بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....


CORAT-CORET PAK ENGKU....

LIDAH OH LIDAH...

MEMANG TELAH BERKATA PENDETA
TERPAHAT SEJAK DAHULU KALA
KERIS DAN LEMBING TAJAMNYA TIADA
LEBIH TAJAM LIDAHNYA MANUSIA.
PERIBAHASA MELAYU ADA BERBUNYI
BILA BERJALAN PELIHARALAH KAKI
BILA BERKATA LIDAH DIPELIHARAI
TAKUT PADAH KAN MENIMPA DIRI.
JUGA DIPESAN ORANG TUA-TUA
BERBUAT SESUATU BERHUBAYA-HUBAYA
TERTARUNG KAKI INAI PADAHNYA
TERDORONG LIDAH EMAS PADAHNYA.
MEMANG BENAR SEPERTI DIKATAKAN
SEPOTONG AYAT YANG KITA LUAHKAN
BOLEH MEMBUAT LUKA DI HATI KAWAN
SEPANJANG HAYAT HATINYA RAWAN.
ADA ORANG MULUT MANIS LIDAH BERKATA
TETAPI DI BUNTUK MEMBAWA RACUN BERBISA
INILAH INSAN YANG TAK BOLEH DIPERCAYA
HINDARKANLAH DIA SEDAYA-UPAYA.
ITULAH AKIBAT KALAU BERPERI
LIDAH BERKATA IKUTKAN HATI
PERASAAN INSAN LAIN TIDAK DIPEDULI
KEMENANGAN DIRI SAJA DICARI
KERANA SEPOTONG AYAT DILUAH
INSAN LAIN HATINYA BERDARAH
TERKADANG-KADANG LUKANYA PARAH
PEDIH TERAMAT TAK DAPAT DISANGGAH.
LIDAH TIDAK BERTULANG SUDAHLAH
SUKA MENCELA ,HATI ORANG DISAKITI
TINGGI GUNUNG SERIBU JANJI
LAIN DI MULUT LAIN DI HATI.
JANGANLAH KITA LIDAH BERCABANG
BAGAI BIAWAK ATAU BERIANG
ULAR JUGA TERKADANG-KADANG
CAKAP BERBELIT MEMANJANG-MANJANG.
ADA ORANG LIDAHNYA PANJANG
TAK HABIS-HABIS MENGHASUT ORANG
TABIAT BURUK TAK MAHU DIBUANG
JADILAH DIA INSAN YANG MALANG.
OLEH ITU WAHAI SAHABAT KU
PELIHARALAH LIDAH SETIAP WAKTU
SEBELUM BERKATA FIKIRLAH DAHULU
JANGAN TERUS BERKATA MELULU.
PERBIDALAN JUGA ADA BERKATA
BUAT PEDOMAN HIDUPNYA KITA
SEBAB PULUT SANTAN BINASA
SEBAB MULUT BADAN BINASA.
SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM

LIDAH BUAYA....PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

11 comments - "PESONA LIDAH TIDAK BERTULANG..."

Fiu S delete icon 1 November 2014 at 12:36

knp yh bisa dinmkn lidah buaya ??? heeh

babYpose delete icon 1 November 2014 at 12:46

lidah ni sangat laser PI, berhati-hati meluah perasaan melaluinya.

paridah delete icon 1 November 2014 at 12:53

lidah buaya boleh buat jus n baik utk kesihatan...tq fiu s.

paridah delete icon 1 November 2014 at 12:56

dh begitu sifat lidah heh..heh..tapi lidah pun ada yg ringan n berat...tq babYpose.

Ipah Kholipah delete icon 1 November 2014 at 13:44

kenapa lidah tak bertulang seperti yang lainnya ya?? hehehe

Etuza Etuza delete icon 1 November 2014 at 20:02

Asalam nasihat yang sangat baik..sememangnya lidah tak bertulang, sebab itu kita kena berjaga2 hendak lontarkan kata2. bunga lidah buaya juga tak bertulang..yang ada lendir menghalus dan herba berubat...

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 1 November 2014 at 21:28

Zumal selalu jadi mangsa lidah nie :(

Semua Download delete icon 2 November 2014 at 04:08

Izin nyimak dlu mba

sud@is delete icon 2 November 2014 at 08:29

tq info yang hebat dengan pantun, lidah buaya herba yang berkhasiat..
semoga lidah kita juga memberi manafaat pada kita dan juga orang lain....

Fiu S delete icon 2 November 2014 at 13:53

haaaaa? boleh kah dibuat jus ? macam apa rasanya kalo begitu ?

acik idah delete icon 3 November 2014 at 20:36

lidah tidak bertulang... itu yang senang jer dia nak hamburkan apa saja... hehehe... merepek plak.. :D

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”