بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

KINI KUALA TERENGGANU SEDANG DILANDA BANJIR. FENOMENA ALAM MENANGIS YANG BERLAKU SETIAP UJUNG TAHUN DI PANTAI TIMUR. RAMAI YANG TERPAKSA MENGHADAPI MUSIBAHNYA TERMASUK SAUDARA-MARA PI YANG TINGGAL DI CHENDERING. KALA MUSIM BEGINI SUKAR NELAYAN HENDAK KE LAUT MENDAPATKAN BEKALAN IKAN SEGAR SEPERTI SELALU DARIPADA LAUT CHINA SELATAN.. 

PIC BERITA TERKINI BANJIR TERENGGANU

BARANGKALI KEPERLUAN IKAN TEMPATAN DIBAWA MASUK DARI LUAR; PANTAI BARAT. KITA DOAKAN SAUDARA-MARA KITA YANG MERASAI DUGAAN ALLAH BERSABAR DAN REDA DENGANYA. ESOK LUSA NESCAYA MENTARI BERSINAR JUGA INSYAALLAH...

BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA MENJAMU SELERA MAKAN TENGAHARI DENGAN KARI KEPALA IKAN SEDAP JUGA....ISH UJAN MASIH RENYAI DI LUAR TU...DINGINNYA....

KARI KEPALA IKAN
RESEPI LIKE PAGE MASAKAN KAMPUNG.

BAHAN2

Kepala ikan merah dibersihkan , belah dua atau biarkan seketul
santan kelapa sederhana pekat
asam jawa
serbuk rempah kari ikan istimewa
bawang putih dan merah tumbuk
bawang besar potong bulat2
daun kari
halba campur
biji sawi
serbuk cili istimewa
bendi
mangga muda
tomato buah potong dadu
garam secukup rasa

panaskan minyak dan masuk kan biji sawi, biar kan dia meletup2, masuk kan halba campur dan sedikit daun kari, masukkan dan tumis bahan tumbuk, kacau semuanya sampai wangi, masukkan serbuk lada diikuti dengan serbuk kari, kacau lagi sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kemudian santan, kacau sekejap kemudian masukkan kepala ikan dan mangga muda yang dipotong2 leper, dah masak masukkan bendi, tomato daun kari, bawang besar dan garam, kacau sekejap dan angkat.

Photo: KARI KEPALA IKAN

BAHAN2

Kepala ikan merah dibersihkan , belah dua atau biarkan seketul
santan kelapa sederhana pekat
asam jawa
serbuk rempah kari ikan istimewa
bawang putih dan merah tumbuk
bawang besar potong bulat2
daun kari
halba campur
biji sawi
serbuk cili istimewa
bendi
mangga muda
tomato buah potong dadu
garam secukup rasa

panaskan minyak dan masuk kan biji sawi, biar kan dia meletup2, masuk kan halba campur dan sedikit daun kari, masukkan dan tumis bahan tumbuk, kacau semuanya sampai wangi, masukkan serbuk lada diikuti dengan serbuk kari, kacau lagi sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kemudian santan, kacau sekejap kemudian masukkan kepala ikan dan mangga muda yang dipotong2 leper, dah masak masukkan bendi, tomato daun kari, bawang besar dan garam, kacau sekejap dan angkat.

15 ulasan - "KARI KEPALA IKAN..."

Khai♥Rin : anies delete icon 21 November 2014 3:12 PTG

uiii kalu dpt kt sy mmg x pndg daaaa

nohas delete icon 21 November 2014 4:36 PTG

sedap meratah kepala ikan...habis bersepai dibuatnya..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 21 November 2014 5:52 PTG

dah usia2 emas ni xberani sangat nak meratah kari kepala ikan.. =)

paridah delete icon 21 November 2014 6:35 PTG

hmm susah juga nk proses mkn kari kepala ikan ni takut tersengkang tulang....tq anies.

paridah delete icon 21 November 2014 6:38 PTG

yela nk gulainya yg sedap bs nasi di pinggan...tq nohas.

paridah delete icon 21 November 2014 6:45 PTG

kena hati2 kalau teringin...anak2 kak suka makan kari kepala ikan di rnr gurun...sdp sgt kata mrk....tq kak nah....

abuikhwan delete icon 21 November 2014 8:03 PTG

Assalamualaikum kak,
Hmm..terasa kecur air liur. Memang sedap kari ikan terutama menggunakan ikan merah, dan saya adalah salah seorang peminat kari ikan tetapi bukan bahagian kepala. Memang tak makan kepala ikan...

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 21 November 2014 8:09 PTG

sedap

Mang Lembu delete icon 21 November 2014 8:51 PTG

kala banjir melanda sungguh nikmat dan lezat sangat kepala ikan dinikmati bersama-sama keluarga setelah menawu air yang melanda rumah

paridah delete icon 22 November 2014 6:41 PG

wsalam dik..dap kari ikan merah ni...tang kepala tu tinggalkan pada yg suka heh...heh..tq abuikhwan...

paridah delete icon 22 November 2014 6:42 PG

YES...TQ MKL.

paridah delete icon 22 November 2014 6:45 PG

YELA..Kala banjir ni perut sentiasa lapar...apa saja rezeki dihadapi bersama keluaerga sgt sedap...tq Mang Lembu.

Etuza Etuza delete icon 22 November 2014 11:35 PG

Asalam simpati pada mereka yg mangsa banjir ni..memang banyak perkara yang menyukarkan ..
semoga mereka tabah. Hummmmm! nyam sedap bah Paridah

paridah delete icon 22 November 2014 2:00 PTG

wsalam...banjir mmg mnyukarkn mrk yg mnghadapinya...tapi xupaya nk mngelaknya...tq cikgu etuza....

Bunda a.k.a KN delete icon 23 November 2014 4:33 PTG

Singgah hujung minggu kesini...mengendeng kari kepala ikan...kat luar hujan lebat...lapar..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”