Monday 24 November 2014

CENCARU SUMBAT DAN KERABU MANGGA...

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH MERANCANG APA YANG NAK DIMASAK TENGAHARI NANTI? ANAK-ANAK RAMAI DI RUMAH KERANA CUTI PERSEKOLAHAN. BOLEHLAH MINTA TOLONG ANAK-ANAK DI DAPUR BERSAMA MEMASAK. DI SINI PI KONGSIKAN DUA RESEPI MUDAH DARIPADA LIKE PAGE RESEPI NASI DAN LAUK FB.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal 


Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.

Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.

Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing.

Sedia dihidang. Selamat mencuba

KERABU MANGGA BERSAMA LIMAU BALI

Dapatkan pelbagai koleksi resepi kek dan kuih-muih disini !!!

KERABU MANGGA DAN LIMAU BALI...

Bahan-bahan:

2 bj - mangga muda (potong halus memanjang)
1/2 bj - limau bali(ambil isinya)
3 ulas - bawang putih
5 bj- cili padi
2 sb- udang kering
2 sb- gula siam (warna kuning)
1 bj- bawang besar sos nampla @ sos ikan
segengam kacang tanah yg telah di goreng ..(tumbuh kasar)
segengam ikan bilis ..goreng

Cara:

1. cili padi, udang kering, bwg putih ditumbuk kasar..
2. masukkan gula siam..tumbuk lagi.
3. kemudian masukkan sos nampla...gaulkan bahan tadi dgn mangga dan limau bali tadi..
4. tabur kacang goreng, ikan bilis goreng dan bawang besar sebagai pelengkap..selamat mencuba..

Photo: KERABU MANGGA BERSAMA LIMAU BALI

Dapatkan pelbagai koleksi resepi kek dan kuih-muih disini !!!
Jom LIKE page ni segera ➨ Koleksi Resepi Kek & Kuih-Muih

Bahan-bahan:

2 bj - mangga muda (potong halus memanjang)
1/2 bj - limau bali(ambil isinya)
3 ulas - bawang putih
5 bj- cili padi
2 sb- udang kering
2 sb- gula siam (warna kuning)
1 bj- bawang besar sos nampla @ sos ikan
segengam kacang tanah yg telah di goreng ..(tumbuh kasar)
segengam ikan bilis ..goreng

Cara:

1. cili padi, udang kering, bwg putih ditumbuk kasar..
2. masukkan gula siam..tumbuk lagi.
3. kemudian masukkan sos nampla...gaulkan bahan tadi dgn mangga dan limau bali tadi..
4. tabur kacang goreng, ikan bilis goreng dan bawang besar sebagai pelengkap..selamat mencuba..

14 comments:

  1. apa silap saya buat cencaru sumbat tu yer.. bila goreng jer berterabur keluar isi sumbat tu... ada ker kena goreng sikit je minyak dia? sebab saya goreng minyak penuh

    ReplyDelete
  2. kak rasa kena goreng dgn minyak yg sedikit...kalau hapus ikan tu dlm minyak tentu sambal dlm ikan merosakan minyak yg banyak...minyak agak2 mengalas badan ikan jer...tq najib...heh..heh rajin anakmuda ni bertanya..

    ReplyDelete
  3. dpt mkn dgn nasi pns2..perrghhhhhh

    ReplyDelete
  4. yelh anies nk sedikn pun mudah jer....

    ReplyDelete
  5. Sedapnya gabungan 2 hidangan ni. Kecur air liur dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. yelah lynn sambal ikan n kerabu cukup dh tu....tq Lynn Munir.

    ReplyDelete
  7. fuh, cencaru sumbat tu, feveret tuh.. hehe...

    ReplyDelete
  8. Mak aiii terus perut ni berkeroncong nengok ikan dengan kerabu tu... :D

    ReplyDelete
  9. Antara menu feveret zumal nie ^-^

    ReplyDelete
  10. dah lama x buat. pasni boleh masak. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist