بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.

PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.
RAMBUTAN KESIP DIMAKAN BONDA,
KULIT DICAMPAK KE RUMPUN SEPETANG,
BERSAMA SERAPAT TUMBUH MELATA;
KALAU DAH NASIB DI DIRI TIADA,
REZEKI SECUPAK TAK JADI SEGANTANG,
SEJENGKAL TAK DAPAT JADI SEHASTA.
Perbidalan: 1) Kalau secupak tidak boleh jadi segantang.
2) Yang sejengkal tiada dapat jadi sehasta.
Maksudnya: 1) Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
2) Kalau nasib sudah tidak baik betapa diusahakan tentu
tidak akan berjaya.
Erti perkataan: Kesip - tidak berbiji atau terlalukecil bijinya (bkn buah-buahan).
Sepetang - sejenis tumbuhan (pokok memanjat).
Serapat - sejenis tumbuhan (pokok renek).
SERBUK KUNYIT IAKAN DILUMUR,
DI MINYAK PANAS IKAN DIGORENG;
MESKI KE LANGIT AKAN MENJEMUR,
KOK HARI TAK PANAS TAK JUGA KERING.
Perbidalan: Meski ke langit akan menjemur, kalau hari tak panas
tak juga kering.
Maksudnya: Kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan
beruntung lagi.
EMAS SEBUNGKAL BELI DI KOTA,
MAHAL SEAKAN TAWAR TAK DAPAT;
CAKAP SEJENGKAL DIBAWA SEHASTA,
TIADA KEBAIKAN YANG AKAN DIDAPAT.
Perbidalan: Cakap sejengkal dibawa sehasta.
Maksudnya; Perkara yang kecil diperbesar-besarkan.
JAUH SANGAT JALAN KE MANA,
DARI SEGAMAT KE PEKAN LABIS;
BERINGAT-INGAT SEBELUM KENA,
BERJIMAT-JIMAT SEBELUM HABIS.
Perbidalan: Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Maksudnya: Harus beringat-ingat sebelum terlambat.
POKOK BERANGAN DI TEPI LERENG,
REBAH KE BARAT RIBUT MEMUKUL;
KALAU RINGAN SAMA DIJINJING,
JIKA BERAT SAMA DIPIKUL.
Perbidalan: Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Maksudnya: Tolong menolong antara satu sama lain (baik dalam
kesenangan mahupun dalam kesusahan).
BURUNG MERBAH DI POHON SENJUANG,
KE POKOK GETI TERBANG SINGGAH;
GAJAH SAMA GAJAH BILA BERJUANG,
PELANDUK YANG MATI DI TENGAH-TENGAH.
Perbidalan: Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Maksudnya: Kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga
yang mendapat susah.
PANTAI BERBENCAH MENCARI KEPAH,
TAMPAK BANGAU DI TEMPAT LECAH;
HATI GAJAH SAMA DILAPAH,
HATI TUNGAU SAMA DICICAH.
Perbidalan: Hati gajah sama dilapah, hati tungau (kuman) sama dicecah.
Maksudnya: Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung
sedikit sama-sama mendapat sedikit.
KERUNG-KERUNG SUDAH DIKUNYIT,
IKAN KIA-KIA DI ATAS JERANGAN;
MEMBADAI BURUNG ATAS LANGIT,
MERENDAH DIA DIHARAP JANGAN.
Perbidalan: Membadai burung atas langit, merendah diharap jangan.
Maksudnya: Janganlah mengharap-harap benda yang susah didapati.
MANA MEMBADAI BURUNG PERLING,
HALUAN TERSASAR KE TANJUNG KELING;
HATI BAGAI BALING-BALING,
DUDUK BERKISAR TEGAK BERPALING.
Perbidalan: 1) Hati bagai baling-baling.
2) Duduk berkisar tegak berpaling.
Maksudnya: 1) Fikiran atau pendirian yang tidak tetap.
2) Mungkir janji atau tidak menepati cakap.
TANAH BERLOLOK TUMBUH NYATUH,
BERSELA-SELA POKOK BELUNTAS;
YANG DIJOLOK TIADA JATUH,
PENJOLOK PULA TINGGAL DI ATAS.
Perbidalan: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas.
Maksudnya: Keuntungan yang diharap-harapkan tidak didapat, sedankan
modal atau alat untuk mendapatnya hilang juga.
SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM.

18 ulasan - "REZEKI SECUPAK TAK JADI SEGANTANG...."

budi purnomo delete icon 28 November 2014 11:41 PTG

Jadi keingatan pelajaran jaman sekolah dulu :)

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 28 November 2014 11:50 PTG

Suka

Cilembu thea delete icon 29 November 2014 3:21 PG

rezeki yang secupak akan terasa jadi rezeki yang segantang jika kita mensyukuri dan ceria selalu menerimanya dengan selalu sumringah, Insyaallah rambutannya manis banget tuh kayanya,sangat

Etuza Etuza delete icon 29 November 2014 11:46 PG

Sedap pantun2 itu ..ooo ya kena cepat ya sebab nak cari 3 ja nak bagi hadiah..kena cepat tau ya Blogger Paridah

media2give delete icon 29 November 2014 12:08 PTG

bagus juga pantun itu,saya baru tau :)

Umi Nazrah delete icon 29 November 2014 12:34 PTG

dalam sungguh maksud setiap patah perkataan tu. tak terjangkau dek akal :D

nohas delete icon 29 November 2014 1:04 PTG

thanks for sharing..semoga pantun dan bidalan tidak hilang ditelan zaman..

pantun enam rangkap..huhu lama tak nampak.

paridah delete icon 29 November 2014 2:03 PTG

yeke...masih diingati ya...tq budi purnomo.

paridah delete icon 29 November 2014 2:03 PTG

tq MKL.

paridah delete icon 29 November 2014 2:08 PTG

BENAR TU..Rezeki yg sedikit kalau disyukuri terlebih pula jadinya...enak rambutannya silakan ambil kalau teringin...tq chilembu thea...

paridah delete icon 29 November 2014 2:11 PTG

insyaAllah...kak join suka2 jer..tq cikgu etuza.

paridah delete icon 29 November 2014 2:13 PTG

pantun2 klasik lama tu...tq media2give.

paridah delete icon 29 November 2014 2:15 PTG

karya sasterawan lama mmg indah n bermkna....tq umi nazrah...

paridah delete icon 29 November 2014 2:17 PTG

karya sastera warisan lama begini perlu disebarluaskan agar xhilang brsama masa....tq nohas.

abuikhwan delete icon 29 November 2014 5:11 PTG

Assalamualaikum kak..
Bahasa melayu lama kadang-kadang memeningkan kepala, tetapi di dalamnya terisi kehalusan dan keindahan. Yalah hanya jauhari yang mengenal manikam...bangsa menunjukkan bangsa...kan

paridah delete icon 29 November 2014 6:45 PTG

wsalam..benar kata adik tu...bahasa kita ni jarang yg mahu pelajari secara halus mendalam kerana agak sukar namun kesukaran itu mnghasilkan keiindahn n kelunakan bahasa kita...tq abuikhwan.

Etuza Etuza delete icon 29 November 2014 6:47 PTG

asalam paridah ..ada ke ikut segmen dan promot segmen Etuza tu..)

Bin Muhammad delete icon 30 November 2014 9:07 PTG

Pantun bidalan yang mengundang nostalgia. Lama tak dengar ungkapan dan kata2 penuh indah dan kehalusan bahasa

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”