nek gi kat dia semetar dih. Lina…” ujar Nenek kepada Aisyah berbahasa sebelum bangun membawa dirinya untuk menemui seseorang yang dimaksudkannya.
Salina cuma angguk. Dia faham maksud renungan Maimunah kepadanya. Tentulah nenek kepada Aisyah itu memintanya menyampaikan berita tentang tunangnya yang sedang sakit tenat itu kepada cucunya.
Agaknya disebabkan melihatkan keadaan Aisyah yang lemah tidak bermaya itu dia jadi sangat simpati dan tidak sampai hati untuk memberitahu berita sedih itu kepadanya. Dan diserahkan tugasan itu kepada jirannya yang selama ini sangat rapat hubungannya dengan Aisyah.
Anak beranak itu bertukar pandangan pula. Zahari mengambil kerusi yang diduduki Nek Munah tadi dan menghenyakan punggungnya di atasnya.
“Aisyah abe nak beritahumu khabar gembira…”
Ibunya memandang wajah anaknya yang menuturkan itu berunsur keliru. Mengapa mesti khabar gembira? Gembirakah kerana kehilangan orang tersayang?
“Mesti berkenaan dengan keputusan exam STPM saya kan?”
“Hmm. Abe dah tanya kat kawan abe yang kija kat pejabat pelajaran negeri tu tentang keputusan STPMmu. Katanya sangat cemerlang dan boleh apply masuk U (universiti). tak ada halangan apa-apa mesti dapat punya…”
Mak cik Salina menarik nafas lega. Rupanya itulah khabar gembira yang mampu menceriakan pesakit yang lemah tidak bermaya itu. Bukan khabar mengenai dua orang lelaki yang hadir dalam kehidupan Aisyah secara misteri itu.
“Iya ko? Abang pun ada kawan yang kija kat pejabat pelajaran negeri?”
Zahari cuma angguk.
“Baru kenal semale. Dialah oghe hok langgarmu tu. Abe talipon dia nak bagi tahu halmu ko dia. Rupanya dia kija kat situ. Siap ada setiausaha yang sambut panggilan tu. Dia kata dia nak mari tengokmu hari ni. Kalu mu nak marah dia mu marahlah puas-puas. Sebab dia yang buatmu jadi lagu ni…”
“Iya ko! Bakponya nak marah dia. Memang salah kita, melintas tak pandang kiri kanan. Kita masih ingat lagi kita dapat principal B untuk BM, principal D untuk Geografi. Principal E untuk Ekonomi dan Kertas Am dapat subsid. Sebab tu kita happy sangat dan tak sabar-sabar nak gi beritahu kat abang. Lepas tu kita dah tak ingat gapo-gapo lagi…”
“Manomu nak ingat gapo-gapo lagi sebab masa tu mudah terpelanting ke tepi jalan…”
“Mujur kita terpelanting ke tepi jalan, tidak ke tengah jalan, kalau tidak tentu dah arwah kita dilanggar kereta yang lalu…” Suaranya lirih menuturkan itu. Mak cik Salina menggenggam erat jemari Aisyah. Dia tunduk. Ada air jenih yang menitis daripada kelopak matanya ke jemari Aisyah.
“Bakponya mak cik nangis. Jangan sedih sangat. Kita ni tak mati lagi. Hidup lagi ni. Tak lama lagi nak ajak mak cik ikut saya buat pendaftaran di universiti pulak…” Salina mendakap Aisyah erat. Semakin banyak air matanya yang berguguran. Zahari juga sesekali menyeka air matanya yang tumpah.
Aisyah tambah keliru. Dia merasakan betapa besarnya kasih sayang ibu angkat dan abang angkatnya itu terhadap dirinya justeru mereka terlalu bersedih melihat keadaan dirinya yang sakit. Hanya itu yang ada di dalam fikirannya.
“Abe tak sampai hati pula nak sampaikan berita ini ko mu. Tapi mu kena tahu juga…,” ujar Zahari  tersekat-sekat cuba menegarkan semangatnya yang mulai goyah untuk mengatakan kebenaran yang pahit itu.
“Sampai hati ko tidak. Saya nak tahu juga beritanya. Mesti sebab tu tadi mak cik dan abang Z menangis. Royak gak ko kita. Kita ni tak mudah terkejut. Apa pun kita terima dengan tabah…,” sahutnya menggesa. Sebenarnya keterujaannya untuk mengetahui tentang khabar yang menyebabkan kedua-dua anak beranak itu berjuraian air mata yang memprovok jiwanya.
“Faizal dah meninggal dunia Syah!”
“Apa?”
Hanya sepatah kata itu yang sempat dibalasnya. Khabar yang mengejutkannya itu menyebabkannya lemah tidak bermaya. Dan dia sudah terkulai di tilam. Pengsan.
“Syah!” seru mak cik Salina kekalutan. Kondisi Aisyah amat memilukannya; membuatkannya menangis lagi. Zahari kehibaan.
‘Ah adikku rupanyamu tidaklah setabah mana…’

                                             

30 comments - "SEBUAH VERSI CHINTA BAB 42 SAMBUNGAN..."

Kakzakie delete icon 5 November 2014 at 11:18

Allah.... cerpen aje pun tapi kakak dol kalut berjurai airmata PI. Sedihlah kenapa pulak Faizal meninggal. Kalau Syamsi tak apa juga. Eh. kakak pulak nak jadi pengarang.

Cepat sikitlah nak tahu apa jadi sebenarnya kat Syamsi. Kalau meninggal juga alamat Asyah berkawin dgn Zaharilah gamaknya..

AMIIZAA delete icon 5 November 2014 at 11:54

kak....uhukkkkkk......

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 5 November 2014 at 12:54

Kesian Aisyah, bermacam-macam perkara berlaku padanya...

media2give delete icon 5 November 2014 at 13:41

ceritanya bagus,banyak pesan moral yg ada di dalamnya :)

okutan48 delete icon 5 November 2014 at 13:42

halo.. datang lagi berkunjung,apa kabar? :)

Bunda a.k.a KN delete icon 5 November 2014 at 18:17

Rajin PI...bunda ni kurang membaca...kalau dah dapat ni tak mau henti pulak...

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 5 November 2014 at 19:09

nice sharing....

mamawana delete icon 5 November 2014 at 21:37

Assalam

Singgah sini http://nurqasehbiz.blogspot.com/2014/11/blog-komer-di-blog-kemer-jom-terjah.html

Febri Gamesoft - www.mas-feb.com delete icon 6 November 2014 at 07:14

ceritanya bagus mbak

❤Kamsiah❤ delete icon 6 November 2014 at 07:24

cerpen atau dialami sendiri...menusuk jiwa tatkala membacanya...

Kesuma Angsana delete icon 6 November 2014 at 09:35

makin menarik ceritanyer kak, walau KA tertinggal bbrp babak

Aku Penghibur delete icon 6 November 2014 at 14:41

ok kena bookmark dulu.. malam baru bace

Abang Bear delete icon 6 November 2014 at 19:21

terima kasih share... pelan pelan jer baca... sad story rupanya

babYpose delete icon 7 November 2014 at 10:49

suspense je petjalanan hidup kan PI.

LadyBird delete icon 7 November 2014 at 15:33

Huhuhuhu... sudah jatuh dtimpa tangga.. mcm crte indonesia plak.. byk sgt dugaannya.. bertalu talu.. huhu

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:15

wah mapencuit hati juga ya...penulis menulisnya dgn penuh perasaan tu...tinggal berapa bab saja lagi dh nk selesai...terima kasih sudi ikutinya....

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:16

sedih ya amiiza...hmm tq

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:21

mmg kasihan nasib aisyah kan...tq zumal. kak dua kali enter n3 zumal tp susah pulak nk drop komen...tq

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:23

yeke...insyaAllah...moga2..tq media2give.

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:26

terima kasih sudi datang okutan48...kak ok jer moga okutan juga baik2 saja.

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:29

sesekali membaca karya sastera ok juga bunda...tq sudi baca.

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:30

terima kasih MKL.

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:32

WSALAM...Terima kasih mamawana sudi terjah...dh terja juga.

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:34

yeke...insya Allah tq febri

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:41

sebenarnya cerita bersambung didasarkan daripada pengalaman hidup kawan-kawan yg dikenali tq khamsiah...

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:42

yeke...biasa saja KA...TQ

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:44

YES SAD STORY..TQ ABANG BEAR.

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:46

XPABACA BILA SENANG ACIK AP...TQ

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:51

BIASALA BABYPOSETAKDIR HIDUP KITA KAN SUKAR DIDUGA JALANNYA...TQ

paridah delete icon 7 November 2014 at 18:53

HEH..HEH..BEGITU PULA YA...TQ LADY BIRD.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”