Sunday 13 July 2014

DONT CRY FOR ME ARGENTINA............

ASSALAMUALAIKUM...

Dato' Idris Buang menulis..
Dato' Idris Buang

WORLD CUP FINAL 2014 : LIONEL MESSI adalah seorang wira bukn sahaja diatas padang bola tetapi dipesada jiwa kemanusiaan.



Beliau yang turut bersimpati dengan nasib rakyat Palestin dan GAZA, pernah melawati kedua-dua wilayah bertentangan iaitu Israel dan juga Gaza dalam satu sessi lawatan amal bersama pasukan bolasepaknya.Barcelona. 



Saya meminati cara Messi bermain bola tetapi didalam perlawanan akhir subuh nanti saya meramalkan pasukan negara kelahiran nenek moyang Adolf Hitler,iaitu GERMANY untuk menjuarai PIALA DUNIA kali ini. Namun begitu sekira ditakdirkan ia dikalahkan oleh ARGENTINA...saya tetap menerimanya kerana hatibudi Lionel Messi dan rakyat Argentina yang selalu membela nasib manusia yang kena tindas memukau jiwa saya.



Lagu "Don't Cry For Me Argentina" mengingatkan kita betapa tinggi nilai keprihatinan dan keluhuran hati rakyat Argentina .Misalnya disuatu ketika dulu mereka bersatu penuh terharu terhadap nasib malang isteri President mereka Eva Peron yang sangat mereka kasihi kerana bakti dan jasa beliau membantu suaminya . Eva Peron gagah melawan penyakit kanser .



Rakyat Argentina hampa kerana tidak dapat menolongnya kecuali dengan doa dan lagu untuk memberi semangat juang untuknya. Eva seterusnya meninggal dunia dan juga meninggalkan kesan yang mendalam keatas rakyat mereka . 



Mereka bersatu dalam kesedihan.Mereka menjadi bangsa yang perihatin dan benilai kemanusiaan yang tinggi maruahnya.Lihatlah semangat juang berpasukan Piala Dunia mereka yang diketuai Messi ini ...tidak hairanlah jika GERMANY boleh ditumbangkan kerana satu faktor sahaja iaitu...."ARGENTINA mempunyai semangat EVA PERON bersama mereka "! DON'T CRY FOR ME ARGENTINA !
 



14 comments:

  1. sikap kemanusiaan yang patut untuk dicontoh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu nilai kemanusiaan dipandang tinggi..tq Kang Ucup.

      Delete
  2. kisah di sebalik lagu "dont cry for me argentina" ye PI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu yg nelankolik dgn lirik yg menyentuh hati...argentina kalah pulak dgn german ya...kesian tq babYpose.

      Delete
  3. insya Allah...moga2 tq Muhammad Khairuddin Lim.

    ReplyDelete
  4. Akhirnya German jadi juara.. krikkrik.. *gosok gigi* nak search lagu tu la :D

    ReplyDelete
  5. ada filemnya kan . filem muzikal klu tak silap

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist