بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

MH17, KAMU DENGAR SAYA TAK?


mh17

Penerbangan MH17 berada di bawah kawalan trafik udara (ATC) Ukraine semasa pesawat itu tiba-tiba terputus hubungan.

Menurut laporan awal siasatan nahas MH17 yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda, semalam, perbualan antara MH17 dan ATC disahkan berakhir pada detik 1.19 petang waktu tempatan.

Menurut laporan Belanda itu, pada jam 1.08 petang waktu tempatan, MH17 melaporkan kepada ATC Ukraine, dikenali sebagai Dnipro Radar (DNP) bahawa ia sedang terbang pada ketinggian 33,000 kaki.

Selepas memeriksa melalui telefon (TEL) dengan pusat kawalan di Rusia, Rostov Control (RST), Ukraine membenarkan MH17 meneruskan penerbangan melalui titik rujukan dinamakan RND.

Namun, kebenaran itu tidak dibacakan semula oleh kru MH17 kepada ATC Ukraine sebagai pengesahan penerimaan.

Menurut transkrip yang disiarkan dalam laporan itu, hubungan radio terakhir dibuat kru MH17 bermula pada jam 1.19 petang dan berakhir pada 1.19 petang.

Sejurus melepasi jam 1.20 petang, kedua-dua radar Ukraine dan Rusia terputus hubungan dengan MH17.

Sehingga jam 1.35 petang, DNP menghubungi MH17 beberapa kali, tetapi tiada jawapan diterima.

Kru pesawat lain yang melalui kawasan itu turut ditanya oleh DNP sama ada mereka dapat melihat MH17 dengan mata kasar atau melalui instrumen pesawat mereka.

Menurut kru pesawat lain itu, MH17 tidak kelihatan dan alat dalam pesawat tidak menunjukkan kedudukan MH17.

Namun, tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat itu pada bila-bila masa oleh ATC tersebut.

Maklumat pengawasan ATC yang direkodkan juga menunjukkan tiga penerbangan komersil lain melalui ruang udara sama dengan MH17 semasa lingkungan waktu kejadian, dengan dua daripada pesawat lain itu terbang ke arah timur dan satu ke arah barat.

Pada detik MH17 terputus hubungan, jarak antara MH17 dengan pesawat lain yang paling dekat ialah kira-kira 30 kilometer namun analisis lanjut masih dijalankan

15 ulasan - "MH17 KAMU DENGAR SAYA TAK?"

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 10 September 2014 8:48 PTG

Alfarihah

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 10 September 2014 8:48 PTG

Semoga roh dicucuri rahmat

nohas delete icon 10 September 2014 9:06 PTG

dah dapat hasil siasatan..semoga segala misteri, tandatanya terungkai dan pihak yg bersalah diberi pembalasan yg setimpal....

acik idah delete icon 10 September 2014 10:35 PTG

Semoga segala misteri cepat terungkai...

budi purnomo delete icon 10 September 2014 11:34 PTG

Moga accident ini tak terulang lagi ya kak

farhana mohamad delete icon 11 September 2014 12:38 PG

#justiceformh17
semoga Dia tunjukkan apa yang sebenarnya terjadi pada mh17 mahupun mh370

paridah delete icon 11 September 2014 9:35 PG

Allah pasti menunjukan kpd kita perbuatan mrk yg kejam menzalimi MH17 n MH370...TQ Farhana mohamad.

paridah delete icon 11 September 2014 9:39 PG

kita mendoakan begitu insya Allah...dik budi purnomo.

paridah delete icon 11 September 2014 9:40 PG

pelan2 segalanya pasti terungkai...tq idah.

paridah delete icon 11 September 2014 9:44 PG

hasil siasatan yg dikumpul pasti memberikan jawapannya n harap mrk yg terlibat dihukum setimpal dgn kekejaman yg dilakukan...tq nohas.

paridah delete icon 11 September 2014 9:45 PG

amin...insya Allah....tq MKL.

paridah delete icon 11 September 2014 9:46 PG

AL FATIHAH...TQ MKL.

Khai♥Rin : anies delete icon 11 September 2014 11:40 PG

hrp yg bersalah dibawa ke muka pengadilan

paridah delete icon 11 September 2014 1:15 PTG

insya Allah moga2 begitu...tq anies.

Yun Sing delete icon 19 September 2014 10:30 PTG

MH17 dalam kenangan :'+

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”