بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM.

                                                              Menyandarkan kesedihan.
          pic google untuk hiasan.
“Assalamualaikum…”
            “Hai! Bilamu kelik? Tiba-tiba ja dah ada sini…” Diri yang terjengol tiba-tiba berada di hadapannya membuatnya terkesima setelah salamnya disambut.
            “Sampai dengan bas malam tadi ke sini…”
            “Sekolah tak cuti lagi tapimu dah cuti dulu ya…” Katanyanya seolah keliru
            “Cuti pandai-pandai sendiri makcik…cuti emergency.”
            “Bakpo lagu tunya. Ikut suka hatimu ja nak cuti…”
            “Bukan setakat cuti ja makcik dah berhenti mengajar pun…” Kali ini penerangan gadis itu yang menuturkan sambil lewa setiap pertanyaannya membuatnya tergamam seketika.
            “Mudahnyamu berhenti kija? Guru Besar tak kata gapo ko…?”
            “Nak kata apanya dah kita nak berhenti ngajar dia bagi ja. Lagipun kita ni guru sandaran saja. Bukannya guru tetap. Tak ada masalah apa-apa kalau kita dah tak sir nak ngajar. Tulis ja surat berhenti kija bagi ko Guru Besar…habis cita…”
            Wajah polos gadis itu ditatapnya. Tiada sinar keceriaan yang menyerikannya. Tampak lesu dan kusut masai dengan anak mata yang layu. Hanya warna kesedihan yang biru meredupi wajahnya. Tentu ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kemuraman itu dan tidak diceritakan kepadanya.
Dan dia perlu tahu apa sebenarnya masalah gadis itu. Sekiranya dia boleh membantu meleraikan kekusutan yang menyelirati minda anak angkatnya itu alangkah bagusnya.  Hatinya mungkin berkira begitu.
            “Apa yang makcik pandang sampai bulat biji mata macam nak telan kita tu…?” Tanyanya akan maksud pandangan yang penuh sangsi itu. Namun kepastian yang dijangkanya tentulah bersangkutan perihal sikap dirinya juga.
            “Muni tentu ada masalah besar ni. Kalau tidakmu tak lagu tu. Tiba-tiba ja mu kelik ke sini. Tiba-tiba ja berhenti kija pulak. Mesti ada yang tak kena ni. Cubamu cita (cerita) gak ko makcik. Manatahu kot makcik boleh ringankan bebanan yangmu tanggung tu…”
            “Entahlah mak cik! Rasanya dah tak ada sapo kot yang boleh bantu masalah kita ni. Kita pun tak perlukan bantuan mak cik. Kita balik ke sini cuma sebab nak cari sedikit ketenangan. Apa yang dah berlaku biarlah berlaku. Malas lagi kita nak fikirkannya…”
            “Apa sebenarnya yang dah berlaku ni. Cita gak ko mak cik…nampak macam berat benar masalahmu ni. Kalaumu cita ko mak cik mungkinmu rasa ringan sikit masalah yang sedangmu tanggung tu…” Salina berusaha untuk sedikit memberi bantuan yang terdaya dihulurkan kepada Aisyah yang kelihatannya lembik, seolah terpukul dengan masalah yang melemahkan jiwanya. Risau dirinya melihatkan  kondisi anak angkatnya yang terbelenggu dengan masalah yang tidak diketahui apa puncanya.
            Tiba-tiba saja Aisyah mendakapnya erat. Wajahnya disembamkan ke dada ibu angkatnya itu. Dan dia mengongoi dengan esakan yang menjuraikan air matanya. Salina kaget sungguh.
            “Bakponya jadi lagu ni nih…sobar gak…banyak-banyak bersobar…banyak-banyak mengucap…istighfar…” Dia turut merangkul erat Aisyah ke dalam pelukannya. Kesayuan Aisyah turut meresap ke dalam jiwanya. Air mata Aisyah telah membasahi dadanya, membuatkan air matanya turut menitis tanpa disedarinya.
 Hatinya mengatakan memang berat sungguh penanggungan jiwa Aisyah menghadapi masalah yang belum diketahui sebabnya ini. Apapun dia perlu menenangkan jiwa gadis itu terlebih dulu sebelum mengetahui keinginan yang mendesak jiwanya.
            Dia mengambil sebuah kusyen dari kerusi rotan dan meletakan di sisinya.
            “Mubaring dulu…mupun penat tak habis lagi sebab berjalan jauh…muzikir banyak-banyak. Ingatkan Allah. Biar mak cik ke dapur ambik air untukmu ya…nanti mucita ko mak cik apa sebenarnya masalahmu ya…”
                                                               * * *
            “Abang tolong saya buat pendaftaran kat sekolah swasta tu di bandar tu ya. Saya rasa saya nak sambung belajar semula. Nak ambil peperiksaan STP…” Sebaik tiba ke situ itu yang dimintanya kepada lelaki itu yang memang pun diharapkan pertemuannya berlaku tika ini.
 Surat khabar terbitan hari ini yang sedang ditatapnya dijauhkan daripada pandangannya. Wajah yang selamba di sisinya dijelah dengan rasa tidak yakin penuh.
            “Wah! Bagus tu. Itu yang abe nak dengar dari mulut adik abe ni. Masih ada hati nak belajar walau dah ada kija dan pegang duit banyak. Sungguh ko tu…? ”
            “Kija gaponya? Dah berhenti kija pun. Sungguhlah…abang ingat kita main-main… ”
            “Rugilahmu tiba-tiba ja berhenti kija. La ni buke (bukan) sene (senang) nak dapat kija…”, balasnya selamba.
            “Tak kan abang tak tahu sebab musabab saya terpaksa berhenti kija? Mestilah ada sebabnya yang tak dapat nak dielak. Makcik tak cita ko abang ko?” Tanyanya seakan meragui apa yang dikatakan Zaini kepadanya.
            “Tak pulak…mak tak cita gapo-gapo ko abe. Apa sebabnya? Mucitalah…”, desaknya pula.
            “Malaslah saya nak mengulang cita banyak kali. Kalau abang nak tahu abang tanyalah pada mak cik. Semua cita, saya dah citakan pada mak cik…”
            “Sikit pun tak boleh?”
            “Tak boleh! dah penat kita weh…dah jemu bercita, cita yang sama…”, sahutnya masih enggan menunaikan permintaan abang angkatnya itu.
            Sebenarnya cerita tentang kehampaan hati Aisyah kerana telah dijodohkan dengan seseorang tanpa kerelaan hatinya telah diketahuinya daripada ibunya. Dia sekadar berpura-pura tidak mengetahui apa pun hanya kerana tidak mahu menambahkan kesedihan gadis itu. Wajahnya yang langsung tidak ceria, suram dan layu laksana mawar dipanah terik mentari menggambarkan kemuraman hatinya yang sedang tenat.            
            Terkenang pula kepadanya akan sahabat baiknya Faizal. Sekiranya berita tentang itu dimakluminya, alangkah hancur luluh hatinya. Tidak dapat dia hendak menggambarkan akan reaksinya menerima khabar buruk yang pastinya akan melumpuhkan jiwanya, lantaran kekecewaan terlalu pabila mengetahui bunga kesayangan yang didambakannya selama ini telah dipetik orang.
            Dan dia tidak mahu menjadi pengantara kepada khabar duka itu. Biar sahabat baiknya itu mengetahui dengan sendirinya daripada sumber yang lain. Tapi bukan daripada mulutnya.
            ‘Kesianmu Faizal. Rupanya tidak ada jodohmu dengan Aisyah. Apa nak kata lagi Zal, sesungguhnya kita hanya merencana sebaik mungkin. Tetapi penentuannya kekal kepada takdir yang Maha Pencipta. Muberdua harus belajar menerima ketentuan-Nya dengan redha dan berlapang dada.
Ah! Pandai saja aku hendak menasihati orang lain sedangkan aku tidak mengalaminya dan aku langsung tidak rasa apa yang mereka rasa. Nyilu, sakit, sedih, pilu kerana kecewa lantaran gagal dalam percintaan amat menyiksakan mungkin. Aku pun tak tahu rasanya. Sebab aku tidak pernah alaminya.
Mudah-mudahan apa yang berlaku kepadamu berdua tidak akan berlaku kepadaku. Ah! Aku hanya boleh berharap dan mendoakan yang baik-baik saja untuk diriku. Sedangkan jodoh yang ditentukan untukku entah di mana… ’ Sebuah keluhan mendesis perlahan bersama helaan nafas yang ditarik dan dilepaskan.
“Boleh ko abang Z tolong kita ni…?”
“Tolong? Tolong gaponya?”
“Tolong daftar kita nak masuk sekolah swasta tulah…”
“Oh! Tolong tu tak jadi masalah…boleh ja…”
“Satu lagi saya nak minta tolong kat abang ni…”
“Tolong gapo lagi? Muni banyak benar abe nak kena tolongmu nya…”
“Abang tolong carikan saya kija kat sini. Abang kan ramai kenale (kenalan), tentu mudah. Macam kita ni tak kenal sapa-sapa kat bandar tu…tolong ya. Minta tolong benar-benar ni…” ujarnya bersungguh-sungguh dengan harapan abang angkatnya itu berjaya menghapuskan permasalahannya berkenaan kewangan akibat dari biaya pembelajarannya kelak.
Dia inginkan perancangannya untuk mengejar cita-citanya akan lancar terlaksana dengan licinnya tanpa sebarang gendala dan tidak menyusahkan sesiapa. Dengan kesibukan baru yang ditempanya kini dia mengharapkan kekecewaan dan kerusuhan hatinya yang lara akan larut bersama masa yang berlalu.
“Iyalah nanti abe usahakan…”
“Terima kasih banyak-banyak abang. Gitulah kalau jadi abang, mesti tolong adiknya…”
“Pandailahmu…”
                                            * * *
“Kenapa awak ni monyok je? Tak gembira ke dah jadi tunangan orang yang awak dok berangan selama ni?”
“Awak ni! Tak de mendenya koi nak seronok…sedih adalah…”
“Sedih? Meknya (kenapa) sedih? Tak faham kome (aku)…”
“Awak tengok apa yang koi dah buat pada Aisyah? Sampai dia lari balik kampung tinggalkan tempat ni. Dia sanggup berhenti kerja pulak tu. Ini semua sebab koi (aku) ikut sangat cakap dema (kamu) suruh koi (aku) masuk minang Aisyah. Menyesal sungguh koi. Sebenarnya Aisyah tu langsung tak suka ke koi ni…awak je pandai-pandai suruh koi gi minang dia…tengok apa dah jadi, dah lari budak tu…”, sahutnya meluahkan kekesalan yang terbuku dan menyesakan hatinya lantaran mengenangkan tindakannya yang dianggapnya serba tidak kena dan menyusahkan Aisyah pula.
“Dahlah tu benda tu dah jadi. Awak kena fikir juga awak buat semua tu sebab awak nak tolong dia kan? Niat awak tu baik mat.(sangat)”
“Dema (mereka) tu tak fikir macam yang kita fikir Man…sebab dema tak tahu niat baik di hati kita pun…”
“Habis awak tak payahlah nak mengaruk tak menentu. Bersabar dulu. Pinangan awak dah dia terima, maknanya dia setuju terima dema jadi laki dia. Le ni Aisyah dah pun jadi tunang awak. Mula-mula tu memanglah dia tak suka, dia benci. Esok-esok okeylah tu…”, balasnya dengan nada memujuk.
“Koi tak peduli semua tu. Sebab koi dia lari dari sini. Menyesai sungguh koi ikut cakap awak dulu. Kalau koi tahu nak jadi gini tak ingin koi nak suruh mak koi gi minang dia dulu. Mak koi pun tak nak gi minang dia pada mulanyanya. Khabornya ke koi, koi ni tak layak nak jadi menantu imam dan laki cikgu tu sebab koi la ni bukannya ada kerja tetap. Hari-hari kerja koi cuma tolong mak ayah koi di kebun sawit. Macam manalah koi ni nak sara anak orang pulak…” Syamsi tertunduk ke bumi. Merenungi rumput yang tumbuh melata demi rezeki kurnian-Nya. Dan mengenangi padah yang diterimanya kerana mengingkari ujaran emaknya yang berunsur nasihat itu.
“Rezeki Allah tu melimpah di mana-mana Syam. Bila awak dah berkahwin nanti Allah akan akan memberikan rezeki kepada awak dengan lebih banyak lagi kerana awak sudah mengikut sunnah Rasul-Nya iaitu berkahwin. Allah itu tidak pernah menzalimi hambanya Syam.” Kalimatnya terhenti di situ sebelum menyambungnya semula.
“Dulu masa kawan (aku) belum berkahwin dengan Jamilah, kawan pun fikir macam awak fikir juga. Ialah masa tu kita kan dah tak kerja dengan LKTP lagi. Tapi Insya-Allah hidup kami okey je. Tanpa disangka tiba-tiba pula dapat rezeki dipanggil menyertai tanah LKTP yang baru dibuka di sebelah tanah rancangan kita ni. Bertambah mudah hidup kawan. Ada tanah, dapat rumah, kehidupan kawan pun taklah susah mat…pokok pangkalnya kena usahalah weh! ”
“Itu awak! Nasib awak sokmonya (selalu) gitu, baik senalo (saja) Nasib koi ni tak tahu macam mana. Pening kepala koi fikirkannya. Sudahnya koi pun jadi macam Salmiah juga…mereng.”
“Awak ni tak baik cakap gitu. Nasib kita memang di tangan Tuhan tapi kita kena berusaha dengan tulang empat kerat yang Tuhan beri untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik”, sahutnya yang kini mula berjinak-jinak dengan perniagaan peruncitan setelah berhijrah ke tanah rancangan yang baru dibuka LKTP  tidak jauh dari sini, seolah perunding motivasi yang pakar.
Di LKTP Suriapagi Arman dilantik sebagai ketua beloknya dan juga pengerusi JKKR (Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan) di situ. Perlantikannya sebagai seorang tokoh penting di situ mungkin kerana kewibawaaannya selaku pemimpin, menonjol kerana sifatnya yang tidak silu bergaul dengan masyarakat setempat samaada peringkat pengurusan atau mereka yang menghuni di situ persisnya.
Dan dia disenangi semua lapisan masyarakat lantaran sering menyuarakan pandangan yang bernas demi kesejahteraan mereka bersama. Mungkin sikap yang menjati dirinya terbentuk lantaran pengalamannya sebagai seorang ketua persatuan belia di tempat tinggalnya bersama dengan ibu bapanya dahulu. Dia tidak pernah lupa tempat yang pernah memberinya pengalaman dan kehidupan yang menggembirakannya di situ.
Justeru dia sering berkunjung ke sini untuk menziarahi ibu bapanya dan bertemu kawan-kawannya, terutama Syamsi. Kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat bermain, sinonim sekali dengan dirinya.
“Apa kata awak ajak Aisyah masuk ke tanah rancangan juga. Di tempat kawan tu banyak lagi rumah kosong. Kawan percaya kalau awak mintak mesti dapat punya. Kita ni bukankah anak Pahang jati? Taknya ada masalah kemendanya. Mudah je. Nak ngan tak nak je. Aku dulu mujurlah dengarkan cakap cik Halim, hidup aku pun berubah senang sikit…”
“Taknye mau dia…”, balasnya mudah, menyangkal usulan kawannya itu.
“Awak tak tanyapun mana awak tau?”
“Tak payah tanya pun koi dah tahu gamaknya…”
“Kena tanya dulu. Ini kan bersangkut tentang masa depan awak berdua…”
“Awak tak fikir ke macam mana koi nak tanya dia? Belum apa-apa dah lari entah ke mana…”
“Kan awak kata tadi dia balik kampung. Tunggu jelah dia balik ke sini semula…”
“Entah bila nak baliknya…,” sahutnya lemah seolah kehilangan harapan yang boleh dipegang.
“Sapa bagi tau awak Aisyah balik kampung? Murni ke?”
“Bukan Murni tapi adiknya Sazali. Zali kan selalu ke padang bola. Koi tanyalah dia bila kebetulan jumpa. Koi kan tiap petang main bola. Tapi koi heran betul dengan Murni…”
“Ngapa? Mende (apa) tak kenanya dengan Murni?”
“Koi nampak sikapnya dah lain. Bila berjumpa dengan koi dia mesti mengelak dari nak bercakap dengan koi. Apa salah koi padanya entah…” Arman menyunggingkan senyumnya sebaik Syamsi menuturkan itu.
“Kan kawan dah cakap pada awak dulu, Murni memang sukakan awak. Bila awak gi minang Aisyah, bukan dia, tentulah dia frust…”, balasnya dengan tafsirannya sendiri.
“Tapi koi anggap Murni tu macam adik koi je…”
Sebenarnya apa yang Arman dan Syamsi tidak tahu kenyataannya adalah kerana Murni merasakan Syamsi telah mengecewakan perasaan seorang sahabat baiknya lantaran peminangannya yang tidak dijangka itu seperti yang dikatakannya kepada Aisyah.
Dia amat membenci tindakan Syamsi itu. Selama ini dia memang tahu Aisyah telah menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang sedang menuntut di luar negara. Tindakan Syamsi itu sudah tentu memusnahkan semua impian indah sahabat baiknya itu lantaran tanpa terduga pinangan itu diterima pula oleh kedua-dua ibu bapanya. Aisyah pula tidak berdaya hendak menolaknya.
Jangkaan Arman dan Syamsi terhadap perubahan sikap Murni ternyata jauh meleset dari kebenaran. Murni pernah akui kepada Aisyah, memang terbetik perasaan sukanya kepada Syamsi tetapi dia tidak pernah memaksa Syamsi menyukainya juga. Dan dia tidak kisah jikalau Syamsi bertunangan dengan sesiapa pun.
Tetapi tatkala mengetahui Aisyah yang menjadi pilihannya, dia merasa amat marah sekali. Baginya Syamsi adalah perosak kepada kebahagian, idaman sahabat baiknya. Wajar sekali dia membencinya. Menegurnya pun dia tidak mahu lagi.
“Dan awak sanggup mati demi Aisyah kan? Jadi buat apa awak nak menyesai (menyesal) tak habis-habis. Awak kenalah fikirkan macam mana nak buat Aisyah suka kat awak. Jangan guna ilmu sihir sudah. Syirik tu. Tak masuk syurga nanti. Berjuang habis-habisan macam Mat Kilau berjuang dengan Datuk Bahaman menentang penjajah Inggeris di negeri kita ni. Biar putih tulang, jangan putih mata…”
“Awak ni kalau bercakap tak habis-habis dengan cerita Mat Kilau awak tu, bersemangat sungguh, buat koi nak tergelak je. Sebabnya koi ni tak sekuat Mat Kilau. Tak sehebat pejuang negara tu…”
“Apa pun awak kena berjuang jugak kan! Tak kan nak biarkan Aisyah terus lari dari awak…”
Namun di dalam pemikiran Syamsi ada sesuatu yang direncanakannya demi meraih kebahagiannya bersama Aisyah. Dia tidak akan terus mengalah lagi dengan keadaan yang mengecewakan kehidupannya. Apa yang akan dilakukannya kelak pasti merubah segala-galanya pada anggapannya.

                                

12 ulasan - "SEBUAH VERSI CHINTA BAB 36 ...SAMBUNGAN."

acik idah delete icon 22 September 2014 9:17 PTG

Selamat malam Kak Pi... :)

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 22 September 2014 10:42 PTG

Assalam PI.. singgah malam baca novel..=)

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 23 September 2014 7:35 PG

nice story..

paridah delete icon 23 September 2014 9:47 PG

selamat pagi idah...tq

paridah delete icon 23 September 2014 9:49 PG

wsalam Kak Nah...tq sudi singgah n baca novel kak.

paridah delete icon 23 September 2014 9:50 PG

terima kasih MKL...sebuah ceritera kehidupan.

babYpose delete icon 23 September 2014 2:38 PTG

cikgu sandaran pun kalau sabar boleh diserap jadi permanent kan PI. Aisyah main lari2 lagi tu owang duk ligan :)

Kakzakie delete icon 23 September 2014 2:48 PTG

Alahai sedihlah pulak. Yg mak/pak Aisyah ni pun satu ikut suka terima aje pinangan org. Dedulu kan macam itu katanya. Lagi pula dia takut jadi macam kawan Aisyah yg hilang ingatanlah tu.
Kesian Faizal pun ye juga. Tapi entah ingat lagi entah tidak si Faizal dgn Aisyah..

Lambatnya nak habis. Kakak macam dah tak sabar nak tahu endingnya hihi..

paridah delete icon 23 September 2014 3:40 PTG

ya begitulah selalunya tapi bila hati dh kecewa xdifikir lagi semua tu kalau boleh hendak lari sejauhnya...tq babYpose

paridah delete icon 23 September 2014 3:43 PTG

xlama lagi dh nk hbs kakzakie...terima kasih sering ikuti samungannya.

AMIIZAA delete icon 23 September 2014 5:19 PTG

salams singgah ptg:)

paridah delete icon 23 September 2014 5:39 PTG

terima kasih AMIIZAA sudi singgah karyaku.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”