بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

SEKEJAP SAJA SUDAH SEMINGGU LEBIH KITA BERPUASA KAN. MASIH SERONOK BERADA DI FASA AWAL PUASA DENGAN KEUTAMAANNYA ADALAH AMAL IBADAT DI RAMADAN YANG MULIA.

BERTERAWEH, MENGAJI ALQURAN, BERIBADAT MALAM MENYEGARKAN JIWA DILAKUKAN DENGAN TENANG DI HENING MALAM.

DAN PADA PETANGNYA GEMBIRA DI DAPUR MENYEDIAKAN JUADAH YANG ANEKA UNTUK SANTAPAN KELUARGA.

SEDAP JUGA KALAU DAPAT MAKAN NASI KERABU KEDAH ATAU NASI KERABU VERSI KELANTAN YA...

NASI ULAM/KERABU KEDAH
RESEPI DARI DAPUR MAKMERTUAKAU.BLOGSPOT.
Bahan:
A:
3 pot beras jadikan nasi

B:
2. Daun ulam2an yang anda minati
(Daun gajus, putat, mengkudu, kunyit, kaduk,
Selom, kesum, dll) anggaran setiap helaian lebih kurang 3 helai kalau suka lebih lebihkan lah.

Kesemua ulaman di mayang halus-halus mcm bunga rampai dan dicincang lumat.

C:
3 btang serai
3 inci lengkuas
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah

Bahan2 ini di mesin halus

D:
1 keping ikan talang digoreng dan ditumbuk isinya
½ cawan kerisik

Cara:

Gaulkan kesemua bahan ulaman, bahan mesin, kerisik dan ikan kering sampai rata. Ambil nasi yg masih panas2 lagi tadi dan gaulkan bersama2 bahan tadi bersama sedikit garam sehingga nasi dan ulaman bercampur rata.
Makan nasi ulam ini bersama sayur keladi…
PIC JAQ AHMAD.

PIC GOOGLE.

ATAU BELI SAJA LAUK/PAUK DI PASAR RAMADAN DAN MAKAN DENGAN NASI PUTIH SEPERTI KEBIASAANNYA. PI BERBUKA SUKA MAKAN KURMA DAN NASI AGAR KEJAP PERUT UNTUK PUASA KEESOKANNYA. KUIHMUEH DIMAKAN WAKTU SAHUR.

SEBELUM TU JOM IKUT PI TINJAU-TINJAU APA YANG DIJUAL SELERA MEWAH CAFE...MANATAHU KOT ADA YANG TERINGIN NAK DIBELI BUAT BERBUKA PUASA NANTI..

BANYAK BETUL LAUK/PAUK YANG DIJUAL ADIK PI DI SELERA MEWA CAFE DI TENGAH BANDAR BENTONG BERDEKATAN DENGAN SETESYEN BAS. PILIHANNYA PELBAGAI. TAK LARAT PULAK NAK MENGUPLOAD SEMUA...UPLOAD SIKIT-SIKIT JADILAH YA..




PIC ILA MEWAH FB.









12 comments - "ANEKA JUADAH BERBUKA..NASI KERABU KEDAH.."

Khai♥Rin : anies delete icon 7 July 2014 at 17:01

nampak best tp tu laa...kalu buat org kt umah ni x mkn sayur..sy sorg je yg hadap

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 7 July 2014 at 17:20

kegemaran utama saya...selamat berbuka puasa.

nohas delete icon 7 July 2014 at 17:52

dah lama tak makan nasi kerabu kedah ni..dulu arwah tok saya ada buat..ada yang panggil nasi ulam..

kat KL ni susah nak cari daun2 tu...daun sekentut lagi le susah nak cari..

adda syuhada delete icon 7 July 2014 at 20:14

nampak super duper sedap....

babYpose delete icon 7 July 2014 at 21:53

sedapnya nasi kerabu...

paridah delete icon 8 July 2014 at 10:20

Masak utk diri sendiri jer anies.....tq

paridah delete icon 8 July 2014 at 10:23

yeke sedap tu...selamat berbuka puasa...

paridah delete icon 8 July 2014 at 10:30

kepandaian toknenek jarang diwarisi anakcucunya kan...pada kak nasi ulam ni istimewa dgn aroma daun2 kayu hutan n campuran kerisik juga ikan masin....nasi kerabu kelantan sedap juga n rasanya berbeza sekali....tq nohas.

paridah delete icon 8 July 2014 at 10:31

yes sedap sangat tq adda syuhada.

paridah delete icon 8 July 2014 at 10:33

nasi kerabu mmg sedap...tq babYpose.

Qaseh Vee delete icon 9 July 2014 at 17:05

saya mmg suka mkn nasi kerabu ... senang jer membuatnya ... p/s ; saya nak beri akak kad raya . blh beri alamat ... terima kasih .

paridah delete icon 9 July 2014 at 22:21

yeke pandainya...terima kasih nk beri kak kad raya nanti kak beri alamat....tq Qaseh Vee.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”