بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Kuala Lumpur - Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri ialah petang Ahad ini bersamaan 29 Ramadan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.

Ia meliputi Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap, Sabak Bernam, Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu kesemuanya di Kelantan.

Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Putatan di Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Kuala Sungai Baru dan Simpang Empat di Perlis.

- See more at: http://pahang-ku.blogspot.com/2014/07/ahad-tarikh-melihat-anak-bulan-syawal.html#sthash.7PNTrPEY.dpuf

18 ulasan - "RAYA....RAYA...RAYA....BILA TU?"

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 22 Julai 2014 4:48 PTG

sedihnya syawal bakal menjelang.

Comtel Cell delete icon 22 Julai 2014 4:54 PTG

nggak terasa begitu cepat ramadhan ini, hmm...

nohas delete icon 22 Julai 2014 4:59 PTG

dah tak lama..minggu depan saja..huhu..

PetakBunga delete icon 22 Julai 2014 5:07 PTG

x sbr sungguh kita ni..

Jery Yanuarlan delete icon 22 Julai 2014 10:50 PTG

tidak terasa Ramadhan akan cepat berlalu ya

babYpose delete icon 22 Julai 2014 11:10 PTG

sekejap ja dah nak abis puasa, raya raya puasa 6 jugakkan :)

paridah delete icon 23 Julai 2014 4:15 PG

ramadan akan berlalu pergi...tq MKL.

paridah delete icon 23 Julai 2014 4:18 PG

asa mmg cpt beredar bergantian tan[a sedar...tq Comtel Cell.

paridah delete icon 23 Julai 2014 4:19 PG

ya sari dua saja lagi...tq nohas.

paridah delete icon 23 Julai 2014 4:22 PG

sebentar saja rasanya ya...tq Jery Yanuarian..

paridah delete icon 23 Julai 2014 4:28 PG

raya dh dekat nk tiba kdian raya enam pula...tq babYpose.

paridah delete icon 23 Julai 2014 4:33 PG

heh..heh..bukan xsabar tapi sentiasa nk rancang sesuatu dgn cepat...tq Petak Bunga.

kakyon delete icon 23 Julai 2014 5:16 PG

lepas ni kita sibuk dgn acara rumah terbuka pula. jgn di lupa puasa enamnya..

Purnomo Jr delete icon 23 Julai 2014 8:39 PG

moga kita kan bertemu kembali di Ramadhan tahun esok
amin

paridah delete icon 23 Julai 2014 11:30 PG

Ya puasa enam jgn tinggal...tq Kak Yon.

paridah delete icon 23 Julai 2014 11:32 PG

insya Allah moga moga...tq Purnomo Jr.

Yun Sing delete icon 25 Julai 2014 9:56 PTG

Waa.. nak raya dah ni :) Selamat Hari Raya ye ^^

paridah delete icon 19 September 2014 8:11 PG

tq yun sing..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”