بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


Rakyat bertafakur serentak bagi menghormati jenazah MH17 pada 22 Ogos
HISHAMMUDDIN: Semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Belanda.
KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini akan bertafakur secara serentak selama beberapa minit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dijadual tiba di tanah air pada 22 Ogos ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Belanda.

"Inilah julung-julung kalinya rakyat Malaysia bertafakur serentak di seluruh negara...adalah diharapkan ia berjaya menunjukkan penyatuan dan perpaduan rakyat pelbagai bangsa terhadap tragedi yang menimpa negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat di sini, hari ini.

Beliau berkata masa untuk bertafakur itu akan diumumkan menerusi siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen yang membuat liputan istiadat upacara ketibaan jenazah itu bermula 10 pagi Jumaat depan.

Menurutnya istidat penghormatan jenazah tragedi itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan dan melibatkan 10 kementerian lain.

20 ulasan - "ALFATIHAH, DOA, TAFAKUR, SILENT..."

Khai♥Rin : anies delete icon 21 Ogos 2014 10:03 PG

mengharapkan semua akan berjalan lancar
alfatihah

Bin Muhammad delete icon 21 Ogos 2014 10:24 PG

Takziah dan al fatihah...
Semoga segala urusan mereka dipermudahkan...amiin

babYpose delete icon 21 Ogos 2014 10:26 PG

dimana pun di bumi Allah tapi untuk memastikan cara Islam lebih baik di bawa pulang. moga semua bertakakur.

babYpose delete icon 21 Ogos 2014 10:27 PG

tafakur

Kakzakie delete icon 21 Ogos 2014 11:49 PG

Satu kenyataan yg seluruh rakyat sebenarnya terasa sedihnya..

nohas delete icon 21 Ogos 2014 1:15 PTG

esok kat ofis saya staff Muslim kena pakai baju putih and non Muslim baju hitam sempena hari berkabung negara..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka..

Fiu S delete icon 21 Ogos 2014 1:51 PTG

Allahu yarham, wa yaghfir lahum .... aamiin ....

Nick Nashram delete icon 21 Ogos 2014 5:13 PTG

seluruh malaysia berkabung esok.
takziah kepada keluarga yg terlibat.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 21 Ogos 2014 9:09 PTG

takziah dan alfatihah

Yun Sing delete icon 21 Ogos 2014 10:12 PTG

Hmm.. takziah buat keluarga mangsa..

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:14 PG

salam takziah buat keluarga terlibat...tq Yun Sing.

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:15 PG

takziah...alfatihah..amin..tq MKL.

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:17 PG

AMIN...Tq Fiu S

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:18 PG

berkabung zahie ekspresi rasa...takziah..tq Nick Nashram.

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:21 PG

putih tu warna suci yg dibawa ke mana saja...amin..amin doanya...tq nohas.

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:23 PG

sejarah kesedihan Msia tahun ini tercatat pasti...tq Kakzakie.

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:23 PG

yes..tq

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:26 PG

tafakur buat mrk non muslim..kita diam2 berdoa...tq babYpose

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:28 PG

amin..insya Allah moga dipermudahkan kelancarannya...tq BM

paridah delete icon 22 Ogos 2014 11:29 PG

amin...insya Allah...tq anies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”