بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

JAGUNG ENAK SEKALI WALAU HANYA DIREBUS SAJA. TERUTAMA JAGUNG MANIS. KALAU RAJIN SEDAP JUGA DIBUAT BUBUR, PUDING DAN LAIN-LAIN.

PI PULA GEMAR MAKAN CEKODOK JAGUNG . KALAU TERJUMPA JAGUNG YANG DIJUAL MESTI DIBELI UNTUK DIJADIKAN CEKODOK UNTUK SARAPAN PAGI ATAU HIDANGAN MINUMAN PETANG.



TIDAK  SUSAH NAK BUAT CEKODOK JAGUNG NI, CUMA PERLU SEDIAKAN:

1.   JAGUNG 3 KETUL DIHIRIS NIPIS DARIPADA EMPULURNYA.
2.   TEPONG GANDUM 300 GRM.
3.   BAWANG MERAH 4 BIJI, DIMAYANG NIPIS.
4.   CILI KERING 3 TANGKAI, DITUMBUK HALUS....SIKIT JER TU TAK PAYAH NAK BLEND. BOLEH JUGA DIGANTI DENGAN HIRISAN CILI HIJAU/CILI MERAH.
5.   UDANG KERING IKUT SUKA BANYAKNYA DITUMBUK HALUS.
6.   TELOR SEBUTIR.
7.   SEDIKIT KUNYIT KALAU SUKA.
8.   GARAM SESUKA RASA DAN SESUDU GULA.
9.   DAUN KUCAI/DAUN BAWANG DIPOTONG PENDEK.

CARANYA:

CAMPUR SEMUA BAHAN YANG DISEDIAKAN KE DALAM TEPUNG GANDUM GAUL RATA DENGAN DIMASUKAN AIR SEJUK MENGIKUT KEPERLUANNYA. AGAK-AGAKLAH YA. TIDAK TERLALU LEMBIK/CAIR ATAU TERLALU PEKAT. BIAR SENANG MENJEMPUTNYA DENGAN TANGAN ATAU SUDU TIKA MELEPASKANNYA KE DALAM MINYAK PANAS UNTUK MENGGORENGNYA.


Pic zielaneda.blogspot.







13 comments - "CEKODOK JAGUNG ISTIMEWA..."

Khai♥Rin : anies delete icon 26 August 2014 at 00:08

Kak lapo ni...sape nk jwb ni... ;)

Jery Yanuarlan delete icon 26 August 2014 at 02:13

mmm pastinya nikamt dan gurih sekali ya kak :)

Pha Is delete icon 26 August 2014 at 09:02

tengok gambar pun dah rasa macam sedap.

Kakzakie delete icon 26 August 2014 at 11:26

Tengok jagung ingat bapak kakak sebab rumah bapak kakak tak pernah tak ada jagung (kami ada kebun yg diupahkan kepada org Indonesia utk membantu menjaganya).
Setiap kali balik dari kampung mesti bawa jagung :)

nohas delete icon 26 August 2014 at 14:25

sedap cucur jagung...

mak saya kalau masak cucur jagung utk cucu2, dia buat cucur manis..suka dua2..yg pedas dan yang manis..

paridah delete icon 26 August 2014 at 14:49

yeke...sedap kedua rasa tu...boleh pilih...tq nohas.

paridah delete icon 26 August 2014 at 15:00

untungnya kakzakie ayah punya kebun jagung sendiri...terasa nk makan jagung pulang saja ke kampung kan..tq kakzakie.

Sweetie delete icon 26 August 2014 at 17:30

Saya first time makan cekodok jagung ni masa ke Restoran Kampung Daun, Bandung tahun lepas... Tapi mereka hidangkan cekodok ni dengan nasi...

paridah delete icon 26 August 2014 at 17:51

jauhnya makan cekodok jagung sweetie...sedap juga kot makan nasi dgn cekodok jagung ...tq

Bin Muhammad delete icon 26 August 2014 at 20:26

Sedap cekodok jagung ni, isteri saya sesekali buat juga.

paridah delete icon 26 August 2014 at 20:37

Memang sedap BM kak amat gemarkannya...tq BM.

mai has delete icon 27 August 2014 at 11:06

sedapnyee...mesti rangup di luar juga kan?

Yun Sing delete icon 2 September 2014 at 21:03

Banyaknya resepi yang Yun Sing jumpa masa blogwalking ni.. lepas PT3 nak belajar masak laa :D

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”