بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

HARI NI SUDAH MASUK SYAWAL YANG KEENAM. KUIH RAYA KUKIS-KUKIS DLL MASIH BANYAK TERSIMPAN DI DALAM BEKASNYA BUAT HIDANGAN TETAMU YANG BERKUNJUNG.

TAPI DI AWAL PAGI TAKKAN NAK BERSARAPAN  DENGAN KUKIS-KUKIS SAJA KOT...MASAK NASI GORENG YANG MUDAH OK JUGA KAN...

YANG MUDAH TU MACAMANA YA? MASAK BIASA-BIASA SAJA. SEDIAKAN NASI SEJUK, LEBIHAN SEMALAM, BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH, BAWANG BESAR, DIPOTONG HALUS, CILI API SEDIKIT DAN IKAN BILIS DITUMBUK KASAR/HALUS. SAYUR SAWI/KANGKUNG/KOBIS ATAU KESUKAAN MASING-MASING.

ISI SEDIKIT MINYAK DALAM KUALI PANASKAN SEKEJAP DAN TUMIS BAWANG-BAWANG, SAYUR, IKAN BILIS, CILI API. MASUKAN GARAM SESUKA RASA, KEMUDIAN NASI DAN KACAULAH SEKATA HINGGA ELOK MASAKNYA. INI RESEPI PI YANG SIMPLE...

DAN SUDAH BOLEH DIMAKAN HINGGA KENYANG...

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
My resepi.com

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 pinggan nasi putih, 
  • 10 ekor ikan bilis,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 4 ulas bawang merah 
  • 5 batang cili padi(bagi yang gemar pedas),
  • 1 inci belacan,
  • 1 biji telur,
  • serbuk lada hitam,
  • secubit garam(secukup rasa), 
  • 2 batang sayur kangkung, 
  • 4 ekor udang(dibersihkan dan dibuang kulitnya) nak gantikan dengan hirisan ayam pun ok je

Cara-cara

1.Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi,belacan dan garam(tidak perlu begitu halus)
2.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing.
3.Masukkan bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau.
4.Masukkan udang dan sotong,goreng hingga masak.
5.Masukkan telur,kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.
6.Masukkan sayur kangkung,kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.

SEBENARNYA PELBAGAI JENIS NASI GORENG YANG BOLEH DISEDIAKAN MENGIKUT SELERA DAN KREATIVITI MASING-MASING.

BUKAN SUSAH PUN ...MAHU DENGAN TIDAK SAJA.

18 ulasan - "JOM MASAK NASI GORENG..."

Comtel Cell delete icon 2 Ogos 2014 6:38 PG

wah... pas banget nih buat menu sarapan, ijin catat resepnya ya...

paridah delete icon 2 Ogos 2014 11:00 PG

heh..heh...catatlah comtel cell...salam lebaran maaf zahir batin...tq

Jery Yanuarlan delete icon 2 Ogos 2014 11:17 PG

nikmat sekali pastinya nasi gorengnya disantap untuk sarapan...selama bulan ramadhan tidak pernah menyantap nasi goreng karena membuat panas perut :)

Yun Sing delete icon 2 Ogos 2014 11:23 PG

Waa.. macam sedap ni.. macam tak susah sangat ^^ Boleh buat.. :)

paridah delete icon 2 Ogos 2014 11:37 PG

sedap n mengenyangkan pastinya...tq Jery Yanuarian.

paridah delete icon 2 Ogos 2014 11:39 PG

ala masak nasi goreng bukan susahpun..cubalah....tq Yun Sing.

Purnomo delete icon 2 Ogos 2014 12:46 PTG

sudah lama tak makan nasi goreng
tiba tiba mendadak kepingin :)

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 2 Ogos 2014 1:15 PTG

Sedapnya... Nak sikit ^_^

paridah delete icon 2 Ogos 2014 2:35 PTG

yeke...cubalah resepi yg kak beri tu...tq Purnomo.

paridah delete icon 2 Ogos 2014 2:36 PTG

sedap tu..nak mai sini...tq zumal.

abuikhwan delete icon 2 Ogos 2014 4:49 PTG

Emm..nampak menyelerakan je nasi goreng tu...nak2 jika ditambah dengan ayam goreng..fuhh. apapun selamat hari raya aidilfitri..

paridah delete icon 2 Ogos 2014 7:12 PTG

sesekali makan nasi goreng sedap juga kan...kalau ada ayam goreng lagilah sedap..tq abuikhwan salam idilfitri...

nohas delete icon 2 Ogos 2014 9:51 PTG

nasi goreng satu!..ya betul, nasi goreng paling senang dan cepat dimasak..

Salam Aidilfitri 1435H..

paridah delete icon 3 Ogos 2014 3:36 PG

heh..heh..siap. dh xde ide msk nasi goreng jer..salam idilfitri nohas...tq

Qaseh Vee delete icon 4 Ogos 2014 6:33 PTG

teringat kat kg buat lontong goreng ...

paridah delete icon 5 Ogos 2014 6:54 PG

yeke sedap tu...tq QV

Khai♥Rin : anies delete icon 6 Ogos 2014 9:43 PG

kak, bak la sepinggan ke sini ;-)

paridah delete icon 6 Ogos 2014 1:14 PTG

OK SIAP...TQ ANIES

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”