Friday 10 October 2014

GERHANA BULAN...INDAHNYA MALAM....SUBHANALLAH..

ASSALAMUALAIKUM..

SALAM JUMAAT YANG MULIA.

FENOMENA BULAN BERDARAH MERAH...
8 OKTOBER 2114
mideclipse

 .
Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.
Fenomena Bulan Berdarah atau Blood Moon berlaku apabila kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Hal ini akan menyebabkan terjadinya  pembiasan cahaya yang dikenali sebagai cahaya ‘Umbra’ oleh atmosfera bumi. Oleh itu, bulan akan kelihatan merah seperti darah.
SEKIRANYA BERLAKU GERHANA BULAN/MATAHARI KITA DISUNATKAN SOLAT SUNAT GERHANA 

.Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat
Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;
i.               Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).  Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.  Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat).  Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.
ii.             Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.  Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
iii.            Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.  Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.


Cara Solat Sunat Gerhana Bulan | Islam Itu Indah

www.islamituindah.my/cara-solat-sunat-gerhana-bulan

ORANG DULU-DULU PABILA TERJADI GERHANA BULAN AKAN BERCAKAP DENGAN
POKOK-POKOK BUAH-BUAHAN SAMBIL MENGGOYANG-GOYANGKANNYA SAMBIL 
BERPESAN PADA POKOK TERSEBUT AGAR BERBUAH LEBAT .

ITU PETUA YANG DIPRAKTIKAN 
DULU-DULU ...RASANYA TAK MENYALAHI HUKUM KOT..


18 comments:

  1. Dua hari lepas kakak tak dapat ikut sama berjemaah solat gerhana bulan di masjid tempat kakak sebab budak-budak mengaji cepat aje sampai rumah, ingatkan nak ikut abang ke masjid. Sekadar buat di rumah tak sama sebab kakak sekadar membaca suroh pendik Al-Kafirun & Suroh Ikhlas aje.

    Moga dijadikan renungan betapa kekuasaan Allah tiada tolok bandingnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan selalu dpt buat solat gerhana kan...merenung kebesaran Allah yg tiada tolok bandingnya...subhanallah...tq kakzakie.

      Delete
  2. Allahuakbar..Subhanallah sungguh indah bulan tadi malam, berbeda saat sehari sebelumnya, telah terjadi gerhana bulan, dan sebagai umat Islam perlulah kita melaksanakan sholat Gerhana.

    terimakasih pencerahan tentang cara dan bilangan rakaatnya.
    salam sehat dan ceria selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahhuakbar....pernyataan komen Mang Lembu syahdu sekali...terima kasih.

      Delete
  3. wahhhh kereeenn nihh mbak infonyaa hehe tapi pada hari rabu kemarin saya kagak tau kalo malam tu malam gerhana hehe saya ketingalan info nih kayaknya :v

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ketinggalan boleh cek di google heh..heh...tq Ainnul Yaqin.

      Delete
  4. Saya juga ada melihat ciptaan Tuhan yang Agung nih.. Subhanallah. sangat cantik bulan pada malam tu... :)

    *jemput singgah blog saya: syikinmaarop.blogspot.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sesekali kita diberi peluang melihat kebesaran Allah...subhanallah...tq syikin maarop

      Delete
  5. belum pernah lihat langsung gerhana bulan, jadi pengin nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyakah...kena dongak ke langit mengagumi paksi alam yg beredar dgn kemahuan-Nya sesekali...tq Comtell Cell.

      Delete
  6. Replies
    1. keindahan yg mengagumkan...subhanallah...tq MKL.

      Delete
  7. BENAR SEKALI...TQ Mbak susi.

    ReplyDelete
  8. Kejadian yg memperlihatkan kebesaran Allah SWT bagi mereka yg beriman... Sayang xdpt lihat krn cuaca berawan.

    ReplyDelete
  9. KEBESARAN ALLAH YG TIADA TOLOK BANDINGNYA...TQ BM.

    ReplyDelete
  10. YES AMAT INDAH...TQ ZUMAL...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist