Sunday 19 October 2014

SOLOK LADA...

ASSAMUALAIKUM...

KEBIASAANNYA SOLOK LADA MUDAH KEDAPATAN DI PASARAN PADA BULAN PUASA. RAMAI YANG BERJUALAN DI GERAI, PASAR RAMADAN ATAU DI MANA SAJA.
SEDAP SEKALI SEBAGAI HIDANGAN PEMBUKA SELERA.

DIWAKTU BEGINI AGAK SUKAR SEDIKIT KALAU NAK DICARI. TERASA TERINGIN NAK MAKAN JAWABNYA KENALAH MASAK SENDIRI. SEKEJAP SAJA PROSES MEMBUATNYA TU...SELAMAT MEMASAK SOLOK LADA HARI NI...HEH..HEH..

SOLOK LADA

BAHAN :
10 biji lada hijau dibelah di badannya jangan sampai putus dan buang biji
5 ekor ikan selayang atau ikan kembung kecil - direbus dan... ambilkan isi saja
1/2 cawan kelapa parut - ambil putih saja
3 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam kisar - option sahaja
1 biji telur
garam

CARANYA
Tumbukkan lada hitam dan bawang merah.
Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk sehingga isi ikan lumat. Asingkan.
Kemudian,masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi hingga lumat.
Masukkan kelapa parut yang ditumbuk tadi bersama isi ikan yg ditumbuk tadi.Gaulkan sekali sehingga sebati.
Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa serta pecahkan telur dan gaulkan lagi.
Masukkan bahan yg digaul dalam belahan cili tadi.
Susunkan dalam periuk pengukus dan kukuskan selama 30 minit.
Angkat dan hidangkan.

Mudahkan kerja-kerja menjahit anda dengan --->> Mesin Jahit Mini Cute

LIKE PAGE RESEPI MASAKAN KAMPUNG.

15 comments:

  1. Seumur hidup sy x penah mkn solok lada ni ;)

    ReplyDelete
  2. Zumal selalu beli jer makan dengan nasi kerabu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap makan dengan nasi kerabu ya...kak xpernah cuba...tq zumal.

      Delete
  3. suka makan dengan nasi kerabu...selalu jual yg lada hijau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lada yg merah lebih pedas kut, yg hijau kurang sedikit...tq nohas.

      Delete
  4. terliur sangat makan dengan nasik kerabu... tengok pasar malam ptg ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pun mcm sud@is juga kalau tengok ada yg post masakan teringin nak cari dptkannya...tq.

      Delete
  5. suka makan lada tu je..
    dalam inti kasi orang len..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he gitu pula ya.. selera kitakan berbeza...tq gee.

      Delete
  6. Kayaknya enak bener nih... kalo dimakan dibulan puasa hehehe

    ReplyDelete
  7. di bulan biasa pun ok juga sedap tu...tq Raja Online.

    ReplyDelete
  8. lebih sedap jika ditambah serai dan sedikit halia...

    ReplyDelete
  9. Asalam wow! 60 juta view..hebat ni blog..nak terjah dia ...tq linkkan blog Etuza

    ReplyDelete
  10. saya x pernah makan , tapi pernah nampak dan baru tahu cara membuatnya . terfikir pula gantikan lada tu dgn capsicum ...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist