Thursday 24 July 2014

MH 17, MH 370 YANG DIKENANG...

ASSALAMUALAIKUM...

MH17 : BILA AKU MENDONGAK KE LANGIT DAN SENYUM LALU KAU KETAWAKAN AKU...NESCAYA KAU AKAN KU LEMPANG KUAT-KUAT!
Beberapa minggu di perantauan untuk urusan kerja jangkapendek cukup lama juga untuk buat kita rindu bau tanah dan udara Malaysia. Biarlah jerebu mahupun berbau, tanah ini tanah aku. Dari baju kulit kambing bertukar baju t-shirt senipis "Pagoda" pun rasa macam nak buka juga panasnya Malaysia ni tapi ini tanah aku...panas-panaspun aku suka.
13 Jam terbang dari O'hare Chicago sampai ke Hong Kong menaiki pesawat penerbangan jenama Amerika cukup membosankan. Tetapi sejurus bertukar ke MH...semuanya terasa seperti di rumah sendiri. Disambut dengan senyuman pramugari dan pramugara yang menyapa
"Apa khabar encik" (Woww...cakap Melayu...dah 2 minggu tak dengar orang cakap Melayu"
Ditambah pula dengan tray di hadapan penyambung antara aerobridge dan pesawat ada terhidang Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa suratkhabar yang sangat familiar rupanya. Kucapai juga walaupun jika di Malaysia, tak pernah kubeli dan kubaca suratkhabat itu kecuali muka aku masuk dalam rencananya (barulah nampak aku borong sampai 10 naskah untuk diedar bagi pada orang kampung termasuk Pak Bilal yang meroyan tak dapat bermenantukan aku...dulu eksyen).
Duduk sahaja dalam pesawat, dah mula rasa macam di Malaysia. Sedangkan masih jauh lagi. Juruterbang pesawat membuat pengumuman dalam Bahasa Melayu, pramugari berbahasa Melayu, Ahbeng dan Ahseng yang bercakap dalam telefon menggunakan Bahasa Manglish (The one with "...Maaa" and "...mehh" in the end of many sentences) tak dilupa Makcik-makcik yang baru balik shopping di Harbour Front sambil membanding-banding cincin siapa lagi mahal...tapi masih dua-dua sama dengan aku duduk kelas Ekonomi (mungkin low-profile).
Dalam movie playlist pula ada cerita-cerita Melayu hasilan David Teoh yang sumpah aku tak panjat wayang kalau nak tengok tapi aku layan juga pasal dalam penerbangan itu dah rindu yang "melayu-melayu" maka cerita Melayu kelas ke-3 pun dilayankan juga. Dalam hati...kelakar juga sambil-sambil membuat kritikan ala Hassan Mutallib pada setiap plot dan sinematografinya.
Pernah dahulu terbang dari Saudi untuk pulang ke Malaysia, dihadiahkan pula dengan 3 dozen kacang Malaysia Airlines oleh seorang pramugara yang meminati karya fotografi ku. Berkaca mata aku tengok kacang-kacang yang dibungkus dengan tisu dapur (untuk cover jgn orang nampak)...katanya nanti orang lain nampak orang lain pun nak banyak macam tu.
Touch-down sahaja, aku sudah gembira macam sudah sampai ke rumah memeluk anak dan isteri. Alhamdulillah. Selimut MAS (pernahlah sekali), Going Places (setiap kali) dan kalau dulu ada sudu-sudu besi berlogo MAS memang selamat masuk dalam beg sebagai cenderamata. Janganlah gelak, aku tahu korang pun begitu juga (harapnya ini bukan sebab kerugian MAS).
Pernah sekali, sewaktu berada di tengah Kota London ternampak kelibat MH berlegar dalam putaran besar untuk menunggu giliran mendarat di Heathrow lalu aku berhenti serta mendongak ke langit dengan tangan di dada. Pelanggan Inggeris aku bertanya...mengapa kamu mendondak dan tersenyum sendiri?
"Aku sedang melihat...BENDERA NEGARAKU SEDANG DITERBANGKAN di atas langit kamu".
Kutip semula bendera yang jatuh
Kita kibarkannya semula
Walaupun ramai yang mencemuh
Biarkan sahaja mereka kerana mereka tidak pernah mengibarkan jalur gemilang setinggi yang kamu biasa lakukan
SAIFUL NANG
Sumber facebook

14 comments:

  1. Replies
    1. SELAMAT BERPUASA N SELAMAT BERAYA MAAF ZAHIR BATIN YA MKL...TQ

      Delete
  2. moga tak terjadi kembali insiden tragis semacam ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KITA DOAKAN BEGITU...INSYA ALLAH..TQ Purnomo Jr.

      Delete
  3. 2 tragedi ni takkan dilupakan sampai bila-bila..mmg tragis

    ReplyDelete
    Replies
    1. tragedi tragis yg menyentu kekal dlm kenangan sejarah..tq Sue Bee

      Delete
  4. Macam tu lah perasaan saya bila kena bertugas di luar negara. Betapa bangganya rasa diri bila melihat kelibat MAS di angkasaraya. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya tetap menyokong semuga MAS tetap kukuh dan teguh dalam apa juga cabaran dan dugaan yang telah terjadi. Apa pun MAS tetap di hati setiap rakyat Malaysia. Al fatihah buat warga MAS dan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang telah terkorban dalam nahas kapalterbang.

    ReplyDelete
  5. kak pernah baca entry notie tentang tu...betapa gembiranya melihat MAS terbang di angkasa luar negara mendarat dgn jaya seolah ianya lambang kemegahan negara. MAS mmg harus disokong dibangunkan dimajukan bukan dijahanamkan...alfatihah utk allahyarham mangsa yg terkorban dlm kedua-dua pesawat tu..tq notie salam lebaran maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  6. Sedih lah kak. MH370 masih tiada khabar berita. Dikejutkan pula dgn tragedi MH17. Takziah buat keluarga yg terlibat.

    Salam Aidilfitri dan Maaf zahir batin buat akk & family.

    ReplyDelete
  7. DAH BACA SEKALU, DAH SEDIH
    BACA LAGI, SEDIH LAGI SEKALI
    HUHU

    KAK, SELAMAT HARI RAYA YE KAK

    ReplyDelete
  8. dua tragedi yg amat menyedihkan sekali...tq fiza salam idilfitri utk fiza n famili juga.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi naik kapal terbang.. btw pray for them :'( Banyak juga tragedi kapal terbang yang menyusul selepas MH370.. :/

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist