بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

CORAT-CORET PAK ENGKU...

Lumrah kehidupan ini perangai dan tingkah laku anak-anak
ia mengikut perangai dan tingkah laku ibu bapa. Jadi sebagai ibu bapa kita kena tunjukkan perangai tingkah laku yang baik. Perbidalan ada mengatakan, "Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!"
Janganlah juga hendaknya kita menjadi ketam. Menyuruh anak berjalan lurus tetapi diri sendiri jalan mengereng! Beberapa buah pantun,  empat kerat dan enam kerat untuk renungan kita bersama. Fikir-fikirkanlah...


pic google untuk hiasan

PAGI-PAGI KE PEKAN KUAH,
DIBELI HENDAK IKAN KERISI;
DI MANA LAGI TUMPAHNYA KUAH,
JIKALAU TIDAK KE ATAS NASI.

AKAR CERITA SI LADA HITAM,
DAUHNYA LURUH BATANGNYA KURUS,
BERSAMA TURI DI TEPI LERENG;
JANGANLAH KITA MENJADI KETAM,
ANAK DISURUH BERJALAN LURUS,
DIRI SENDIRI JALAN MENGERENG.


POKOK TANJUNG SI POHON DURIAN,
SUBUR HIDUP DI TEPI PAYA,
SEKALI LANCUNG KEUJIAN,
SEUMUR HIDUP ORANG TAK PERCAYA.

DIMAKAN BELIBIS SI PADI KERNAP,
PADI DIBELI SI PADI USANG,
LETAK MARI DI PERAHU KAKAP;
KALAU PITIS SEKUPANG GENAP,
USAH NAK BELI KANCAH BERKERAWANG,
ATAU NURI YANG PANDAI BERCAKAP. 


DIWAKTU PETANG MENGGAIT KEDONDONG,
JATUH MELURUT TERKENA BETIS;
JANGAN DITENTANG MATAHARI CONDONG,
TAKUT.TERTURUT JALAN TAK BERINTIS.

DIISI PADI KE DALAM ROMBONG,
ROMBONG DITAJA LETAK DI BIRAI,
NAK AMBIL BOKOR TERHANTUK DAHI;
JANGANLAH JADI SI AYAM TOMBONG,
KOKOK SAHAJA BERDERAI-DERAI,
TETAPI EKOR BERGELUMANG TAHI.


NAIK KALDAI KE PEKAN TUMPAT,
MENCARI AKAN AYAM BEROGA;
SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT,
SEKALI AKAN GAWAL JUGA.

HUTAN DIJELAJAH JALAN MENYASAR,
DICARI HENDAK SI UBI SAMPA,
JUGA DICARINYA SI UBI JAGA;
KALAU GAJAH DAH BERAK BESAR,
KANCIL PUN HENDAK BERBUAT SERUPA,
PASTI AKHIRNYA KEBEBANGAN JUGA.

4 ulasan - "PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU..."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 8 Ogos 2014 10:33 PTG

Nice pantun

paridah delete icon 8 Ogos 2014 10:47 PTG

terima kasih MKL..seni pantun warisan kita.

Jery Yanuarlan delete icon 8 Ogos 2014 11:12 PTG

pantun yang merupakan warisan budaya ini mudah2an selalu bisa lestari ya kak

paridah delete icon 9 Ogos 2014 11:08 PG

Benar tu...pantun budaya warisan kita...insya Allah lestari tq Jery Yanuarian...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”