بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN STPM DAN SETARAF SESI AKADEMIK 2014/15 BOLEH DISEMAK HARI INI

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA bagi Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015 diumumkan pada 12 OGOS 2014 (Selasa)

Untuk makluman semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi BPKP JPT (UPU) http://upu.moe.gov.my/web/pendaratan.php atau secara sms(sila taip : UPU RESULT [No. KP] dan sms ke 15888.) Kelewatan SMS keputusan bagaimanapun mungkin berlaku disebabkan jumlah semakan yang tinggi. 

Nota tambahan :

• Rayuan Kemasukan Ke IPTA Bagi Calon Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015 boleh dilakukan bermula pada 12 sehingga 22 Ogos 2014

• Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Bagi Calon Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015 akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan September 2014


Sumber: http://www.penaminang.com

20 ulasan - "KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA...."

nohas delete icon 12 Ogos 2014 10:54 PG

tahniah pada mereka yg berjaya...persaingan hebat sekarang ni..STPM is a tough exam..

dulu mengelak ambik Tingkatan 6..dpt offer, terus bye-bye..

Fiu S delete icon 12 Ogos 2014 10:56 PG

ipta ?

paridah delete icon 12 Ogos 2014 11:15 PG

IPTA..INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM...SETARAF UNIVERSITI....TQ Fiu S

paridah delete icon 12 Ogos 2014 11:19 PG

tahun 90-an ramai yg dh mengelak utk ke tingkatan 6...lbh memilih buat diploma r matrik di u...tq nohas.

Kakzakie delete icon 12 Ogos 2014 11:46 PG

Terkenang dulu tak sesengit sekarang. Lepas STPM isi UPU mudah aje dpt.
Anak-anak sekarang persaingan hebat betul..

paridah delete icon 12 Ogos 2014 2:41 PTG

sekarang ni terlalu ramai anak2 yg bijak pandai cemerlang sbb tu persaingannya sengit jadi mana2 yg terpilih jgn sesiakan peluang yg didapati...tq Kakzakie.

Sobri Yaacob delete icon 12 Ogos 2014 3:26 PTG

teringat kenangan smak ipt dulu..bkan main truja bila dpat..
minum kopi.

paridah delete icon 12 Ogos 2014 3:46 PTG

ibubapa juga turut gembira dgn kejayaan anak2 yg berjaya ke ipt...tq sobri singgah minum kopi di sini.

Sylarius Yusof delete icon 12 Ogos 2014 4:22 PTG

Kenangan betul bila time result UPU ni. Dulu punyalah mengharap dapat masuk IPT walaupun result SPM tak seberapa.

babYpose delete icon 12 Ogos 2014 5:10 PTG

semuanya online, senang, tak yah ambik borang :)

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 12 Ogos 2014 8:42 PTG

nice sharing...

paridah delete icon 12 Ogos 2014 9:04 PTG

insya Allah...tq MKL.

paridah delete icon 12 Ogos 2014 9:08 PTG

benar tu kemudahan zaman baru...tq babYpose

paridah delete icon 12 Ogos 2014 9:16 PTG

yg berharap tentu bersandarkan kpd ketentuan Allah disamping result yg ok..hish..merendah diri pula en Sylarius kita ni...tq Sylarius Yusof.

acik idah delete icon 12 Ogos 2014 10:18 PTG

mudah sekarang kan... info di hujung jari saja... :)

Yun Sing delete icon 13 Ogos 2014 5:15 PG

Sekarang sudah ada permohonan online.. Kalau dulu hantar surat kan? :)

paridah delete icon 13 Ogos 2014 9:22 PG

ya semuanya cpt n mudah...tq acik idah..

paridah delete icon 13 Ogos 2014 9:24 PG

hmm..dulu isi borang n pos...kadang borang yg dikirim hilang xsampai ke tempat tujuan...tq Yun Sing.

Bin Muhammad delete icon 13 Ogos 2014 9:58 PG

Dulu hanya menanti surat...kalau ada dapat surat barulah tau, jika tak tunggu ajerlah... kalau dah sampai kemasukan, anggap xdapatlah tu... Tapi kini semuanya sudah boleh disemak dengan pantas, hanya dihujung jari. Inilah kemajuan komunikasi!

paridah delete icon 13 Ogos 2014 10:44 PG

benar tu...ditunggu jawapannya lewat posmen pembawa surat..jikalau tiada maknanya gagal n kecewa. kini peluang belajar dimana saja asal mahu n gunakan ilmu komunikasi di hujung jari tu kan...tq dik BM

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”