بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

                                               Mencari solusi.
PIC GOOGLE

“Bagaimana?”
“Apanya bagaimana?” Dia ulang bertanya kembali kerana langsung tidak memahami maksud pertanyaan itu.
“Maksud abe musudah berterus terang ko dengan Faizal tentang masalah mu?” Mendengar pertanyaan itu Aisyah terkesima. Kelu lidahnya untuk berbicara. Tiada jawapan yang diberi. Sepi. 
“Abe rasa perangaimu berdua tak molek. Mupun dah bertunang. Mu tak boleh bagi harapan lagi ko Faizal. Kesian kat dia. Dia dok mengharapkan nak kahwin denganmu bila dah tamat belajar nanti. Sedangkanmu masa tu agaknya dah kahwin dengan tunangmu…,” ujar Zahari bersama sedikit anjuran nasihat.
“Habis abang nak saya buat macam mana? Royak (beritahu) gak ko kita…” Suaranya kasar membalas bicara abang angkatnya berunsur tempelakan..  Aisyah tidak berdaya lagi hendak menahan amukan perasaannya yang kacau pabila terasa abang angkatnya tu seakan menyalahkannya di atas apa yang berlaku..
 Dadanya berdebar. Air matanya mulai mengalir laju menerjuni pipi membawa bersama kesedihan yang dirasakannya. Dia menangis tersedu-sedu. ‘Kenapalah abang Z tak mahu memahami masalah yang sedangku tanggung ni? Kenapa sanggup membiarkan aku sedih kerana terlalu dungu untuk mencari solusi kepada permasalahanku ini?’
 Zahari pula yang merasa serba salah kerana lancang pertuturannya telah mengguris luka hati adik angkatnya itu. Tidak disangkanya akan begitu reaksi sambutannya terhadap anjurannya itu..
Dia termangu. Tidak tahu apa lagi yang patut dibuatnya. Dibiarkan saja Aisyah melayani kesedihannya. Ibunya tiba-tiba sudah tercokoh di sisinya memandangnya dengan pertanyaan demi melihat gelagat Aisyah yang merisaukannya. Kedua beranak itu tergamam seketika. Hanya saling pandang memandang. Terkedu.
“Maafkan abe Syah, abe tak patut kata gitu komu. Abe faham masalahmu. Abe royak gitu demi kebaikanmu dan Faizal juga,” ujarnya lunak dengan firasat cuba menjernihkan air tenang yang telah dikeruhkannya.
Esakan Aisyah semakin berkurang. Bahunya tidak lagi terhinggut-hinggut kerana melepaskan esak tangisnya yang spontan terjadi sebentar tadi. Agaknya kesemua rasa yang terbendung menyesaki dadanya telah habis dihamburkan bersama deraian air matanya yang tumpah bak empangan pecah..
“Dah Syah rentilah nangis tu, banyak-banyak bersabar gak; abemu tu lelaki. Dia tak reti nak kecek berhalus komu. Dia main kecek ja. Kita orang perempuan ni cepat terasa. Dahlah tu…” Salina mengelus bahu Aisyah lembut dengan niat memujuk. Dia turut empati dengan kondisi Aisyah.
“Kita kecek yang benar ja. Lagipun sampai bila Syah nak berahsia dengan Faizal?” Ujar Zahari masih bertegas dengan sikapnya dan mengharapkan ibunya itu turut menyetujui apa yang telah dikatakannya.
“Dahlah kecek lagu tu gak! Mu ni …” Ibunya mencerlangkan sinar matanya selaku amaran. Memintanya menghentikan omongan yang sukar diterima Aisyah saat itu.
“Kita kalau boleh memang nak beritahu Faizal tadi. Tapi bila tengok keadaan dirinya lemah dan sakit. Terus jadi tak sampai hati,” balasnya lirih dengan tersekat-sekat dan esak tangis yang ingin dikawal dari terus mencemperakan suasana..
“Faizal sakit masa berjalan denganmu tadi?”
“Iyalah! Dia termengah-mengah macam orang sakit dada…”
“Allah! Kesiannya! Mujurlahmu tak beritahu apa-apa ko dia…” sahut Zahari sambil menepuk dahinya. Melihat tingkah Zahari yang serba tidak kena itu Aisyah yang kebingungan. Ibunya juga turut kehairanan.
“Abang ni kenapa? Tadi beria-ia suruh saya berterus terang. Ini kata mujur pulak. Tak faham kita…”
“Abe terlupa sebenarnya. Dulu dia ada cerita kat abe dia ada masalah jantung. Abe ingat sakit jantung dia tu biasa ja. Tak teruk sangat…”
Masih terngiang-ngiang akan perbualannya di telefon bersama ayah Faizal yang memberitahunya tentang keadaan kesihatan Faizal yang tidak berapa baik kini. Ayah Faizal itu berpesan kepadanya agar menjaga anaknya sepanjang dia berada di sini.
Rupanya dia tidak peka dengan pesanan itu. Meremehkannya pula. Dalam ingatannya mungkin ayah kepada Faizal itu sangat mengambil berat terhadap kesihatan anaknya. Dan mahukan kawan kepada anaknya juga bersikap serupa sepertinya.
“Haa! Sakit jantung? Muda-muda lagi dah kena sakit jantung…,” celah Salina dengan nada kaget sungguh. Seakan sukar mempercayai kenyataan itu.
“Dah Tuhan nak bagi sakit nak diapakan. Masa muda pun sakit mak…”
“Kasihan sungguh ko Faizal ya! Orang dapat sakit jantung bila dah tua…”
‘Aku ini walau dah tua sekalipun, aku berdoa sangat semoga Allah menjauhkan dengan sakit yang sangat azab itu.’ Hatinya mendesis.
“Mak dengar orang kata orang yang sakit jantung ni tak boleh dengar berita yang mengejutkan. Jantungnya pasti berhenti berdegup…”
Aisyah bersilat pandangan antara Zahari dan ibunya bersilih ganti. Esakannya drastik tidak terdengar lagi. Nafasnya pula yang turun naik mengintreptasi jiwanya yang rusuh demi mendengar perkhabaran itu.
“Iyalah kot…entahlah! Tak berapa nak pasti. Mungkin adalah komplikasi yang tak baik…” Zahari menjawab pertanyaan sekadar apa yang dia tahu.
“Mujur Syah tak bagi tahu ko Faizal tentang dia dah bertunang. Mak takut berlaku perkara yang tak baik ko dia. Mak tahu Faizal tu sayang sangat ko Aisyah. Dia tentu tak boleh terima semua tu. Jadimu tak payahlah suruh Syah beritahu apa-apa ko Faizal demi untuk kebaikan Faizal juga…” tutur Salina kepada anaknya dengan saranan yang releven.
“Iyalah mak. Saya yang tersilap tadi. Maafkan abe Syah sebab kata komu lagu tu. Sampai buatmu nangis sedih…”
Aisyah tidak tahu lagi apa yang nak dikatakannya. Dia kebingungan seperti abang angkatnya juga yang semakin keliru dengan keputusan yang patut diambil adik angkatnya itu di dalam mengatasi permasalahannya. ‘Begitu tak kena. Begini tak kena. Ah bingung aku!’
Biarlah Allah yang menentukan segala-galanya kelak. Berserah saja kepada-Nya. Jalan hidup yang sedang dilalui Aisyah kini adalah takdir-Nya. Nampaknya Aisyah tidak payah bersusah hati memikirkan solusi yang akan diambil untuk mengatasi masalahnya.
Tetapi sampai bila?
Aisyah pula mungkin sedang jenuh berfikir kenapakah agaknya kedua-dua kawan baik itu merahsiakan cerita tentang itu daripada pengetahuannya. Jikalau dia diberitahu sekurang-kurangnya dia boleh bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang rumit tika Faizal diserang sakit jantung.
‘ Ini tidak, masing-masing hendak berahsia. Pabila timbul masalah aku juga yang susah. Di buatnya aku terlanjur cakap tadi tak pasal-pasal orang yangku sayangi akan hilang daripada sisiku sekelip mata kerana keterkejutannya. Astaghfirullah hal azim. Ampuni hamba-Mu ini ya Allah.’
                                      
                                            

10 ulasan - "SEBUAH VERSI CHINTA BAB39....SAMBUNGAN.."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 13 Oktober 2014 10:05 PTG

Ampun ye....sambungan please

paridah delete icon 13 Oktober 2014 10:11 PTG

HEH..HEH...OK NEXT WEEK...TQ MKL..

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 13 Oktober 2014 10:44 PTG

Kalau la Faizal tahu kan...

Etuza Etuza delete icon 14 Oktober 2014 12:35 PG

Pandai ya buat cerita ..penulis maya..ada unsur pengajaran..

Etuza Etuza delete icon 14 Oktober 2014 12:36 PG

Pandai ya buat cerita ..penulis maya..ada unsur pengajaran..

paridah delete icon 14 Oktober 2014 2:15 PTG

heh..heh..xpandai pun saja suka2 menulis....tq etuza.

paridah delete icon 14 Oktober 2014 2:16 PTG

tq etuza.

paridah delete icon 14 Oktober 2014 2:17 PTG

faizal xsempat tahu tu...tq zumal.

Faarihin delete icon 14 Oktober 2014 5:19 PTG

Kasihan Faizal.. Tapi tu lah tak elok juga berahsia.

paridah delete icon 16 Oktober 2014 12:01 PTG

KESIAN KAN..AISYAH BERAHSIA ADA SEBAB TU..TQ FAARIHIN...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”