بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

CHENDERING SANGAT BERDEKATAN DENGAN BANDAR KUALA TERENGGANU DAN KAWASAN SEKITARNYA. KALAU HENDAK BERCUTI MUDAH MENDAPAT TEMPAT PENGINAPAN, HOMESTAY, CHALET ATAU HOTEL.

MAKANAN YANG TERJUAL DI SINI SANGAT BANYAK PILIHAN DARIPADA KUIH-MUIH, LAUK PAUK IKAN SEGAR YANG DIPANGGANG  BEGITU MENYELERAKAN.

HENDAK BERSARAPAN PAGI BOLEH MENCARI NASI DAGANG CHENDERING YANG ENAK YANG TERLALU RAMAI PELANGGANNYA. KALAU LAMBAT SEDIKIT PASTI TAK MERASA SEBAB SUDAH KEHABISAN.

KALAU HENDAK BERSANTAI SAMBIL BERKELAH BERSAMA KELUARGA DI PANTAI DI SINILAH TEMPATNYA. TIDAK PERLU BERSESAK BERSAMA PENGUNJUNG DI PANTAI-PANTAI TERKENAL SEPERTI BATU BUROK DLL PANTAI TERNAMA SEKITAR KUALA TERENGGANU.

SELESA SEKALI DI SINI, LUAS PANDANGANNYA NYAMAN DAN TENANG SEKALI.

Pantai Chendering, Kuala Terengganu

Pantai Chendering terletak di kampung Chendering, Kuala Terengganu, berhampiran di antara Lagun Chendering dan Pantai Pandak. Pantai Chendering terletak di perkampungan, di mana majoriti penduduk di sini bekerja sebagai nelayan, ini boleh dilihat dengan bot-bot tersadai di pesisir pantai. Di pesisir pantai Chendering ni banyak dipenuhi dengan pokok-pokok mengkuang laut dan pokok rhu. Pantai Chendering merupakan pantai yang cantik tetapi  lokasinya terletak di dalam perkampungan sedikit dan agak sukar untuk ke sini, walaupun begitu kawasan pantai ini tetap je ramai pengunjungnya. Lokasi Pantai ini juga tidak jauh dengan pantai Pandak dan dari kejauhan sudah jelas kelihatan bukit pantai Pandak.
http://ffterengganu.blogspot.com/





JIKALAU SUDAH BERKIRA-KIRA UNTUK PULANG SETELAH BERCUTI DI SINI BOLEHLAH DIBELI KAIN BATIK, KEROPOK KERING ATAU BASAH YANG BANYAK DIJUAL SEKITAR SINI. SEBAGAI OLEH-OLEH. KAIN BATIKNYA BERMUTU BUATAN ANAK TEMPATAN SENDIRI.
BEGITU JUGA DENGAN KEROPOK-KEROPOK IKAN YANG BASAH ATAU KERING SEDAP SEKALI BERKUALITI TINGGI.

26 ulasan - "JOM BERCUTI KE CHENDERING..."

Mbak Susi delete icon 1 Disember 2014 11:04 PG

Wah kapan ya kak, saya bisa singgah ke sana :)

paridah delete icon 1 Disember 2014 1:05 PTG

silakan ke sini mbak susi...kak tunggu kedatanganmu....tq.

Sylarius Yusof delete icon 1 Disember 2014 1:07 PTG

Cantik pemandangan tepi pantainya. Macam lukisan.

Kakzakie delete icon 1 Disember 2014 2:49 PTG

Terengganu dan pantai memang tak boleh dipisahkan.
Jejak kaki ke T'ganu mesti singgah pantai. Pasirnya bersih, airnya jernih
Kakak yakin satu yg pasti dibeli adalah keropok yg jadi ole-ole walau mungkin sutera dan batik tak di bawa pulang.

budi purnomo delete icon 1 Disember 2014 3:36 PTG

Saya pun paling suka wisata ke pantai :)

Comtel Cell delete icon 1 Disember 2014 3:37 PTG

pengin juga nih menikmati pemandangan yang indah, tapi entah kapan bisa kesampaian, hmm.........

ana sriwahyuni delete icon 1 Disember 2014 4:25 PTG

wah indah banget pantainya.. saya juga suka dengan suasana pantai... semilir anginya yang sepoi-sepoi membuat rileks....

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 1 Disember 2014 4:33 PTG

Dah lama tak ke pantai... Sure dapat ilham ^-^

Sweetie delete icon 1 Disember 2014 5:47 PTG

Jom..jom... boleh berlari-lari dan bercanda di pasiran pantainya yang cantik....

paridah delete icon 1 Disember 2014 6:09 PTG

heh..heh..bercanda dipasiran pantai best kan..tq sweetie...

Khai♥Rin : anies delete icon 1 Disember 2014 6:53 PTG

org, hujung tahun bercuti sy hjg thn bekerja waaaaa tp mmg da lama x g terengganu ni...chendering apatah lg

Najib Ariyan delete icon 1 Disember 2014 6:57 PTG

senang makan senang hotel itu yg lebih penting... tapi makan kat KT lagi best kan...

Bin Muhammad delete icon 1 Disember 2014 9:09 PTG

Nyamannya kalau dapat berehat ditepian pantai! Tapi sekarang ni musim tengkujuh...mesti agak bahaya kan

paridah delete icon 1 Disember 2014 9:41 PTG

lukisan alam nan indah....tq sylarius yusof.

paridah delete icon 1 Disember 2014 9:43 PTG

sutera n batik di sini banyak pilihannya n cantik2 pula...tq kakzakie.

paridah delete icon 1 Disember 2014 9:45 PTG

yeke...keindahan pantai menenangkan jiwa....tq budi purnomo.

paridah delete icon 1 Disember 2014 9:47 PTG

ada kesempatannya jika mahu...tq comtell cell.

paridah delete icon 1 Disember 2014 9:50 PTG

pantainya putih bersih n selesa bersantai...tq ana sriwahyuni.

paridah delete icon 1 Disember 2014 9:52 PTG

berada di pantai melihat laut mudah dpt ilham n dapat pahala sunat juga....tq zumal.

paridah delete icon 1 Disember 2014 9:55 PTG

xper anies...giliran org berkerja anies pula bercuti...terengganu dlm negara saja bila2 saja boleh sampai....tq anies.

paridah delete icon 1 Disember 2014 9:58 PTG

tempat penginapan murah r mahal boleh pilih ...bab makan jangan risau sedap2 semuanya....tq najib.

paridah delete icon 1 Disember 2014 10:05 PTG

yelah tu...baru ni disini banjir sekejap...la ni cuaca dh terang benderang semula...mmg agak bahaya bermandi-manda dilaut tanpa teliti keadaan di situ...kena berhati-hati jaga keselamatan diri ni....tq BM.

Zaitun delete icon 1 Disember 2014 11:25 PTG

Kak zai suka pantai. Setiap kali ke Terengganu mesti pergi.
Keropok dan kain batik wajib beli.

paridah delete icon 2 Disember 2014 9:46 PG

wah selalu ke terengganu ya...kakpun dh lama xkesana....tq zaitun...

Qaseh Vee delete icon 2 Disember 2014 8:11 PTG

ada sekali gi terengganu , lalu sini . hati rasa nak singgah tapi driver buat dono jer sbb kejar masa ... huhuhuuu

Pha Is delete icon 3 Disember 2014 4:21 PG

terengganu dan pantai berpisah tiada.. hehehe

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”