Thursday 2 October 2014

APAM GANDUM

ASSALAMUALAIKUM....

APAM GANDUM.

KUIH MELAYU KITA NI MUDAH SAJA MEMBUATNYA. SESUAI UNTUK HIDANGAN SARAPAN PAGI. ADUNANNYA PERLU DISEDIAKAN PADA MALAMNYA AGAR ADUNANNYA NAIK SEBELUM DIKUKUS PADA AWAL PAGI.

BAHAN-BAHANNYA :
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :
Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....


Photo: Ramai betul nak Resepi Apam Gandum. Ok. Ini dia Resepi apam Gandum. Jom tengok!.. Mudah sahaja bahan2nya..

BAHAN-BAHANNYA :
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :
Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

Jangan lupa share di wall sis. TQ sis.

28 comments:

  1. Teringat apam lengang pulak, sedap pi pagi pagi ni :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. apam lenggang ya...sedap tu tambah yg kembung sikit...apa lenggang nips xberapa best..tq babYpose.

      Delete
    2. Assalammualaikum akak..ni kuih fveret sya ni.hehe.cma kalau mkn,sya x ltak nyok.hehe.ntileh try buat+ni

      Delete
    3. wsalam yana..apam ni makan dgn nyok baru sedap...tq adrianna syaz.

      Delete
  2. My faveret ni,, nampak nyok tu terlioqq, tq ada resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke resepi tu dari like page masakan..yg diambil resepi asal dari blog che mat gebu...resepi kak pun gitu juga..tq sud@is

      Delete
  3. yeke resepi kuih lama tq pink velvet.

    ReplyDelete
  4. aduh lama tak makan.. dulu mak selalu buat... bila dah jauh dari mak tak dpt merasa

    ReplyDelete
  5. wah rindu masakan mak ya..bila jauh rindukan mak ..acik mmg anak soleh..tq acik Aku Pengibur.

    ReplyDelete
  6. saya tajk pandai la buat kuih ni..bab kukus mengukus ni memang saya failed la..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih ni mudah saja..tepung, gula sedikit n ibu roti, godeh2 simpan sekejap n kukus...tq diana.

      Delete
  7. wah... sepertinya enak tuh, ijin simpan resep dan cara membuatnya yia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni utk sarapan..silakan ambil resepinya..tq Comtell Cell.

      Delete
  8. sedapnyaaa....teringat zaman kecik2 mak suka buat apam nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apam gandum ni kuih tradisi yg disukai ramai..tq AMIIZA.

      Delete
  9. sedapnya..dapat utk minum petang + teh 'O' panas, nikmat..

    masa kecik2 dulu, mak selalu buat seloyang..tak cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih kesukaan zaman kecil ya nohas..sedap sangat tu...tq

      Delete
  10. Subhanallah.... idah memang suka apam ni kak... pernah 1 kali idah cuba buat... masa kukus tu... pergh dia naik cantik kak... meluap2 dia naik... sekali idah bawak keluar dari pengukus jer... terus dia plopppp.... masuk balik... uwarrrghhhh.... nak nangis tengok tau...:'( tapi sedap jerrr... :D

    ReplyDelete
  11. agaknya adunan idah tu cair sedikit sbb tu dia naik melepu n turun semula...asal boleh dimakan n disukai selera ok jer idah kan...tq

    ReplyDelete
  12. Macam mudah jew. Bahan tu semua ada kat umah ^_^

    ReplyDelete
  13. Bunda dah lama sangat tak buat apam ni...mmg tak bape pandai pun.....tak cantek naiknya...bantat...frust nak buat lagi...
    Tapi suka makan...

    ReplyDelete
  14. sesekali buat apam gandum sendiri sedap juga walau xberapa naik...tq BUNDA...

    ReplyDelete
  15. Masa kakak kecik-kecik dulu inilah salah satu kuih yg allahyarhamah mak kakak buat PI. Kakak dulu tak suka makan dgn kelapa macam tersekat masa makan. Sekarang kalau tak ada kelapa macam tak lengkap. Tapi anak kakak pulak ikut sekarang kalau makan dia pun tak nak kelapa..

    ReplyDelete
  16. Saya pun kurang minat dengan kuih ni sebab melekat kat dalam mulut tapi asyik jer bila makannya

    ReplyDelete
  17. Ada tak resepi gunakan eno untuk buat alam gebu? Dengar kata lebih sedap dan lazat.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist