Saturday 25 October 2014

JANGAN DITENTANG MENTARI CONDONG...

ASSALAMUALAIKUM...

CORAT-CORET PAK ENGKU...
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU
.
DI TEPI KALI SI POKOK BIJAN,
DI DAHAN BALAU BERTENGGER BELIBIS,
BELIBIS DIHALAU TERBANG MENDESAH;
PIPIT TULI MAKAN BERHUJAN,
TAK DIHALAU PADI KU HABIS,
HENDAK DIHALAU KAIN KU BASAH.
Perbidalan: Pipit tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak
dihalau kain basah.
Maksudnya: Serba salah untuk mengerjakan pekerjaan yang sulit
(jika diteruskan pun bahaya).
Erti Perkataan: 'Pipit tuli' ada sejenis burung pipit yang kecil.
APA DIMAKAN BURUNG DI SEMAK,
BUAH LOKAN JATUH TERTIMPA;;
HENDAK DIMAKAN MATI EMAK,
HENDAK DILUAHKAN MATI BAPA
Perbidalan: Dimakan mati emak, diluahkan mati ayah.
Maksudnya: Dalam keadaan yang serba salah.
BERSAMA TAULAN PERGI BERJALAN,
BELUKAR DIREDAH MENCARI PUAR;
HENDAK DITELAN TERMENGKELAN,
HENDAK DILUDAH TIADA KELUAR.
Perbidalan: Hendak ditelan temengkelan, hendak diludah tiada keluar.
Maksudnya: Berhadapan dengan sesuatu masalah yang sangat sulit,
berada dalam keadaan yang serba salah.
Erti Perkataan: 'Termengkelan bererti 'Tersangkut atau tersekat
di kerongkong' (barang yang ditelan).
'Puar' adalah sejenis tumbuhan yang berizom seperti
lengkuas.
DIWAKTU PETANG MENGGAIT KEDONDONG,
LIMAU PURUT BUAH DIGETIS;
JANGAN DITENTANG MATAHARI CONDONG,
TAKUT TERTURUT JALAN TAK BERINTIS.
Perbidalan: Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan
yang tak berintis.
Maksudnya: Hendaklah selalu ingat supaya jangan terpedaya oleh
sesuatu yang elok dan baik rupanya.
ARAH KE BARAT PERAHU SELUDANG,
SEDARI PAGI MEMASANG TANGKUL;
BERAPA BERAT MATA MEMANDANG,
BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.
Perbidalan: Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Maksudnya: Betapa juga susah orang yang melihat sesuatu kesusahan
orang lain, terlebih susah lagi orang yang menanggungnya.
JUADAH DIMAKAN WAKTU SRAPAN,
KERJA BERSERAYA MENANAM PADI;
MATI IKAN KERANA UMPAN,
MATI SAYA KERANA BUDI.
Perbidalan: Mati ikan kerana umpan, mati saya kerana budi.
Maksudnya: Manusia boleh dipujuk dengan mulut yang manis
atau dengan budi yang baik.
Erti Perkataan: 'Menyeraya' bererti 'Meminta pertolongan atau
bantuan (untuk mengerjakan sesuatu) seperti
menanam padi dan lain-lain.
JERAM DI HULU DI TEPI HUTAN,
TEMPAT MANDIAN BANYAK DI SANA;
SESAL DAHULU ITU PENDAPATAN,
SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA.
Perbidalan: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Maksudnya: Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah
difikirkan habis-habis.
DISIANG LANDAK DI BAWAH BANGSAL,
KAKINYA LANDAK TERPATAH RIUK;
MATI TIDAK AKAN MENYESAL,
LUKA TIDAK AKAN MENYIUK.
Perbidalan: Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk.
Maksudnya: Sudah bulat hati untuk melakukan sesuatu dan tidak
akan mengumpat atau menyesal kemudiannya.
Erti perkataan: 'Menyiuk' bererti 'Menyedut atau menarik nafas
dengan mulut (kerana kesakitan, kepedasan dan lain-lain.
POKOK KEDONDONG TEPI SALIRAN,
TUMBUH SEBANJAR BATANGNYA RAPAT;
YANG DIKENDONG JATUH BERCICIRAN,
YANG NAK DIKEJAR TIADA DAPAT.
Perbidalan: Yang dikendong berciciran, yang dikejar tiada dapat.
Maksudnya: Keuntungan dan lain-lain yang diharapkan tidak diperolehi
sedangkan keuntungan dan lain-lain yang di dalam tangan
habis hilang..

14 comments:

  1. cukup dalam juga maknanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk yg memahami n berfikir kan tq comtell cell

      Delete
  2. pandai sungguh Pak Engku berpantun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skil penggunaan bahasa indah bermakna dgn betul jarang dimiliki kan...tq nohas.

      Delete
  3. Rangkaia kata yang indah dan penuh makna

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee berpantun yg indah menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun gubahan bahasa kita yg indah...tq tiga lalat.

      Delete
  5. Replies
    1. ya pantun perbidalan lama yg generasi baru mungkin xberapa tahu...tq zumal...

      Delete
  6. dah lama benar rasanya tak hasilkan entri berbidalan begini..
    entri PI seakan memberi inspirasi pada saya..
    hurmm... (:

    ReplyDelete
  7. kak pun dh lama xmereka pantun sendiri n sdg mencari inspirasi mcm gee juga melalui pantun2 perbidalan pak engku...tq gee

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist