Monday 21 July 2014

BERSAHUR DI GAZA...IFTAR DI JANNAH..

ASSALAMUALAIKUM...




BAGI mereka yang mempunyai kenalan atau saudara mara di Genting Gaza, Palestin, ungkapan 'bersahur di Gaza dan berbuka di Jannah' akan sentiasa bermain di bibir.

Ungkapan itu semakin ketara ketika ini di saat tentera rejim Zionis sedang memperhebatkan serangan ke atas 1.8 juta penduduk Gaza walaupun menerima asakan bertalu-talu daripada briged Izzuddin Al-Qassam, sebuah cawangan ketenteraan Hamas.

Bedilan roket setiap hari yang diterima penduduk Gaza yang kini mencapai sehingga 2,477 dari darat, laut dan udara, membuatkan penduduk Gaza tidak mampu untuk ke mana-mana.

Tiada tempat perlindungan daripada ancaman bedilan bom, tidak seperti Israel yang menyediakan kubu pertahanan bawah tanah dengan siren amaran serangan roket.

Di Gaza, anda hanya mempunyai masa sekitar 40 saat untuk lari meninggalkan rumah kesayangan jika diberi amaran ancaman oleh tentera rejim Zionis. Tiada siren. Dengan masa itu apa yang mampu anda bawa bersama?

Tentera rejim Zionis membaham apa sahaja yang ada di sekeping tanah yang bernama Gaza dengan hanya berkeluasan 360 kilometer persegi. Kereta, rumah orang awam, sekolah, bangunan kerajaan, hospital dan yang terkini, masjid.

Sudah lebih 47 tahun penduduk Gaza dikepung sejak peperangan enam hari dengan Israel yang menyaksikan tentera rejim Zionis itu berjaya menduduki Genting Gaza. Kini keadaan bertambah buruk.

Sejak itu, mimpi ngeri penduduk Gaza bermula. Mereka tidak dapat keluar masuk dengan bebas sebagai sebuah negara berdaulat. Mereka bersempadanan dengan Israel sejauh 51 kilometer (km) dan dengan Mesir (11km).

Pesisir pantai sepanjang 40km turut dikuasai oleh tentera Zionis sehingga memaksa nelayan-nelayan Gaza hanya menangkap ikan sekitar tiga batu nautika dari Gaza sahaja. Melepasi jangkauan itu, mereka akan ditembak tanpa soal siasat.

Kemenangan Presiden Mesir kelima, Dr. Mohammad Mursi pada 30 Jun 2012, memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk Gaza yang diberi kelonggaran untuk keluar masuk pintu sempadan di Rafah.

Jika sebelum itu pelbagai keperluan, makanan dan bahan api termasuk kenderaan dibawa masuk melalui terowong bawah tanah yang dibina antara Gaza dan Mesir, kini mereka diberi kelonggaran untuk membawa pelbagai keperluan itu secara sah melalui sempadan Rafah.

Namun, kemelut perebutan kuasa di Mesir sehingga berlaku kudeta terhadap pentadbiran Mursi menyaksikan kebanyakan terowong bawah tanah ini dimusnahkan. Pintu sempadan Rafah juga ditutup untuk penduduk Gaza.

Bermula dari itu, rejim Zionis mula 'meratah' penduduk Gaza yang semakin terkepung tanpa belas kasihan.

Kemuncaknya, tentera rejim Zionis memulakan Operasi Perlindungan Sempadan (Operation Protective Edge) sejak 10 Ramadan lalu dengan membedil hampir sebahagian besar kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi di Gaza sama ada di kawasan berdekatan Rafah, Khan Younis ataupun Beit Lahiya.

Serangan bertalu-talu itu menyebabkan 172 orang awam yang tidak berdosa gugur syahid termasuk 36 kanak-kanak.

Bapa yang keluar bekerja waktu pagi kemungkinan tidak akan kembali ke rumah. Anak yang ke sekolah pada waktu pagi, tidak akan kembali pada petangnya, muadzzin yang mengalunkan azan Asar, kemungkinan tidak akan mengazankannya pada waktu Maghrib, rumah yang dibina beratus tahun untuk sebuah keluarga akan lenyap dalam sekelip mata.

Sebuah keluarga boleh bersahur bersama di Gaza, namun kemungkinan tidak semua ahli keluarga itu akan berjumpa ketika berbuka puasa. Semua itu berkemungkinan.

Presiden Kesatuan Ilmuan Islam Antarabangsa (IUMS), Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi pernah mengeluarkan fatwa yang mengatakan untuk membebaskan Palestin, kita perlu berjihad sehingga ke titisan darah terakhir, insya-Allah ganjaran syahid akan diberikan Allah.

Sehubungan itu, penduduk terutama orang Islam yang berada di bumi Gaza dengan izin Allah pasti akan menerima ganjaran syahid jika terkorban di sana kerana mempertahankan bumi tanah kelahiran Imam As-Syafie itu.

Itulah sebabnya mereka mengatakan mereka akan berada di Jannah. Malah, ada sekeping gambar yang kini berlegar-legar di laman sosial menunjukkan tulisan di dinding sebuah rumah yang runtuh di Gaza tertera: "Maaf, kami tidak dapat menerima sebarang tetamu kerana kami sudah berada di Jannah."
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

12 comments:

  1. Sedih melihat saudara2 kita di Gaza namun bertuahnya mereka kerana dapat berjihad dan pastinya Syurga adalah tempat mereka. Bersama kita hulurkan bantuan yg termampu dan berdoa agar saudara2 kita ini terus tabah serta dapat menyaksikan kemusnahan regim Zionis latnatullah ini! Allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. YANG di atas pasti membalas setiap kezaliman n kerusakan yg dilakukan zionis di Gaza...kita iringkan saja doa2 kebaikan untuk saudara2 kita di sana...insya Allah...tq BM.

    ReplyDelete
  3. Mereka adalah insan2 terpilih...muga Allah sentiasa merahmati mereka..dan syurga Allah terbuka luas menanti ..sentiasa berdoa untuk kemenangan dan sengsara ini segera berakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRK YG TERPILIH ADALAH INSAN YG TEGAR N BERANI...KEMENANGAN PASTI BERPIHAK KEPADA MRK KITA DOAKAN SAJA...INSYA ALLAH...

      Delete
  4. ya berdoa sentiasa...tq MKL

    ReplyDelete
  5. Musykil kenapalah Mesir yg dekat tak boleh membantu seperti kita Malaysia yg jauh ni. Sanggup lagi di tutup terowong bawah tanah penghubung Gaza - bayangkanlah, mereka bagaikan bersekutu pulak dgn rejim zionist kan..

    Apa pun seperti kata Yusuf Qardawi mereka yg gugur sudah pasti syahid..

    ReplyDelete
  6. Mesir sebenarnya penakut...Allahu akbar..benarlah dan tepatlah ungkapan itu diberikan...

    Macamnalah Hari Raya Mereka walaupun yang masih bernyawa....
    #doabuatgaza...

    ...SELAMAT HARI RAYA ... MAAF ZAHIR BATIN DARI BUNDA UNTUK ANIM SEKELUARGA...

    ReplyDelete
  7. Moga mereka dilindungi Allah... #PrayForGaza

    ReplyDelete
  8. Sweet blog! I fouind it while browsing on Yahoo News. Do yoou hhave
    any tips on how too get listed in Yahoo News?
    I've been trying for a while but I never seem to get there!

    Appreciate it

    My blog: nhs buyers

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist